Posts

Showing posts from December, 2016

Sila Ambil Perhatian...Sila Link Ke Website Baharu Harap Maklum

Image
Terima Kasih semua kepada pembaca Blog Admin...Inru:i website Baru https://melayuberwawasan.com/

DAP AMBIL ‘PRODUK UMNO’ JUGA UNTUK JADI PEMIMPIN NEGARA

Image
DAP mungkin terlalu berbangga apabila Lim Kit Siang telah secara rasmi menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai calon Perdana Menteri dan timbalan. Ini juga mungkin memberi kebanggaan buat seluruh kepimpinan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP dan PPBM selaku penyongkolan (sekongkol) terbaru DAP. Mana tidaknya, kata-kata Kit Siang tak ubah seperti kata kata ‘keramat’ di dalam blok utama pembangkang itu yang mana tiada siapa berani untuk membangkangnya. Namun demikian, dari sudut sisi berbeza, pemilihan Wan Azizah dan Muhyiddin ini menguatkan lagi kenyataan bahawa Umno sebagai sebuah parti terbaik abad ini. Jika tidak, masakan seorang pejuang negara sekular seperti Kit Siang sanggup bersabar dan merestui dua bekas ahli Umno itu menjadi calon PM dan TPM jika Pakatan Harapan dikuasai DAP menang pada PRU14 akan datang? Tidak pula Kit Siang memetik atau memilih mana-mana nama pemimpin yang bukan dari ‘kil...

ORANG YANG MENGAKIBATKAN NEGARA RUGI RM30 BILLION HARI INI MAHU BICARA SOAL KRISIS KEYAKINAN : DAIM OH DAIM....

Image
Tanya Tun Mahathir: Di Manakah Wang Negara RM30 Billion?. ■ Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”, dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100bilion. ■ Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir semakin rimas dengan isu skandal kewangan semasa 22 tahun pimpinan beliau akan terbongkar. ■ Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara telah tampil memberikan maklumat berkenaan skandal kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion. Dr Rosli telah memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters”; 1. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 2. Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, 3. Bekas Gabenor Bank Negara Allahyarham Jaffar Hussein dan 4. Nor Mohamed Yaacob Mantan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Malaysia. ■ Menurut Dr Rosli, arwah Jaffar dan Nor Yaacob merupak...

DAP Adalah Ketua Pakatan, Terbukti Bila Kit Siang Yang Menamakan Bakal PM

Image
DAP terbukti sebagai ketua pakatan pembangkang apabila Penasihatnya Lim Kit Siang secara bersendirian menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara. Kit Siang nampaknya seperti sudah mempunyai kuasa mutlak dalam Pakatan Harapan (PH) pembangkang apabila mendahului semua pemimpin dalam pakatan  itu dari PKR, PAN dan PPBM untuk menamakan jawatan berkenaan. Kit Siang membuat pengumuman itu ketika menghadiri Majlis Makan Malam Kutipan Dana anjuran Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bukit Gelugor, semalam. Kit Siang tidak pun mengambil langkah mengadakan perbincangan dulu dengan Presiden PAN, Mohamad Sabu, atau Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menamakan Muhyiddin yang juga Presiden PPBM sebagai Timbalan Perdana Menteri boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Muhyiddin yang sudah lama berada dalam politik sejak di dalam UMNO dan Barisan Nasional (B...

Berani tak @saifnasution tolak permintaan @AzminAli ni?

Image
Ini semuanya mainan Wayang politik pembangkang kononnya ada masalah....kikiikiki Anda semua lihat ini adakah lakonan semua....?

Mengapa perjanjian TNB dan YTL di anggap berat sebelah?

Image
Pada tahun-tahun 1992 dan 1996, beberapa buah negeri Semenanjung di landa blackout yang meluas. Khabarnya, Tun M, pada masa itu Perdana Menteri, tersangatlah marah atas kejadian ini. YTL di jemput untuk membangunkan sebuah janakuasa bebas (sebelum ini semua janakuasa di bina dan di miliki oleh TNB sendiri). Menurut, TS Ani Arope, CEO TNB di waktu itu, adalah biasa kos untuk setiap Kwh tenaga adalah 12 sen dan di bekalkan kepada para pengguna pada 17 sen. Untuk YTL, TNB di paksa membayar 17 sen dan kerana kos tambahan terbit dari klausa "take or pay", kos kepada TNB untuk setiap Kwh adalah 23 sen! Apa dia klausa "take or pay" ini? Pertama, kita perlu ingat bahawa walaupun perjanjian PPA (Power Purchasing Agreement - Perjanjian Pembelian Kuasa) ini adalah di antara TNB dan YTL, yang negotiate terma-terma dan klausa-klausa tertera di dalam PPA dengan YTL adalah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri (JPM). TNB TIDAK di benarkan ...

Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR

Image
Datuk Seri Azmin Ali pula menyokong cadangan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin yang mahukan PAN (Parti Amanah Negara) bergabung dengan PKR dan mahu ia dibincangkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti. Pandangan Timbalan Presiden PKR itu nampaknya berbeza dengan pendirian Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution yang menyifatkan idea itu masih terlalu awal untuk dibincang dan PAN perlu diberikan ruang untuk mengembangkan sayapnya. Azmin memberi alasan cadangan itu perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka. “Bagi saya kita tak boleh ambil sikap acuh tak acuh atau ketepikannya (langsung). “Cadangan berkenaan boleh dibincangkan dan pertimbangkan tetapi bukanlah kerana ada perebutan kerusi,” katanya kepada media di Shah Alam pada Isnin. Sebelum ini Afif menyatakan cadangan supaya PKR dan PAN bergabung dibangkitkan dalam mesyuarat dalaman partinya. Kata Afif, penggabungan itu di...

Syabas Our PM!!!! Janji kerajaan bukan janji kosong : PM

Image
Keupayaan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) melaksanakan projek mega meskipun berdepan cabaran ekonomi adalah bukti komitmen tinggi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab membangunkan negara dan menunaikan janji kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata sebagai contoh, Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang (SBK) adalah bukti kerajaan mampu melaksanakan projek mega malahan dengan kos lebih rendah iaitu RM21 bilion berbanding peruntukan yang disediakan RM23 bilion. “Saya telah melancarkan fasa satu projek MRT ini yang siap mengikut jadual dengan kos projek lebih rendah daripada bajet disediakan RM23 bilion tetapi kita belanja RM21 bilion. “Kita nak nafikan pembangkang yang kononnya projek ini menelan belanja RM100 bilion, ini satu fitnah, satu hasutan dan hakikatnya BN telah melaksanakan projek MRT lebih rendah daripada bajet yang ditetapkan,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Lebuhraya ...

Pembangkang ketandusan pemimpin, terpaksa kutip bekas UMNO

Image
Pembangkang nampaknya ketandusan pemimpin apabila terpaksa mengutip bekas pemimpin UMNO yang satu ketika dahulu menentang mereka, ia susulan cadangan meletak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri interim, sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalannya. Wan Azizah diletak sebagai pemimpin sementara menunggu suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tamat tempoh hukuman dan kemudiaannya akan diganti sebaik keluar penjara nanti. Situasi ini menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari secara tidak langsung menunjukkan pembangkang terpaksa mengakui kehebatan bekas pemimpin UMNO dalam menerajui kerajaan walaupun sebelum ini dinafikan pembangkang dengan pelbagai tohmahan. Satu yang saya nak kata, mereka perlu akui kekuatan UMNO kerana pembangkang sendiri pun mengambil bekas pemimpin kita untuk menjadi pemimpin sama berdiri dengan Mereka. Ini termasuklah Anwar dan Muhyiddin yang dijadikan sebagai pemangku mereka. “Dulu mereka juga kata pemimpin kit...

Perghhhhh......900 AHLI PKR SERTAI BN

Image
BEKAS calon PKR, Danny Anthony Andipai (lima dari kanan) menyerahkan borang keahlian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kepada Presidennya, Tan Sri Joseph Kurup selepas beliau bersama 900 ahli PKR mengumumkan keluar parti di Kampumg Takul, Nabawan semalam. PENSIANGAN 19 Dis. – Sokongan terhadap PKR dan pakatan harapan yang diketuai DAP di negeri ini terus merosot selepas 900 ahli parti itu mengumumkan keluar dan menyerahkan borang keahlian kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Kumpulan tersebut diketuai bekas calon PKR dalam pilihan raya umum 2008, Danny Anthony Andipai yang mengakui kesal kerana tindakannya selama ini menyokong PKR. Danny berkata, selama berjuang bersama PKR, beliau mendapati kebanyakkan pemimpinnya lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding BN yang ikhlas bekerja untuk rakyat. “Saya melihat perjuangan PBRS merupakan parti yang terbukti jujur dan ikhlas dalam membantu rakyat serta membawa pembangunan. “Saya menyesal dan kecewa dengan pihak pemba...

Wowww....Mara Digital catat jualan RM18.4 juta

Image
Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (IT), MARA Digital Mall mencatat jualan berjumlah RM18.4 juta sehingga November lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya jumlah jualan itu sekali gus menangkis pandangan sinis pihak tertentu yang kononnya MARA Digital Mall tidak akan bertahan lama. “Ia satu jumlah yang memberangsangkan. Kami juga dapati penyewa yang mendapat sewa percuma selama enam bulan meneruskan perniagaan mereka menandakan pasaran mereka di sini (MARA Digital Mall) adalah baik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di MARA Digital Mall di Bangunan MARA pada Ahad. Beliau berkata jumlah berkenaan termasuk jualan berjumlah RM1.02 juta di Anggerik Mall, Shah Alam yang dibuka sejak enam bulan lepas. MARA Digital Mall Kuala Lumpur dilancarkan 8 Dis tahun lepas dan kini mempunyai 38 lot perniagaan dengan 27 usahawan IT. Sementara itu, bagi tahun 2017 lima lokasi lagi dikenal pasti di seluruh negara b...

Dalam Diam Diam Nak Jawatan Dan Kedudukan Rupanya....

Image
Muhyiddin mempunyai cita-cita politik yang cukup besar – untuk menjadi Perdana Menteri dengan cepat. Di dorong oleh matlamat itulah, tidak ada apa yang tidak dilakukan Muhyiddin termasuk bekerjasama dengan Mahathir mencipta pembohongan terbesar abad ini, kononnya Datuk Sri Najib Tun Razak melesapkan wang sebanyak RM 42 billion. Dikatakan orang, Muhyiddin juga ialah manusia yang membocorkan maklumat kewangan membabitkan sumbangan ikhlas dari Arab Saudi sebanyak RM 2.6 billion ke dalam akaun yang diwujudkan khas untuk tujuan tersebut dan kemudian berpura-pura terkejut dengan kebocoran tersebut. Orang katalah. Sehingga di akhirnya, Muhyiddin – di atas pengkhianatannya itu, dipecat dari kerajaan dan UMNO. Dia kemudian meneruskan rancangan seterusnya iaitu dengan menubuhkan parti baru Pribumi Bersatu, bersama-sama Mahathir dan anaknya Mukhriz. Buat sementara waktu, semuanya nampak berjalan lancar bagi Muhyiddin dan impian abadinya untuk menjadi Perdana Menteri terutama setelah semua...

Wanita Australia Dakwa Temui Barangan Peribadi Mangsa MH370

Image
PERTH:  Kasut, selipar, beg tangan, dompet dan topi antara barangan yang ditemukan oleh seorang wanita di Australia yang mendakwa kesemua barangan peribadi itu merupakan milik mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014. Wanita terbabit, Sheryl Keen yang tinggal di Perth, bekerjasama dengan penyiasat amatur, Blaine Gibson untuk mencari sebarang petunjuk yang mampu merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut. Antara barangan penting yang ditemukan adalah selipar berwarna perang yang dipercayai dipakai oleh seorang penumpang wanita berdasarkan rakaman kamera keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian. Menurut Keen, dia percaya selipar itu merupakan milik wanita terbabit yang dinamakan sebagai "Cinderella" dan kesemua barangan yang ditemukannya datang daripada pesawat MH370. "Kami mendapati barangan peribadi yang ditemui di sepanjang kawasan pantai Madagascar mempunyai kesan yang sama iai...

DAP TENTUKAN “KASTA” RAKAN DAN LAWAN

Image
Akhirnya Pakatan Harapan membenarkan kata-kata politik, bahawa DAP adalah penentu segalanya apabila Lim Kit Siang menamakan calon Perdana Menteri dan Timbalannya sekiranya mereka menang pada PRU yang akan datang. Sekaligus, ia menafikan kepercayaan pentaksub Mahathir yang senantiasa yakin bahawa mantan perdana menteri itulah yang menguasai segalanya. Ternyata, kata-kata Hew Kuan Yau bahawa mereka akan menggunakan Mahathir untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional sangat tepat, dan padat. Kata putus dari Lim Kit Siang, siapa Mahathir atau Muhyiddin untuk nafikan? Tertunduk membisu semua pentaksub, walhal suatu ketika mereka lah juara dalam mengkritik Lim Kit Siang. Tersenyum gembira Lim Kit Siang, melihat musuh tradisinya kini dibawah tapak kaki. Percaturan politik Kit Siang sangat bijak, apabila menamakan ahli politik yang cukup dikenali dengan watak “boneka” sebagai calon perdana menteri. Kelak, tidak perlu bersusah payah, kerana prestasi Wan Azizah di Dewan Undangan Negeri S...

Fitnah….kata PM nafi dakwaan Rafizi kos projek MRT Sungai Buloh-Kajang RM100 billion

Image
Adakala memang penat dan buang masa nak layan dakwaan pembangkang.Macam kes kos projek pembinaan MRT Sungai Buloh-Kajang. Mereka ‘ buat bodoh’ saja dan terus ulangi dakwaan sekalipun penjelasan sudah diberi. Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tetap pertahan dakwaannya kos projek itu cecah lebih RM100 billion sedangkan pihak MRT Corp sudah buat kenyataan rasmi ia tidak betul. Menurut MRT Corp kos seluruh projek itu  dari Sungai Buloh ke Kajang sejauh 51 kilomiter ialah RM21 bilion seperti disebut di dalam ucapan Perdana Menteri semasa merasmikan fasa pertama itu dari Sungai Buloh ke stesen Semantan. Rafizi mendakwa kos RM21 bilion yang dinyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan kos untuk fasa pertama laluan SBK sahaja. “Kenyataan beliau adalah tidak benar sama sekali,” kata MRT Corp. Isnin pagi…ketika berucap merasmikan projek jalan pintas Lahad Datu untuk Lebuhraya Pan Borneo di Lahad Datu,Perdana Menteri telah mennyentuh tentang dakwaan kos projek MRT Sungai Bulo...

JOHOR BAKAL DISERANG OLEH ‘NAFSU BESAR’ DAP

Image
Pakatan Harapan nampaknya bernafsu besar untuk tawan kubu kuat BN yakni Johor pada pilihanraya umum ke 14. Pada PRU 13 lalu DAP turunkan Lim Kit Siang dari Ipoh Timor  bertanding di Gelang Patah dan Teo Nie Ching dari Serdang ke Kulai.Kedua mereka menang. Untuk tujuan itu langkah sama akan diambil pada PRU 14. Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tsee memberitahu wartawan Ahad mereka akan turunkan calin gabungan berprofil tinggi  dengan pemimpin tempatan di negeri itu. Katanya calon berprofil tinggi tersebut akan bertanding di kerusi Parlimen manakala pemimpin tempatan yang aktif pula akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). “Kami akan panggil beberapa pemimpin pusat untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen dan satu kawasan yang kami kenal pasti adalah Parlimen Pasir Gudang manakala bagi kerusi DUN pula, kami akan tempatkan pemimpin tempatan yang benar-benar boleh melaksanakan tugas mereka. “Strategi ini penting kerana kami lihat negeri...

PRU14: PKR sedia serah kerusi kepada PPBM, kata Azmin...Inilah pun Nak Wayang Belaka

Image
SHAH ALAM: PKR bersedia menyerahkan kerusinya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang selepas termeterainya muafakat politik antara parti itu dengan Pakatan Harapan (PH). Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kompromi daripada rakan-rakan pembangkang pada suatu ketika dahulu yang bersedia menyerahkan kerusi mereka, menyumbang kepada 'kekuatan' PKR pada hari ini. "Itu salah satu kerjasama yang dibentuk supaya ada perbincangan dan kefahaman diantara Pakatan Harapan dengan PPBM, saya telah berbincang dengan pimpinan PKR dalam beberapa tempoh yang lalu di mana kita juga harus mengambil sikap yang terbuka. "Ketika PKR dibentuk pada tahun 1999 kita tidak ada kerusi, kita mendapat kerusi daripada DAP dan PAS. Kalau kita tak dapat kerusi daripada mereka pada tahun itu kita tidak ada di sini," katanya selepas merasmikan Program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu (PPASS), di Bangunan Sultan ...

ZURAIDA DICABAR BERTANDING DI TEBRAU. BERANIKAH DIA?

Image
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dicabar untuk bertanding di Parlimen Tebrau jika beliau benar-benar yakin mampu membantu Pakatan Harapan untuk menawan Johor pada PRU14 nanti. Cabaran itu dilaungkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Datuk Syahrin Md Jamaluddin berdasarkan kepada ‘keberanian’ Ahli Parlimen Ampang itu untuk bertanding di mana-mana negeri ini pada PRU akan datang. Menurut beliau, kerusi Parlimen Tebrau dilihat sesuai kepada Zuraida kerana ia memang milik PKR dan komposisi pengundi di kawasan berkenaan juga agak seimbang dan pastinya ia memberi satu cabaran kepada setiap calon. “Marilah bertanding di Parlimen Tebrau kerana dia (Zuraida) berkeyakinan mampu untuk mengatasi kekuatan Umno dan BN di Johor. Pemuda Umno Tebrau membuka pintu seluas luasnya kepada Ahli Parlimen Ampang ini. “Saya nampak kerusi ini paling sesuai untuk Zuraida kerana memandangkan Parlimen Tebrau cukup seimbang dari segi pecahan kaum pengundi,” katanya. Syahrin meluahkan caba...

LAGI LAH BERBULU GENG PEMBANGKANG NI!!!!!! NAJIB LANCAR LAPAN PAKEJ LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan lapan pakej Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM12.5 bilion. Lapan pakej yang dilancarkan ini merupakan sebahagian daripada 11 pakej jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang sedang giat dilaksanakan di pelbagai kawasan di Sarawak. Pakej-pakej tersebut ialah Sematan ke Jambatan Sungai Moyan sepanjang 95km, persimpangan Pantu ke Batang Skrang (89km), Batang Skrang ke Jambatan Sungai Awik (68km) dan Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor (64km). Turut terlibat dalam pakej tersebut Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip sepanjang 64km, Jambatan Sungai Arip ke Persimpangan Bintulu (65km), Persimpangan Bakun ke Sungai Tangap (77 km) dan Persimpangan Sungai Tangap ke Pujut Link Road (80km). Pakej ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan 1,089km lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Terdahulu, Najib berkata pelancaran pakej ini adalah fasa pertama pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak membabitka...

MALAYSIA DALAM KRISIS SEKARANG ATAU SEMASA MAHATHIR MEMERINTAH :10 HUJAH YANG BOLEH MEMBUAT DAIM DIAM.

Image
Para pemimpin pembangkang sering keluarkan kenyataan bahawa Malaysia dalam krisis ekonomi, bankrap, pengemis di negara sendiri, negara gagal dan sebagainya. Bahkan angin propaganda ini sentiasa berlegar-legar dan viral di laman media sosial. Mari kita selidik 10 petunjuk sama ada Malaysia dalam krisis atau tidak dengan perbandingan antara tahun 1998 hingga 2016. 🔹1. Indeks saham Bursa Malaysia Indeks saham kini jelas menunjukkan bahawa Malaysia bukan dalam krisis. Buktinya, indeks saham hari ini masih lebih dua kali ganda dari indeks tahun 2009 sejak Najib Razak mula mentadbir. Sebaliknya, indeks saham pada tahun 1998 iaitu zaman Mahathir dan Anwar, menjunam lebih dari 80% dalam masa yang singkat. 🔹2. Pendaftaran Kenderaan Baru Penjualaan kereta di Malaysia masih kukuh pada paras yang tinggi berbanding tahun 2015 – walaupun mengalami kejatuhan 13% kerana perintah Bank Negara. Sebaliknya, jualan dan pendaftaran kereta baru pada tahun 1998 menjunam – jatuh lebih dari 59% ...

Pakatan nak ‘serang’ Johor dengan calon berprofail tinggi

Image
Pakatan Harapan nampaknya bernafsu besar untuk tawan kubu kuat BN yakni Johor pada pilihanraya umum ke 14. Pada PRU 13 lalu DAP turunkan Lim Kit Siang dari Ipoh Timor  bertanding di Gelang Patah dan Teo Nie Ching dari Serdang ke Kulai.Kedua mereka menang. Untuk tujuan itu langkah sama akan diambil pada PRU 14. Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tsee memberitahu wartawan Ahad mereka akan turunkan calin gabungan berprofil tinggi  dengan pemimpin tempatan di negeri itu. Katanya calon berprofil tinggi tersebut akan bertanding di kerusi Parlimen manakala pemimpin tempatan yang aktif pula akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). "Kami akan panggil beberapa pemimpin pusat untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen dan satu kawasan yang kami kenal pasti adalah Parlimen Pasir Gudang manakala bagi kerusi DUN pula, kami akan tempatkan pemimpin tempatan yang benar-benar boleh melaksanakan tugas mereka. "Strategi ini penting kerana kami lihat negeri Joh...

Kit Siang cadang Wan Azizah PM...tamparan kepada Dr M

Image
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan penasihat DAP Lim Kit Siang yang mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri interim merupakan satu tamparan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kit Siang baru-baru ini membuat cadangan itu sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang, namun Annuar melihat mustahil Dr Mahathir dan Muhyiddin sanggup tunduk kepada ketua pembangkang itu. “Sudah tentu ia bertentangan dengan keputusan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) yang tidak bersetuju jika Wan Azizah ini dilantik sebagai perdana menteri dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) akan akan berada di bawah Wan Azizah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan majlis dialog bersama pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Ahad. Annuar berkata perkara itu juga sudah tentu tidak akan disokong oleh PAS yang pernah membantah cadangan untuk meletakkan Wan Aziz...

Video Apa Yang Berlaku Ni....Kecohhhh Bebbb

Image

Tak bagi bertanding Selangor...PAN mula bengang dengan PKR

Image
PKR tidak ada hak menghalang PAN bertanding di Selangor kerana negeri tersebut bukan milik PKR semata-mata dimana boleh membolot dan menentukan sesuka hati untuk bertanding di mana-mana kawasan. Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei yang tidak membenarkan PAN dan PPBM bertanding di Selangor adalah tidak masuk akal. “Bukan hak mana-mana parti untuk menghalang parti lain. Selangor bukan milik PKR. itu sebab kena bincang. Kenyataan-kenyataan pramatang seperti ini tidak membantu,” katanya kepada BNBBC. my portal. Terdahulu, Shuhaimi membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang. Sebaliknya kata Shuhaimi, kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Mengulas lanjut, Khalid berkata pihaknya menggesa supaya ia dibincang secara tertutup supaya tidak memalukan Pakatan Harapan. “Maka saya cada...

DAPigs kutuk kerajaan hari-hari untuk BRIM panggil penyokong mereka mari-mari

Image
Baiknya kerajaan Malaysia,tak pnah memilih fhaman politik. Lyak ja, bg smua. Jadi klu yg dok maki hamun, fitnah & menghina kerajaan UMNO-BN. Klu mereka ambk jg brim.

VIDEO INI MEMBUKTIKAN KEPINTARAN TUN M. JANGAN TERKEJUT!!

"BENARKAH MALAYSIA DALAM KRISIS SEPERTI KATA PEMBANGKANG?"

Image
PARA pemimpin pembangkang sering keluarkan kenyataan bahawa Malaysia dalam krisis ekonomi, bankrap, pengemis di negara sendiri, negara gagal dan sebagainya. Bahkan angin propaganda ini sentiasa berlegar-legar dan viral di laman media sosial. Mari kita selidik 10 petunjuk sama ada Malaysia dalam krisis atau tidak dengan perbandingan antara tahun 1998 hingga 2016. 🔹1. Indeks saham Bursa Malaysia Indeks saham kini jelas menunjukkan bahawa Malaysia bukan dalam krisis. Buktinya, indeks saham hari ini masih lebih dua kali ganda dari indeks tahun 2009 sejak Najib Razak mula mentadbir. Sebaliknya, indeks saham pada tahun 1998 iaitu zaman Mahathir dan Anwar, menjunam lebih dari 80% dalam masa yang singkat. 🔹2. Pendaftaran Kenderaan Baru Penjualaan kereta di Malaysia masih kukuh pada paras yang tinggi berbanding tahun 2015 - walaupun mengalami kejatuhan 13% kerana perintah Bank Negara. Sebaliknya, jualan dan pendaftaran kereta baru pada tahun 1998 menjunam - jatuh lebih dari 59% ...

HAD PM 2 PENGGAL; CADANGAN MUKHRIZ CUMA GIMIK POLITIK MURAHAN!!

Image
1. Gesaan Mukhriz agar jawatan PM dihadkan selama 2 penggal selain diasingkan jawatan Menteri Kewangan merupakan satu lagi gimik politik pembangkang yang cuba meraih sokongan. Malah, saya sendiri dalam usul politik mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar telahpun membawa usul menghadkan penggal jawatan PM  ini dan mana mana jawatan utama dalam kerajaan mahupun parti agar peremajaan parti dan kepimpinan berlaku secara serius. Usul cadangan ini telah saya bentangkan didalam sidang perwakilan 2 tahun lalu semasa Mukhriz masih sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Menteri Besar Kedah untuk dibahaskan dan diterima oleh sidang perwakilan UMNO Bahagian Alor Setar. 2. Namun,ketika itu tidaklah pula usul saya ini mendapat perhatian daripada Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah ketika ini iaitu Mukhiz sendiri.Kerana apa? adakah kerana beliau masih berada ditampuk kepimpinan kerajaan? Selesa dengan kuasa dan jawatan Menteri Besar? atau pada padangan beliau ketika i...