Kit Siang cadang Wan Azizah PM...tamparan kepada Dr M
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan penasihat DAP Lim Kit Siang yang mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri interim merupakan satu tamparan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kit Siang baru-baru ini membuat cadangan itu sekiranya Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang, namun Annuar melihat mustahil Dr Mahathir dan Muhyiddin sanggup tunduk kepada ketua pembangkang itu.
“Sudah tentu ia bertentangan dengan keputusan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) yang tidak bersetuju jika Wan Azizah ini dilantik sebagai perdana menteri dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) akan akan berada di bawah Wan Azizah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan majlis dialog bersama pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Ahad.
Annuar berkata perkara itu juga sudah tentu tidak akan disokong oleh PAS yang pernah membantah cadangan untuk meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor satu ketika dahulu.
Beliau berkata keputusan itu juga memperlihatkan sikap DAP yang tidak mementingkan keputusan seperti itu yang sepatutnya diputuskan bersama gabungan parti pembangkang.
“Keputusan ini menjadikan pembangkang tidak mempunyai sebarang syor yang konkrit ,” katanya.
Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan kenyataan Kit Siang mengenai Wan Azizah sebagai Perdana Menteri interim hanyalah satu jenaka politik yang melucukan.
Katanya ini kerana proses untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sebaik mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, bukanlah perkara mudah.
"Matlamat tersebut sangat tidak realistik. Bayangkan bila sudah mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Wan Azizah perlu kosongkan kerusi, buat pilihan raya kecil dan banyak lagi proses yang pasti bukannya sekejap," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Pelajar Program Puncak Pembina di Alor Star Ahad.
Mahdzir, yang juga Menteri Pendidikan, berkata pembangkang kini cuba membuat helah kepada rakyat dengan menunjukkan kononnya mereka boleh memimpin sekiranya diberi peluang memegang tampuk pemerintahan.
Bagaimanapun, jelas Mahdzir, kenyataan bercanggah daripada setiap parti pembangkang mengenai siapa calon perdana menteri yang layak sekiranya mereka menang PRU akan datang, jelas menunjukkan tiada keyakinan sesama mereka.

Comments