Pesawat AirAsia Terbabas ketika Mendarat di Filipina

KUALA LUMPUR 30 Dis - Pesawat Airbus A320 Z2272 milik AirAsia Zest dilaporkan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Filipina kira-kira jam 5.41 petang tadi.

Pesawat yang membawa 153 penumpang dan enam anak kapal yang berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Manila pada jam 4.58 petang itu terbabas ketika mendarat dalam cuaca buruk yang melanda pulau peranginan berkenaan.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Pesawat berkenaan terbabas dan melekat di permukaan berumput dekat hujung landasan.

Sebahagian daripada kepentingan syarikat penerbangan domestik itu dimiliki AirAsia Filipina.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana