Tak bagi tanding S’gor, Azmin mahu PAN bergabung PKR

Datuk Seri Azmin Ali pula menyokong cadangan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin yang mahukan PAN (Parti Amanah Negara) bergabung dengan PKR dan mahu ia dibincangkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti.

Pandangan Timbalan Presiden PKR itu nampaknya berbeza dengan pendirian Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution yang menyifatkan idea itu masih terlalu awal untuk dibincang dan PAN perlu diberikan ruang untuk mengembangkan sayapnya.

Azmin memberi alasan cadangan itu perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.

“Bagi saya kita tak boleh ambil sikap acuh tak acuh atau ketepikannya (langsung).

“Cadangan berkenaan boleh dibincangkan dan pertimbangkan tetapi bukanlah kerana ada perebutan kerusi,” katanya kepada media di Shah Alam pada Isnin.

Sebelum ini Afif menyatakan cadangan supaya PKR dan PAN bergabung dibangkitkan dalam mesyuarat dalaman partinya.

Kata Afif, penggabungan itu dicadangkan kerana ada pimpinan PKR berpendapat kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana serta sifat pelbagai kaumnya.

Bagaimanapun idea berkenaan segera ditolak Saifuddin, serta Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub.

Semalam, Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad menempelak PKR kerana pandangan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang tidak membenarkan PAN dan PPBM bertanding di negeri itu.

Shuhaimi membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.

Sebaliknya kata Shuhaimi, kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL