Fitnah….kata PM nafi dakwaan Rafizi kos projek MRT Sungai Buloh-Kajang RM100 billion
Adakala memang penat dan buang masa nak layan dakwaan pembangkang.Macam kes kos projek pembinaan MRT Sungai Buloh-Kajang.
Mereka ‘ buat bodoh’ saja dan terus ulangi dakwaan sekalipun penjelasan sudah diberi.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tetap pertahan dakwaannya kos projek itu cecah lebih RM100 billion sedangkan pihak MRT Corp sudah buat kenyataan rasmi ia tidak betul.
Menurut MRT Corp kos seluruh projek itu dari Sungai Buloh ke Kajang sejauh 51 kilomiter ialah RM21 bilion seperti disebut di dalam ucapan Perdana Menteri semasa merasmikan fasa pertama itu dari Sungai Buloh ke stesen Semantan.
Rafizi mendakwa kos RM21 bilion yang dinyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan kos untuk fasa pertama laluan SBK sahaja.
“Kenyataan beliau adalah tidak benar sama sekali,” kata MRT Corp.
Isnin pagi…ketika berucap merasmikan projek jalan pintas Lahad Datu untuk Lebuhraya Pan Borneo di Lahad Datu,Perdana Menteri telah mennyentuh tentang dakwaan kos projek MRT Sungai Buloh-Kajang itu.
Katanya dakwaan projek itu menelan belanja RM100 billion adalah fitnah dan hasutan.
Najib menegaskan projek itu cuma menelan belanja RM21 billion.
Ini pun setelah RM2 billion dijimatkan dari kos asal RM23 billion.

Comments