PRU14: PKR sedia serah kerusi kepada PPBM, kata Azmin...Inilah pun Nak Wayang Belaka

SHAH ALAM: PKR bersedia menyerahkan kerusinya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang selepas termeterainya muafakat politik antara parti itu dengan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kompromi daripada rakan-rakan pembangkang pada suatu ketika dahulu yang bersedia menyerahkan kerusi mereka, menyumbang kepada 'kekuatan' PKR pada hari ini.

"Itu salah satu kerjasama yang dibentuk supaya ada perbincangan dan kefahaman diantara Pakatan Harapan dengan PPBM, saya telah berbincang dengan pimpinan PKR dalam beberapa tempoh yang lalu di mana kita juga harus mengambil sikap yang terbuka.

"Ketika PKR dibentuk pada tahun 1999 kita tidak ada kerusi, kita mendapat kerusi daripada DAP dan PAS. Kalau kita tak dapat kerusi daripada mereka pada tahun itu kita tidak ada di sini," katanya selepas merasmikan Program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu (PPASS), di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi tadi.

Melihat kepada perkembangan politik hari ini, Azmin berkata adalah wajar untuk PKR melakukan perkara yang sama terhadap parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Bagaimanapun Azmin yang juga Menteri Besar Selangor itu menegaskan, kesediaan PKR untuk menyerahkan kerusi kepada PPBM perlulah berdasarkan faktor kebolehmenangan seseorang calon.

"Jadi, saya kira giliran kita pula untuk menimbangkan bersikap terbuka dan lebih bertanggungjawab untuk berbincang dengan rakan-rakan dalam PH dan dengan PPBM dan kita akan berdasarkan kepada faktor kemenangan.

"Mana-mana parti yang mempunyai keupayaan untuk menang di satu-satu kawasan kita akan berunding untuk siapa yang patut mewakili kawasan berkenaan," ujarnya lagi.

Pendirian Azmin itu berbeza dengan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyatakan bahawa PPBM perlu memujuk PAS untuk mendapatkan kerusi bagi membolehkan mereka bertanding pada pilihan raya kali ini.

Tian Chua yang dipetik laporan akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini berkata, target undi PPBM adalah di kalangan pengundi Melayu, justeru parti itu harus meyakinkan PAS agar memberi laluan mereka untuk bertanding memandangkan kebanyakan kerusi tersebut adalah milik tradisi PAS.

Dalam pada itu, Azmin yang menyifatkan kekuatan PPBM banyak bertumpu di kawasan selatan Semenanjung Malaysia bagaimanapun berkata, sebarang perbincangan strategi pilihan raya dan pemilihan calon juga mestilah menerusi pimpinan tertinggi parti-parti yang terlibat.

"Sekarang ini PH hanya mewakili tiga negeri cuma kita juga ada kekuatan di kawasan tertentu dan ia tertakluk kepada perbincangan.

"PPBM di bawah kepimpinan Muhyiddin mungkin ada kekuatan di Selatan Semenanjung, mungkin di Johor dan Melaka tapi ini soal strategi yang kita tidak boleh bincang secara terbuka.

"Sekali lagi, faktor kita ialah kemenangan dan ia termaktub dalam perjanjian yang telah kita tandatangani antara PPBM dan PH," kata Menteri Besar Selangor itu lagi.

Muafakat politik antara PPBM dan Pakatan Harapan (PH) diikat pada 13 Disember lalu yang menyaksikan persetujuan untuk meletakkan satu calon mewakili gandingan itu untuk menentang Umno-Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Persefahaman itu memutuskan 'formula' yang digunapakai antara PH dan PPBM bersabit pembahagian kerusi berdasarkan prinsip kebolehmenangan seseorang calon itu.

Bagaimanapun penggabungan itu dilihat oleh sesetengah pihak sukar untuk mencapai matlamat meletakkan satu calon pembangkang sahaja memandangkan keengganan PAS untuk bekerjasama.

PAS secara jelas mengambil pendirian untuk bertanding di kesemua kawasan yang menjadi milik tradisi mereka.

Sementara itu, Azmin ketika ditemui juga diminta mengulas soal calon Perdana Menteri yang dipersetujui gabungan pembangkang itu.

"Belum lagi (diputuskan), kita masih bincang. Kita akan bincang supaya mana-mana individu yang diputuskan secara bersama itu dapat mewujudkan satu momentum menjelang PRU14," katanya ringkas.

Kelmarin Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan PH akan mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya.

Namun jawatan itu akan diambil alih Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dibebaskan dari penjara, sebagaimana pendirian pembangkang selama ini terhadap Ketua Umum PKR itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL