Akhirnya Anwar tampil beri kenyataan banjir...Kau Dia Tak Apa Lambat...Ptuihhh

SHAH ALAM: Selepas episod cemas melanda rakyat Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, baru semalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil bersuara.

Bagaimanapun nadanya dilihat kendur, tidak seperti reaksi-reaksi lantangnya sebelum ini berhubung sesuatu isu yang melibatkan kebajikan rakyat.

Ujarnya dalam satu kenyataan, beliau mengarahkan menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya memperhebatkan lagi bantuan di kawasan-kawasan yang terjejas dengan bencana berkenaan.

"Saya telah berhubung dengan Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali dan meminta beliau memberikan bantuan sebanyak yang mampu.

"Saya juga telah mengarah seluruh jentera parti di semua negeri agar turut membantu dalam usaha pengagihan barangan keperluan serta kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan di mana air bah telah surut.

"Saya menggesa agar semua pihak bertindak sebagai satu pasukan, dan menyokong langkah Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani bencana ini, serta menggesa agar diluluskan peruntukan segera untuk makanan dan ubat-ubatan, terutama untuk kawasan-kawasan kritikal," katanya menerusi satu kenyataan media.

Anwar turut berharap kerajaan pusat dapat menyediakan perancangan yang menyeluruh dalam usaha memperbaiki dan membangunkan semula kawasan kediaman yang musnah akibat banjir yang luar biasa itu.

Negeri-negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang mencatatkan rekod banjir paling buruk dalam sejarah negara ini.

Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 49,369 orang, begitu juga Kelantan 142,582 orang dan Perak pula sebanyak 7,735 mangsa.

Keadaan banjir di Terengganu menyaksikan sedikit penurunan jumlah mangsa dan di Johor tidak berubah berbanding jumlah terakhir yang dicatatkan malam semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia