DAP AMBIL ‘PRODUK UMNO’ JUGA UNTUK JADI PEMIMPIN NEGARA
DAP mungkin terlalu berbangga apabila Lim Kit Siang telah secara rasmi menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai calon Perdana Menteri dan timbalan.
Ini juga mungkin memberi kebanggaan buat seluruh kepimpinan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP dan PPBM selaku penyongkolan (sekongkol) terbaru DAP.
Mana tidaknya, kata-kata Kit Siang tak ubah seperti kata kata ‘keramat’ di dalam blok utama pembangkang itu yang mana tiada siapa berani untuk membangkangnya.
Namun demikian, dari sudut sisi berbeza, pemilihan Wan Azizah dan Muhyiddin ini menguatkan lagi kenyataan bahawa Umno sebagai sebuah parti terbaik abad ini.
Jika tidak, masakan seorang pejuang negara sekular seperti Kit Siang sanggup bersabar dan merestui dua bekas ahli Umno itu menjadi calon PM dan TPM jika Pakatan Harapan dikuasai DAP menang pada PRU14 akan datang?
Tidak pula Kit Siang memetik atau memilih mana-mana nama pemimpin yang bukan dari ‘kilang Umno’ untuk menjadi PM dan TPM pilihan utama mereka?
Bukannya tidak ada calon pemimpin ‘pure’ pembangkang dalam empat parti dinaungi Pakatan Harapan yang dikuasai DAP itu, sebaliknya Kit Siang tetap merestui Wan Azizah yang merupakan bekas isteri kepada Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Presiden Umno sendiri sebagai calon PM dan TPM.
Mahu nafikan apa lagi hakikat bahawa produk Umno bukan sahaja terbukti berkualiti, malah para pemimpin yang ada dalam Umno sahaja mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat untuk sebuah kehidupan masa depan yang lebih selesa.
Bagi mereka yang telah menjadi ‘duri dalam daging’ dan bertindak keluar atau dibuang daripada Umno, maka pasti ada sesuatu yang tidak baik keatas mereka hingga mereka tidak lagi diperlukan dalam ‘kilang Umno’ yang mencipta rekod amat baik.
Lantaran itu, Pakatan Harapan yang dikuasai DAP tidak akan mampu menjadi kerajaan yang baik sekiranya mereka berpeluang berkuasa kerana pengalaman yang ada kepada Umno itu tidak akan menyamai dengan apa yang DAP ada.
Comments