DAP TENTUKAN “KASTA” RAKAN DAN LAWAN
Akhirnya Pakatan Harapan membenarkan kata-kata politik, bahawa DAP adalah penentu segalanya apabila Lim Kit Siang menamakan calon Perdana Menteri dan Timbalannya sekiranya mereka menang pada PRU yang akan datang.
Sekaligus, ia menafikan kepercayaan pentaksub Mahathir yang senantiasa yakin bahawa mantan perdana menteri itulah yang menguasai segalanya. Ternyata, kata-kata Hew Kuan Yau bahawa mereka akan menggunakan Mahathir untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional sangat tepat, dan padat. Kata putus dari Lim Kit Siang, siapa Mahathir atau Muhyiddin untuk nafikan? Tertunduk membisu semua pentaksub, walhal suatu ketika mereka lah juara dalam mengkritik Lim Kit Siang. Tersenyum gembira Lim Kit Siang, melihat musuh tradisinya kini dibawah tapak kaki.
Percaturan politik Kit Siang sangat bijak, apabila menamakan ahli politik yang cukup dikenali dengan watak “boneka” sebagai calon perdana menteri. Kelak, tidak perlu bersusah payah, kerana prestasi Wan Azizah di Dewan Undangan Negeri Selangor sudah cukup menyerlahkan segala kelemahan untuk dimanipulasi.
Tidak perlu DAP menjadi perdana menteri, cukup sekadar jadi “penasihat” kepada perdana menteri. Yang pernah jadi tunggul di dalam UMNO sebelum ini pula, nampaknya akan terus menunggul.
Bukan itu sahaja, dengan pengumuman itu, Kit Siang berjaya meletakkan suara Mahathir dan parti pribumi di bawah PKR. Jangankan sama taraf dengan DAP yang memimpin, dengan PKR juga mereka tidak sama darjat. Berdekah-dekah gelak tawa melihat di mana “kasta” mereka ketika ini.
Strategi Lim Kit Siang tidak sekadar habis di situ, pencalonan Wan Azizah ini juga adalah satu amaran kepada PAS, yang mengambil sikap “boikot” Presiden PKR itu sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lalu yang disokong oleh DAP. Kemelut jawatan menteri besar Selangor sebelum ini juga menyaksikan PAS berpihak kepada Azmin Ali, dan bukannya Wan Azizah.
Jika PAS sanggup bekerjasama dengan parti pribumi dan PKR menjelang PRU nanti, apakah PAS bersedia untuk kembali menerima Wan Azizah sebagai calon perdana menteri? Jika PAS terima, maknanya Lim Kit Siang berjaya membuatkan musuhnya “menjilat kembali ludah” mereka, persis Mahathir dan parti pribumi.
Dengan hanya satu pengumuman, Lim Kit Siang berjaya mengekalkan DAP sebagai parti paling dominan di dalam Pakatan, sambil dapat memperlekeh Mahathir serta secara konsisten memperkecilkan kemampuan PAS yang enggan bersama dengan Pakatan Harapan.
Di dalam Pakatan Harapan, segalanya adalah tentang DAP.

Comments