LAGI LAH BERBULU GENG PEMBANGKANG NI!!!!!! NAJIB LANCAR LAPAN PAKEJ LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan lapan pakej Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM12.5 bilion.
Lapan pakej yang dilancarkan ini merupakan sebahagian daripada 11 pakej jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang sedang giat dilaksanakan di pelbagai kawasan di Sarawak.
Pakej-pakej tersebut ialah Sematan ke Jambatan Sungai Moyan sepanjang 95km, persimpangan Pantu ke Batang Skrang (89km), Batang Skrang ke Jambatan Sungai Awik (68km) dan Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor (64km).
Turut terlibat dalam pakej tersebut Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip sepanjang 64km, Jambatan Sungai Arip ke Persimpangan Bintulu (65km), Persimpangan Bakun ke Sungai Tangap (77 km) dan Persimpangan Sungai Tangap ke Pujut Link Road (80km).
Pakej ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan 1,089km lebuhraya Pan Borneo Sarawak.
Terdahulu, Najib berkata pelancaran pakej ini adalah fasa pertama pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak membabitkan berjumlah keseluruhan RM16.5 bilion dengan fasa pertama dijangka siap dalam tempoh lima tahun iaitu pada 2021.
Beliau berkata fasa kedua pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan memberi fokus untuk memastikan perjalanan dari Sematan ke Sabah berjalan lancar tanpa sebarang kerenah birokrasi.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang turut berucap merakamkan penghargaan kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan kerana menunaikan janji membina Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak.
“Kami memang menanti-nantikan lebuh raya ini dan kami sangat sabar, kami ucapkan terima kasih,” katanya.
— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana