PAS dan Umno tidak perlu bergabung untuk pulihkan Kelantan...Inilah Dikatakan DAJAL..Tak Mahu Bersatu

SHAH ALAM: PAS Kelantan dan Umno Kelantan tidak perlu bergabung semata-mata untuk membangunkan kembali Kelantan yang ditimpa musibah banjir, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Sebaliknya PAS mahukan sumbangan RM3 bilion daripada syarikat petroleum nasional, Petronas untuk memulihkan negeri itu.

"Alasan seperti itu (PAS Kelantan dan Umno Kelantan bergabung) terlalu rapuh.

"Petronas sumbang RM3 bilion pada kerajaan negeri melalui satu tabung khas, Kelantan boleh dibangunkan semula," kata ADUN Salor dipetik sebuah portal.

Cadangan bergabung itu pada awalnya disuarakan pemilik akbar Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Husamuddin yang merupakan seorang anak Kelantan berkata, pemulihan semula Kelantan memerlukan dana berbilion ringgit.

Beliau juga melihat krisis itu akan mengambil masa selama dua tahun untuk diuruskan.

"Kita adakan moratorium, gencatan politik. Kalau bekerjasama saja tak jadi, mesti akan bergaduh juga.

"Sekarang Umno Kelantan dan PAS Kelantan harus bergabung dalam satu kerajaan campuran untuk pulihkan kembali negeri.

"Tidak ada jalan lain lagi," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL