Pakatan nak ‘serang’ Johor dengan calon berprofail tinggi
Pakatan Harapan nampaknya bernafsu besar untuk tawan kubu kuat BN yakni Johor pada pilihanraya umum ke 14.
Pada PRU 13 lalu DAP turunkan Lim Kit Siang dari Ipoh Timor bertanding di Gelang Patah dan Teo Nie Ching dari Serdang ke Kulai.Kedua mereka menang.
Untuk tujuan itu langkah sama akan diambil pada PRU 14.
Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tsee memberitahu wartawan Ahad mereka akan turunkan calin gabungan berprofil tinggi dengan pemimpin tempatan di negeri itu.
Katanya calon berprofil tinggi tersebut akan bertanding di kerusi Parlimen manakala pemimpin tempatan yang aktif pula akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kami akan panggil beberapa pemimpin pusat untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen dan satu kawasan yang kami kenal pasti adalah Parlimen Pasir Gudang manakala bagi kerusi DUN pula, kami akan tempatkan pemimpin tempatan yang benar-benar boleh melaksanakan tugas mereka.
"Strategi ini penting kerana kami lihat negeri Johor sebagai negeri utama dalam memastikan kemenangan besar kepada Pakatan Harapan dan untuk mencapai kemenangan tersebut, kami perlu berkorban," katanya.
Tambahnya, Pakatan Harapan sentiasa mengalu-alukan mana-mana calon parti komponen pembangkang untuk tampil dan bertanding di negeri Johor.
Tambahnya, Pakatan Harapan sentiasa mengalu-alukan mana-mana calon parti komponen pembangkang untuk tampil dan bertanding di negeri Johor.
"Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamaruddin telah menyatakan kesediaan beliau untuk meninggalkan kerusi Parlimen Ampang yang disandang bagi bertanding di mana-mana negeri termasuk Johor sebagai usaha memenangi PRU akan datang. Jadi, kalau kami dapat mengumpulkan dua atau tiga calon berprofil tinggi di Johor, saya lihat kemenangan untuk kita bukan menjadi satu masalah.
"Terdapat tujuh kawasan Parlimen dalam negeri Johor yang pembangkang kalah dengan marginal dua peratus, jadi, dengan strategi ini, saya yakin kami akan mampu menawan tujuh kawasan tersebut," kata Jimmy Puah.
Menurutnya lagi, Pakatan Harapan sudah menghantar senarai calon yang bakal bertanding pada PRU akan datang dan sedang menunggu keputusan daripada Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat.
Tujuh kawasan Parlimen tersebut adalah Pasir Gudang, Labis, Tebrau, Segamat, Ledang, Pulai dan Muar.
Comments