Program PasMa selepas ini hanya libatkan DAP dan PKR

ALOR SETAR: Program anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) hanya akan melibatkan pimpinan dari PKR serta DAP sahaja selepas ini, kata presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Keputusan itu diambil bagi menghormati arahan PAS Pusat supaya pimpinan parti itu tidak melibatkan diri dengan aktiviti PasMa, bagi memelihara keutuhan parti seperti termaktub dalam surat pekeliling bertarikh 15 Disember lalu.

“Kita kesal kerana maklumat mengenai surat pekeliling itu hanya diketahui melalui pihak ketiga bukan dari PAS Pusat sendiri. Sepatutnya selepas mereka mencapai kata putus tentang isu ini, satu surat pemberitahuan secara rasmi perlu dihantar kepada kami.

“Sebelum ini kita memberi kerjasama baik terhadap PAS Pusat termasuk bersemuka dengan pimpinan tertinggi parti itu bagi menerangkan matlamat Pasma sebenar. Wakil pimpinan parti itu mengambil laporan namun setelah mereka bermesyuarat tiada sebarang respon yang kami terima,” katanya dipetik Sinar Harian.

PAS Pusat sebelum ini menasihatkan pimpinan parti itu di semua peringkat tidak melibatkan diri dengan Pasma yang kini menjadi kumpulan pendesak dalam parti Islam itu.

Keputusan itu disampaikan kepada semua pimpinan PAS melalui satu pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Agung PAS dan ditandatangani Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL