Pembangkang ketandusan pemimpin, terpaksa kutip bekas UMNO
Pembangkang nampaknya ketandusan pemimpin apabila terpaksa mengutip bekas pemimpin UMNO yang satu ketika dahulu menentang mereka, ia susulan cadangan meletak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri interim, sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalannya.
Wan Azizah diletak sebagai pemimpin sementara menunggu suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tamat tempoh hukuman dan kemudiaannya akan diganti sebaik keluar penjara nanti.
Situasi ini menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari secara tidak langsung menunjukkan pembangkang terpaksa mengakui kehebatan bekas pemimpin UMNO dalam menerajui kerajaan walaupun sebelum ini dinafikan pembangkang dengan pelbagai tohmahan.
Satu yang saya nak kata, mereka perlu akui kekuatan UMNO kerana pembangkang sendiri pun mengambil bekas pemimpin kita untuk menjadi pemimpin sama berdiri dengan Mereka. Ini termasuklah Anwar dan Muhyiddin yang dijadikan sebagai pemangku mereka.
“Dulu mereka juga kata pemimpin kita tak berwibawa, tapi hari ini bukankan mereka yang mengagungkan bekas pemimpin UMNO? Apa maknanya itu?” soalnya kepada BNBBC.my portal.
Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah Pakatan Harapan (PH) yang mahu mencadangkan memilih Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Wanita yang pertama jika memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) sehingga suaminya dibebaskan dari penjara.
Perkara itu dinyatakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dimana Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhyiddin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri.
“Selasa lalu kami capai kata sepakat, jika berjaya kalahkan BN pada PRU akan datang, Muhyiddin adalah calon pemangku timbalan perdana menteri paling sesuai,” kata Kit Siang.
Menurut Ahli Parlimen Sekijang Anuar Abdul Manap pula, PH sekali lagi menggunakan strategi yang sama iaitu meletakkan Wan Azizah memegang jawatan tertinggi, namun segala keputusan bukan daripada beliau, sebaliknya Kit Siang dan konco-konconya.
“Mereka nampak ketandusan pemimpin dan hanya berharap pada Anwar Ibrahim. Pelik, Seolah-olah ramai pemimpin besar yang ada sekarang hanyalah sekadar melukut ditepi gantang. Nampak tak layak walaupun ada kebolehan. Tetap melihat insan yang punya sejarah jenayah seperti Anwar sebagai pemimpin harapan mereka.
“Saya juga lihat Wan Azizah sekali lagi jadi boneka mereka, mudah untuk diperkudakan dan senang untuk dimanipulasi,” ujarnya.

Comments