DI MANA LAGI DIA MAHU LETAK MUKA…?
Tidak dapat dinafikan bahawa dua warga emas yang dahulunya merupakan seteru politik utama, sudah membuat pusingan U. Keduanya bersekutu untuk satu tujuan yang sama iaitu menewaskan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 nanti. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang juga tidak dapat dinafikan adalah dua ahli politik veteran yang sehingga kini masih belum meninggalkan dunia politik negara. Kedua-duanya sudah berusia lanjut namun masih tegar mengejar kuasa. Seorang sudah menjadi Perdana Menteri dan sudah meletak jawatan dengan alasan ‘dah lama dah’. Manakala yang seorang lagi dikatakan tidak bercita-cita untuk menjawat jawatan tersebut, namun khabarnya lebih selesa menjadi ‘De Facto’ kepada Perdana Menteri ‘boneka’ jika diberi peluang. Pada pandangan penulis, para pemerhati politik cukup arif dengan tindakan dan corak politik Mahathir. Bagi mereka yang hidup di zaman dia berkuasa, mereka akan tahu bagaimana dia menggunakan kuasa secukup ‘rasa’, ‘kuku besi’nya memang terkenal sea...