Tak bagi bertanding Selangor...PAN mula bengang dengan PKR

PKR tidak ada hak menghalang PAN bertanding di Selangor kerana negeri tersebut bukan milik PKR semata-mata dimana boleh membolot dan menentukan sesuka hati untuk bertanding di mana-mana kawasan.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei yang tidak membenarkan PAN dan PPBM bertanding di Selangor adalah tidak masuk akal.

“Bukan hak mana-mana parti untuk menghalang parti lain. Selangor bukan milik PKR. itu sebab kena bincang. Kenyataan-kenyataan pramatang seperti ini tidak membantu,” katanya kepada BNBBC. my portal.

Terdahulu, Shuhaimi membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.

Sebaliknya kata Shuhaimi, kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Khalid berkata pihaknya menggesa supaya ia dibincang secara tertutup supaya tidak memalukan Pakatan Harapan.

“Maka saya cadangkan untuk supaya tidak dibincang secara terbuka begini kerana mungkin mendatangkan respon yang memalukan sesama kita.

“Cuma saya anggap ianya sekadar keluhan pimpinan PKR Selangor yang kebingungan tak tahu cara melayani kerenah PAS.

“Bagi saya ianya tidak lebih dari itu. InsyaAllah akhirnya ianya akan ditetapkan oleh mesyuarat Majlis Presiden bersama pimpinan PPBM,” ujarnya.

Media melaporkan, tidak sampai seminggu pakatan pembangkang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) melibatkan DAP, PKR, PAN dan PPBM, sudah wujud masalah pembahagian kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL