Posts

Showing posts from February, 2016

Biar Betul MAmat NI....Sampai ke Balai Polis pun dia masih bawa lukisan "badut" wajah Perdana Menteri.

Image
Orang macam ini perlu diambil tindakan yang tegas.Umpama nya perli undang undang negara.Kalau lah betul dan benar gambar ini dirakam dihadapan Polis Dang Wangi.

Anda Boleh Nilaikan Lah sendiri.....

Image
Kisah 1998.. Zahid Hamidi yang lantang mengkritik Tun Mahathir kerana nepotisme dan kronisma dalam ucapan di persidangan UMNO. Beliau didesak meletakkan jawatan sebagai ketua pemuda dan di tahan dibawah ISA. Lihat bertapa kejamnya Tun Mahathir ketika itu, sesiapa mengkritik beliau pasti ISA lah jawapannya tak kiralah dari kalangan Parti pembangkang ataupun Parti UMNO sendiri. Zahid Hamidi akhirnya meletakkan jawatan apabila sudah tidak sehaluan dengan Presiden UMNO, Tun Mahathir tetapi tidak lah buat road tour menghentam Mahathir. Berbeza zaman Najib, ISA di hapuskan, beri peluang kepada rakyat bebas bersuara tidak kira dikalangan Parti Pembangkang atau Pemerintah.

AHLI PAS DILARANG HADIRI KEMPEN ANTI NAJIB, ARAHAN PRESIDEN PAS

Image
Presiden Pas Tuan Guru Haji hadi dan  Tuan Guru Dr Haron Din Majlis syura Ulamak  Pas tidak benarkan Ahli Pas terlibat  Himpunan Anti Najib atau berdepan dengan tindakan dari badan disiplin Pas

Tun M Keluar Umno Lagi...Ha Ha Ha Tak Hairan Lah Dan Tak TErkejut Pun

Image
Muka yang tak tahu malu kali ke 2 keluar UMNO...orang pun naik menyampah nengoknya.Macam lah hebat sangat suka suka main keluar masuk....Orang macam ini tak perlu dihormati.Makan kawan. PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar Umno untuk kali kedua kerana menganggap parti itu hanya untuk mempertahankan presidennya. Beliau berkata, ia juga sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Umno bukan lagi Umno dulu, saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini," katanya pada sidang media di sini, Isnin. Kali pertama Dr Mahathir membuat keputusan sama kerana tidak bersetuju dengan pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah pada 19 Mei 2008. Bagaimanapun, selepas Abdullah berundur, Dr Mahathir yang juga perdana menteri negara ini selama 22 tahun telah menyertai Umno semula pada 2009.

DOA PENYOKONG RAFIZI RAMLI DIMAKBULKAN

Image
Sejak  Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membuat pelbagai dakwaan terhadap Tabung Haji yang kemudiannya dinafikan malah diperbetulkan, berduyun penyokong Naib Presiden PKR itu mendesak dan mendoakan agar Tabung Haji membuat laporan polis. Biarpun diperjelaskan secara terperinci antaranya mengenai dakyah Rafizi kononnya Tabung Haji sudah tidak cukup rizab dan kejahilannya mengenai standard perakaunan antarabangsa, Rafizi terus melakukan serangan disebalik keuntungan dividennya hampir mencecah RM100,000 melalui simpanan di Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Dakyah Rafizi biarpun bertentangan dengan hakikat sebenar keuntungan Tabung Haji, turut menyebabkan ada pendeposit terpengaruh hingga mengeluarkan simpanan serta melepaskan giliran menunaikan rukun Islam kelima ini. Pada 20 Mei 2015, iaitu setahun lalu, Rafizi mencanang akan mengemukakan saman terhadap Tabung Haji, KWSP dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Hingga hari ini ...

Wanita Malaysia berhijab raih perhatian dunia

Image
SARASWATI, seorang jurusolek wanita dari Malaysia meraih perhatian dunia apabila kreativiti beliau menggunakan hijab untuk membantu mengubah dirinya menjadi  watak-watak kartun Disney dan Superhero berjaya menarik tumpuan dunia. Menerusi akaun Instagramnya (@QueenofLuna), telah berkongsi 'kehebatannya itu' sehinggakan beliau berjaya menarik 162 ribu pengikut dengan perkongsian lebih daripada 300 gambar. Maka tidak hairanlah beberapa portal antarabangsa turut menyiarkan berita berkenaan kreativiti Saraswati, antaranya ialah Dailymail UK, dan Metro News Canada. Ternyata, rata-rata komen yang diberikan netizen seluruh dunia adalah positif, malah menurut majoriti netizen mereka kagum dengan kreativiti Saraswati.

Rafizi: Abdul Hadi sepatutnya sedar...Siapa Patut Sedar Bangangnya Rafizi Ini

Image
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya sedar bahawa pemimpin Umno sendirilah yang mencorak laluan dan pentadbiran parti itu. Menurut Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, pentadbiran parti hanya boleh dibentuk pemimpin parti dan pentadbiran itu tidak mempunyai apa-apa perbezaan selagi ia di bawah kepimpinan seseorang individu. Sebaliknya, katanya lagi, corak atau pentadbiran parti hanya akan berubah sekiranya parti itu bertukar presiden atau pemimpin. "Sepanjang sejarah Umno terutamanya selepas merdeka, sebenarnya pimpinan Umno itulah yang mencorakkan hala tuju dan pendekatan Umno. Sebab itulah Umno akan bertukar wajah setiap kali parti itu bertukar presiden. "Bagi saya, kemudaratan yang dibawa oleh parti kepada rakyat sebenarnya berbalik kepada jenis individu yang menjadi pemimpin parti itu sendiri. Jika pemimpin parti itu kasar, tidak mementingkan rakyat, maka parti pun akan menjadi kasar dan tidak mementingkan rakyat," katanya menerusi p...

Syabas PAS....Tukar PM menerusi pilihan raya, bukan himpunan - Mahfodz

Image
SHAH ALAM: Sebarang usaha untuk menukar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu dilakukan menerusi proses pilihan raya umum dan bukan menerusi himpunan, demikian menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamed. "Kalau macam yang lepas-lepas pun, buat himpunan macam mana pun, pihak pemerintah takkan berundur. "Sebab itu maka kita lebih suka Najib habiskan penggalnya dan kita bertanding melawan Najib," katanya kepada Antarapos. Ujar Mahfodz, sekiranya pengunduran Najib berlaku sebelum pilihan raya umum, ia dilihat tidak memberi kelebihan kepada pembangkang. "Umpamanya Najib turun dan naik pula orang lain, ia (Umno) akan mendapat sokongan yang lebih lagi. Seperti masa Tun Mahathir turun yang kemudiannya digantikan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), Pak Lah dapat majoriti lebih kuat lagi. "Mungkin pandangan Presiden PAS yang tidak akan sertai himpunan anti-Najib itu kerana lebih suka kalau Najib habiskan penggal dan kita ikut sal...

Tun Plak Yang Mahu Hadir....Hadi enggan sertai himpunan desak pengunduran Najib

Image
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan tidak akan menyertai sebarang perhimpunan bagi mendesak pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu," katanya dipetik Sinar Harian selepas hadir di Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas himpunan anti-Najib seperti yang ingin dianjurkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya. Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah satu acara yang diadakan secara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang. "Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpun...

Ada Berani Kah....Dakwaan hadapi risiko rugi RM1.4 billion….Tabung Haji cabar Rafizi

Image
Lembaga Tabung Haji (TH) Jumaat lalu sudah pun menafikan dakwaan Rafizi Ramli bahwa ia memberi jaminan korporat kepada syarikat sekutu, TH Heavy Engineering Bhd (THHE) dan menghadapi risiko alami kerugian RM1.4 billion. Namun Ahli Parlimen PKR kawasan Pandan dan Setiausaha Agung PKR itu tetap bertegas mempertahankan dakwaan itu. Katanya pada hari sama penafian itu dibuat beliau terkejut dengan penafian “bulat-bulat” Tabung Haji itu. Dalam kenyataan medianya, anggota parlimen Pandan turut melampirkan salinan sepucuk surat didakwa daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu, yang berjumlah sehingga AS$228.2 juta. Ahad,Tabung Haji mengeluarkan satu kenyataan bukan sahaja untuk sekali lagi menafikan dakwaan itu malah mencabar Rafizi menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat Tabung Haji seperti yang didakwa. Serentak dengan itu Tabung Haji membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen pembangkang it...

Video Let's Talk! Menteri Besar Selangor Mana? ‘Say NO to SUKE’ !

Image
Projek kontroversi Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang berharga kira-kira RM5.3 billion yang dibangunkan oleh konsesi lebuh raya kedua terbesar di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (PROLINTAS) telah mendapat tentangan hebat terutama sekali daripada Pergerakan ‘Say NO to SUKE’. Bulan Januari 2016 yang lalu, pergerakan tersebut telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan juga telah memfail aduan sah. Pengerusinya, Muhammad Agos Abul Hasan Ashari mendakwa, pembinaan lebuh raya itu diteruskan tanpa mematuhi prosedur betul serta pengambilan tanah di kawasan berkaitan di Ampang sudah dilakukan walaupun laporan E.I.A sudah tamat tempoh. Let’s Talk! Hari ini bersama Muhammad Agos Abul Hasan Ashari yang merupakan Pengerusi Pergerakan ‘Say NO to SUKE’. Lihat Sini Videonya

TH Lapor Polis, Gesa Rafizi Dedah Maklumat...Ada Berani Kah...Jangan Cakap Saja

Image
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli digesa mendedahkan bank yang bertanggungjawab memberikan jaminan korporat kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Bhd (THHE) seperti yang didakwa wakil rakyat pembangkang itu. Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan pada Ahad berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan tidak berasas yang boleh menjejaskan kepentingan pendepositnya. Sehubungan itu TH membuat laporan polis terhadap Rafizi yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Langkah ini diambil oleh TH bagi menjaga kepentingan para pendeposit dan reputasi TH sebagai sebuah institusi Islam di Malaysia. TH akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin. "TH amat kesal dengan penyebaran dokumen-dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah," demikian menurut kenyataan itu. Sebelum ini Rafizi mendakwa TH memohon Kementerian Kewangan untuk meluluskan jam...

Saya amat respek Tun Pak Lah.

Image
Selepas bersara sebagai PM dia tak campur urusan politik negara pun. Tak seperti seorang tuh.Walaupun dihina dan dikutuk suatu ketika dahulu. Hidup tenang dan damai bersama keluarga tersayang.

Menyamar Lah Konon....Akhirnya Terbongkar Jua

Image
Rupenya individu yg buat fitnah kapalterbang MAS MH 149 hilang lagi baru-baru ini adalah wajah palsu? Menggunakan nama perempuan, tapi rupanya jantan? Tak lama kena cekuplah tu. Mental benar-benar dah rosak sanggup mempermainkan fitnah yg melibatkan nyawa manusia?

Siapa Yang Zalim......?Melayu Mudah Lupa

Image
Apabila kita tuduh orang tu zalim tak baik itu dan ini, kadang2 kita terlupa yang kita dulu lebih zalim dan tak baik. Harap Tun M memperbetulkan dirinya dulu, sebelum menyerang Najib kata zalim dan tak baik. Itu sebab apabila kita nak serang seseorang tu kenalah lihat zaman kita dulu masa memerintah negara dan Ketuai dalam Parti Umno. Janganlah kerana menyerang Najib kita terlupa apa yang kita pernah buat ketika dulu. Sejarah tetap sejarah orang akan ingat sampai bila2. Jangan kerana ini memalukan nama seorang Negarawan. Orang ramai tak pernah lupa, yang lupa ni adalah orang2 yang mempunyai agenda peribadi untuk menjatuhkan orang lain. Memalukan Sungguh.

Anggota Polis Cedera Dipukul Sekumpulan Lelaki

Image
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cedera akibat dipukul sekumpulan lelaki di simpang tiga lampu isyarat Sri Taming menghala keTaman Desa Baiduri, Kajang pagi Ahad. Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakannya yang membuat rondaan bermotosikal di sekitar kawasan berkenaan, melihat dua kenderaan dinaiki 10 lelaki diletakkan di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata anggota polis berkenaan dipercayai meminta mereka mengalihkan kenderaan kerana ia menyebabkan kesesakan teruk di kawasan tersebut. "Akibat rasa tidak puas hati kerana diminta mengalihkan kenderaan, suspek bertindak memukul mangsa. Beg milik mangsa yang mengandungi dompet dan telefon bimbit turut dilarikan," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad. Willey berkata mangsa dan rakannya kemudian melarikan diri untuk meminta bantuan. Katanya polis sedang mengesan kesemua suspek terbabit. -Bernama

Pembaca Berita Separuh Bogel Demi Kejar Rating

Image
TIRANA: Akibat berhadapan saingan sengit untuk memenangi hati penonton, sebuah saluran televisyen Albania mengambil pendekatan luar biasa iaitu memberikan 'maklumat telus' melalui pembaca berita separuh bogel. Tampil hanya memakai jaket tanpa baju di bahagian dalam, penampilan pembaca berita di kalangan wanita muda memberikan pemandangan yang belum pernah berlaku di Balkan sejak stesen berkenaan mula ke udara di kaca TV dan Internet tahun lepas. Pemilik saluran itu berkata, jumlah penonton sentiasa berkembang sejak itu. "Di Albania, di mana beritanya dimanipulasi oleh kuasa politik, penonton memerlukan satu medium yang akan memberikan maklumat dengan telus seperti 'telanjang'," kata pemilik TV Zjarr, Ismet Drishti kepada AFP. "Kami tidak menjual seks, kami menyiarkan semula berita. Ia adalah sebagai simbolik dan kaedah publisiti yang baik," kata Drishti, yang merancang untuk melancarkan buletin bahasa Perancis dan Inggeris dengan "makl...

Konspirasi Peringkat Tinggi Mahu Jatuhkan Najib - Azalina

Image
KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Othman berkata adanya konspirasi peringkat tertinggi yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam apa yang dikatakan sebagai rampasan proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lepas. Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mendakwa beliau diberi taklimat oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail apabila mereka masih menyandang jawatan masing-masing mengenai 'bukti' dakwaan jenayah terhadap Najib. Beliau berkata tindakan peguam negara itu yang secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan Muhyiddin, ahli Kabinet dan anggota UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, adalah tidak beretika. "Hakikatnya peguam negara secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan (Tan Sri) Muhyiddin, ahli Kabinet dan ahli UMNO yang j...

Harap Lebuhraya Pan Borneo Bantu Kurangkan Kemalangan Maut

Image
SARIKEI: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berharap pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak dan Sabah mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di negara ini. Ketua Pengarahnya, Abd Ghafar Yusof berkata pembinaan lebuh raya itu sudah tentu akan menambah baik jalan raya di Sarawak yang keadaannya beralun disebabkan dibina di atas laluan tanah berpaya dan tanah gambut. Menurutnya selain berpunca daripada sikap pemandu, keadaan jalan raya dan kenderaan turut menjadi penyumbang kepada kemalangan. "Kita harap dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo ini, sebahagian besar daripada masalah jalan beralun dapat diselesaikan dan seterusnya membantu mengurangkan kemalangan maut," katanya. Terdahulu beliau mengagihkan 30 topi keledar kepada penunggang motosikal di bandar ini sempena kempen keselamatan jalan raya JKJR Sarawak. Turut hadir Pengarah JKJR Sarawak Davina Agnes Enteli dan Pemangku Ketua Cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Sarikei, Zokipli...

Penggantungan Muhyiddin : Akuilah Kesilapan Sendiri Dari Menunding Jari

Image
Dalam satu kenyataan, beliau sekali lagi pantas menunding jari kepada Datuk Seri Mohd Najib dan kesemua Ahli Majlis Tertinggi. Walaupun beliau mengakui sudah menjangkakan keputusan berkenaan bakal diambil, namun sikap beliau yang enggan mengakui kesilapan beliau sendiri sebenarnya bukan perkara yang mengejutkan. Beliau sekali lagi mengungkit kononnya kesemua Ahli UMNO Bahagian seolah-olah di ugut untuk tidak menghadiri sebarang majlis anjuran UMNO Bahagian. Beliau mendakwa kehadiran beliau tidak lagi diperlukan malah hak beliau untuk berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO atas kapasiti beliau selaku Timbalan Presiden juga dinafikan. Mungkin beliau terlupa bahawa adalah hak Bahagian UMNO untuk menjemput sesiapa sekalipun untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh mereka. Malah, banyak Bahagian UMNO (kecuali beberapa Bahagian yang masih menyokong beliau), memikirkan secara matang, untuk apa menjemput individu yang secara terang-terangan berusaha menghasut ahli UMNO untuk membenci P...

Inilah Cara PM Kita.....Najib Rasmi Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu merasmikan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang, di sini. Pembinaan pusat transit berkeluasan 1,319 meter persegi itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB), dengan kos RM3 juta. Projek pusat gelandangan dilaksanakan susulan lawatan mengejut Najib pada Julai 2014 bagi meninjau keadaan gelandangan di ibu kota.

Ketahuilah.....Berhenti la jadi lidah penyebar fitnah wahai staff media yahudi

Image
KUALA LUMPUR: Dua portal berita dalam talian, Malaysiakini dan Malaysian Insider dijangka akan mengalami penurunan pembaca berikutan terpaksa akur dengan peraturan baru bakal digubal Oktober ini, apabila tidak lagi menyiarkan laporan palsu, tidak sahih dan menghasut. Malah, wartawan bagi kedua-dua portal itu dijangka akan berhenti secara beramai-ramai berikutan penyusutan itu selain penyumbang dana menarik diri daripada terus menyalur wang kepada portal terbabit. Ia berikutan perancangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), untuk menggubal dan membentangkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) Oktober ini. Pindaan dijangka akan turut melibatkan kawalan terhadap penyiaran berita tidak sahih dan fitnah atau menggunakan sumber tanpa kredibiliti yang sering dilakukan kedua-dua portal dalam talian itu. Dalam satu kenyataan media dikeluarkan SKMM malam tadi, ia satu pindaan menyeluruh dalam mewujudkan suatu persekitaran yang lebih kondusif bagi r...

Akaun muat naik berita kehilangan pesawat MAS adalah palsu - SKMM

Image
KUALA LUMPUR: Akaun yang memuat naik berita kononnya sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang dari radar, adalah palsu, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi SKMM Zulkarnain Mohd Yasin berkata berita palsu itu dimuat naik atas nama samaran 'Sharifah Sofia Syed Rashid'. Sehubungan itu, katanya SKMM sedang menyiasat dan mengesan pihak yang memuat naik berita palsu itu kononnya pesawat MAS hilang daripada radar dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Melbourne. Siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk menyebarkan berita yang palsu dengan niat untuk mengganggu orang lain. "SKMM ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebar, memuat naik, mahupun mempercayai sebarang berita yang belum ditentukan kesahihannya...

Pengakuan Muhyiddin bukti wujud konspirasi

Image
Pengakuan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya ada bukti jenayah yang didedahkan bekas Peguam Negara kepadanya, jelas menunjukkan wujud konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jika ada konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, bererti ia cubaan rampasan kuasa proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lalu. Katanya, dakwaan Muhyiddin bahawa bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri memberi taklimat dan berkongsi maklumat sulit dengannya, bukan sahaja tidak beretika, malah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. “Muhyiddin seorang anggota Kabinet dan pemimpin UMNO yang mempunyai kepentingan, maka ia satu tindakan salah. Beliau bukan sahaja melanggar OSA 1972, tetapi juga bersubahat dalam konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan menyalahgunakan sistem perundangan untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi,...

Malaysia Jadi Korea Utara....KEnapalah Tun Sampai Ketahap Pemikiran Begini RUpa?

Image
KUALA LUMPUR – Seorang netizen mengecam kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan langkah menyekat portal The Malaysian Insider (TMI) sebagai langkah menjadi sebuah negara diktator seperti Korea Utara. Menerusi status di laman sosial Facebook, yang dimuat naik pemilik akaun Tzu P Wong berkata, seandainya Malaysia tidak lagi mengamalkan amalan demokrasi, negarawan itu akan menerima nasib yang lebih teruk berbanding sekarang. “Sekiranya Malaysia menjadi seperti Korea Utara telah lama kamu (Mahathir) dijadikan makanan kepada anjing” bidasnya yang turut memuatkan laporan berhubung kenyataan tersebut. Menurut Wong lagi, Mahathir seperti terlupa dengan apa yang pernah dilakukan terhadap akhbar seperti The Star, Sin Chew dan beberapa akhbar lain yang disekat hanya kerana mengkritik pentadbiran beliau. Tinjauan SuaraTV mendapati, majoriti kenalan kepada Wong turut bersetuju dengan kenyataan tersebut sambil menyifatkan rakyat lebih sensara ketika sepanj...

Semakin Terdesak Buanglah EGO Tu....UMNO Rosak Dan Hancur Kerana Dia Lah Berpecah Belah Habis

Image
Penulis ‘resah’ bila pihak berkuasa dikatakan sedang menyiasat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan kenyataannya terhadap kepimpinan negara sebagaimana yang dilaporkan media akhir-akhir ini. Namun penulis difahamkan bahawa terdapat beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau, maka kerana itulah pihak berkuasa tiada pilihan lain selain dari menyiasat Dr Mahathir dan siasatan itu memerlukan keterangannya diambil. Pada pandangan penulis, usahlah diapa-apakan Dr Mahathir itu. Beliau sangat popular di negara kita, di luar negara dan mungkin di seluruh planet cakrawala di bima sakti langit ke tujuh. Beliau punya berbilion-bilion penyokong, besar pengaruhnya… Kita perlu akur bahawa beliau adalah ‘lebih tinggi’ dari undang-undang negara. Malah mungkin ‘lebih tinggi’ dari Perlembagaan Persekutuan. Mungkin tiada yang ‘lebih tinggi’ kedudukannya di dunia ini melebihi beliau. Beliau sering diibaratkan bagai ‘maksum’. Apa yang keluar dari mulutnya umpama ‘Tuhan’. Bag...

Umur 25 tahun sudah muflis...Berhati hati lah kita berbelanja

Image
PUTRAJAYA – Sebanyak 276,753 individu diisytihar bankrap sehingga Disember tahun lalu membabitkan mereka seawal usia 25 tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (gambar kecil) berkata, keba­nyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, peribadi serta kad kredit dan pinjaman perniagaan. Beliau berkata, berdasarkan data daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), kes-kes kebankrapan dikesan seawal usia 25 tahun dan majoriti kes bankrap membabitkan usia 25 hingga 44 tahun. “Keghairahan berbelanja mewah, keinginan untuk memiliki kereta dan rumah di sam­ping mudahnya mendapatkan kad kredit menyebabkan semakin ramai belia yang muflis iaitu seawal usia 25 tahun. “Pada usia ini, mereka tidak tahu lagi bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan dan ber­belanja di luar kemam­puan. Gara-gara itu mereka menanggung beban hutang sehingga akhirnya menyebabkan muflis,” katanya pada s...

Pembangkang Makin Terdesak Hingga Terpaksa Guna Anwar Untuk Terus Tagih Simpati

Image
KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pakatan pembangkang kini dilihat ketandusan pemimpin apabila terpaksa menggunakan pemimpin yang dalam penjara untuk meraih sokongan dan simpati rakyat bagi menyokong perjuangan sia-sia mereka. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, pembangkang kini tidak ada ikon kerana pemimpin yang ada hanya Anwar Ibrahim, berbeza sama sekali dengan Barisan Nasional yang ada ramai pemimpin pelapis dan berwibawa untuk diketengahkan. “Selepas Anwar Ibrahim masuk penjara, pembangkang kini berpecah  dari Pakatan Rakyat menjadi Pakatan Harapan, saya rasa dah tidak ada harapan sekarang ini, kerana harapan mereka hanya pada Anwar Ibrahim. “Pakatan pembangkang yang berlindung atas nama rakyat, sudah tidak lagi mempunyai harapan, tidak mempunyai arah tuju kerana ikon yang mereka ada hanya Anwar Ibrahim yang mampu menyatukan parti-parti dalam pakatan pembangkang ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia. Terd...

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Doris Jones Termasuk Tarik Balik Kewarganegaraan

Image
KUALA LUMPUR, 25 Feb – Pihak berkuasa didesak segera mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook Doris Jones termasuk menarik balik kewarganegaraannya sebagai tindak balas di atas sikap kurang ajarnya dalam akaun facebooknya. Wakil Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia, Mohammad Anuar Mohd Yunus berkata tindakan Doris Jones memuat naik gambar seekor anjing berkepalakan gambar wajah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dalam akaun FBnya baru-baru ini ternyata biadap dan tidak boleh diterima. “Bagi kami, ini merupakan sati tindakan yang amat kurang ajar, boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu, orang Islam memandangkan anjing ini sangat sensitif. “Sehubungan dengan itu, kami mendesak agar pihak berkuasa menyemak status kewarganegaraan pemilik akaun FB ini kerana tindakannya merupakan satu penghinaan terhadap pemimpin, orang Melayu. Kalau saya pun orang buat macam tu, kita sendiri pun akan marah,” ujarnya yang jug...

Kalau Sudah Sukar Dapat Sokongan, Tiada Dana Lebih Baik Bubar Sahaja Amanah

Image
KUALA LUMPUR, 26 Feb – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu tidak perlu malu alah untuk mengambil tindakan drastik dengan membubarkan parti berkenaan setelah mengakui betapa sukar untuk mendapatkan sokongan selain kekurangan dana. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, YB Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Moktar Ahmad berkata  itu adalah jalan terbaik kerana sejarah sebelum ini menunjukkan parti serpihan bukan sahaja tidak mendapat sambutan malah tidak akan kekal lama di dalam arus politik negara. Justeru katanya sebelum terlambat beliau tidak perlu malu untuk mengambil tindakan tersebut kerana rakyat sudah pasti akan memberi kepercayaan kepada parti yang jelas hala tujunya. Amanah Tak Laku“Mungkin juga apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu itu adalah semata-mata untuk menarik perhatian seperti mana tindakannya sebelum ini yang melempar mikrofon sejurus selesai berucap. “Malah tidak keterlaluan jika tindakan itu juga adalah untuk menarik simpati terhadap par...

Biasalah pembangkang nak ambil kesempatan.....Gesaan Muhyiddin disambut baik Azmin

Image
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin hari ini, mengalu-alukan kenyataan tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai desakan supaya reformasi dalam institusi negara dilakukan. Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR berkata, pendirian Muhyiddin itu selaras dengan perjuangan PKR, parti-parti pembangkang dan masyarakat madani selama ini. "Perjuangan  ini adalah perjuangan reformasi yang dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia adalah titik perubahan untuk negara Malaysia. "Masa telah tiba di mana semua parti-parti politik, organisasi masyarakat madani, pemimpin dan individu perlu bersatu sebagai rakyat yang prihatin untuk tujuan yang lebih besar demi menyelamatkan negara," katanya dalam satu kenyataan. Ujarnya, skandal kewangan, kegagalan institusi negara, sekatan ke atas hak dan kebebasan rakyat sehingga terbungkam nilai-nilai bersama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan harus menjadi pendorong untuk menyatukan seluruh rak...

Takut polis sampai terkencing dalam seluar

Image
BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki bukan sahaja menangis malah terkencing kerana ketakutan selepas motosikal ditunggang melawan arus gagal melepasi polis berpakaian preman ketika Operasi lalu lintas di Jalan Lebuh Ayer Keroh, di sini, hari ini. Lelaki berusia 21 tahun dari Bemban, Jasin itu mengaku takut ditahan polis yang membuat sekatan jalan di laluan menghala persimpangan Jalan Pengkalan Batu berikutan eksoz pada motosikal jenis Yamaha ditunggangnya telah diubah suai lalu membuat pusingan U dalam kejadian jam 1.40 pagi. "Saya dari Klebang lepak-lepak dengan kawan dari jam 6 petang. Saya nak balik rumah ada roadblock tapi pusing balik sebab 'paip' bising. Tapi rupanya polis ada pula kat belakang, saya menangis pun sebab takut," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini. Dalam masa sama, seorang remaja berusia 16 tahun sanggup menipu hanya kakak yang boleh menjemputnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah kerana bapanya berada di Johor Bah...

Beri Najib Masa Tunaikan Janji Kepada Sarawak - Adenan

Image
SIBU:  Menteri Tan Sri Adenan Satem meminta semua pihak supaya memberi masa kepada Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk menunaikan janjinya kepada Sarawak. Beliau berkata Najib memiliki hati yang besar dan sememangnya komited membawa pembangunan untuk negeri dan rakyat Sarawak. "Beliaulah yang selalu bersama-sama kita. Dengan adanya PM (perdana menteri)yang simpati dengan kita, dapatlah kita capai cita-cita kita," katanya pada perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2016 oleh Najib di Dataran Bandar Sibu di sini, Sabtu malam. Katanya antara projek penting yang dilaksanakan Najib di negeri ini ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 1,000 kilometer dari Lawas hingga Sematan. "Kepada mereka yang masih belum percaya, anda boleh pergi lihat sendiri jentera-jentera yang digerakkan untuk menjalankan projek itu," kata Adenan. Pada majlis itu, Adenan turut memohon bantuan daripada Najib, yang digelarnya 'Apai Besai' (...

Pasukan siasatan online dakwa Rusia tembak jatuh MH17

Image
Entah ya, entah tidak... tapi satu pasukan penyiasatan online yang beribu pejabat di United Kingdom mendakwa pihaknya telah mengenal pasti tentera Rusia kemungkinan besar terlibat menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 di timur Ukraine, dua tahun lalu. Portal BBC melaporkan, perkara itu dinyatakan dalam laporan setebal 115 muka surat yang disiarkan pasukan Bellingcat bertajuk: MH17- Potensi Suspek dan Saksi daripada Briged Peluru Berpandu Antipesawat Ke-53’, yang dikeluarkan semalam. Dalam laporan itu, Bellingcat mengaitkan penglibatan anggota daripada Batalion 2, Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat Ke-53 (Briged 53) Rusia, sehingga membawa kepada tragedi pesawat itu ditembak jatuh pada 17 Julai 2014, yang mengakibatkan semua 298 penumpang dan anak kapalnya terkorban ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Menurut pasukan penyiasat itu, pihaknya menggunakan sumber data terbuka seperti laman media sosial dan forum bagi mengenal pasti berpuluh-puluh ...

Ustaz Kazim menangis lihat wajah di televisyen

Image
IPOH 26 Feb. – Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias mengalir air mata sebaik sahaja melihat rakaman videonya berceramah dalam satu program di televisyen, malam tadi. Kazim Elias (kiri) ditemani Noriza Abu Bakar menerima kunjungan Mohd. Najmuddin di Pusat Perubatan KPJ Ipoh, semalam. utusan/SYEFRY MONIZ Abang beliau, Datuk Mohd. Naj­muddin berkata, Ustaz Kazim yang ketika itu sedang berbual secara tiba-tiba sebak dan menangis sejurus melihat siaran semula program yang disertainya dua tahun lalu itu. “Malam tadi dia (Ustaz Kazim) mengalirkan air mata apabila melihat dirinya sedang berceramah di Program Forum Perdana (Forum Perdana Hal Ehwal Islam) yang sebenarnya adalah rakaman yang dibuat dua tahun lalu tetapi disiar semula. “Saya rasa barangkali kesedihan itu akibat keinginannya yang melonjak-lonjak untuk kembali aktif berceramah semula. Sebagai seorang pendakwah yang sudah biasa berceramah, tempoh 10 hari di dalam wad itu membuat keinginan tidak dapat dibendung selain ...

Kerajaan Bukan Diktaktor - Najib

Image
PETALING JAYA: Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen dan bukannya diktator. Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata demikian ketika menjawab komen bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat bahawa Malaysia sedang menuju ke arah pemerintahan diktator seperti Korea Utara selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses  portal berita dalam talian The Malaysian Insider. Najib menegaskan bahawa Malaysia bukannya kerajaan autoritarian. "Kita bukan  pemerintahan diktator atau kerajaan autoritarian. Kita mengamalkan demokrasi berparlimen dan amat mementingkannya. "Orang kata kerajaan akan jatuh, tetapi mereka salah," katanya ketika hadir pada perhimpunan di Kampung Muhibbah pada Sabtu. Najib menegaskan adalah penting bagi Malaysia untuk menjadi stabil dari segi politik malah BN akan pastikannya. Tambahnya, penilaian kredit yang tinggi dari badan kewangan antarabangsa sejak beberapa ...

Rantai isteri akibat leka main WhatsApp...Marah Sangatlah Tu

Image
KANGAR - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana merantai leher isterinya yang terlalu leka menggunakan aplikasi WhatsApp. Mohd Hamdan Ahmad, 32, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dalam kes yang didengar di hadapan Majistret Mohd Izni Ibrahim. Dia dituduh melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Tok Kuning, di sini, pada 19 Februari lalu. Mengikut pertuduhan, Mohd Hamdan merantai leher Junifawin Dasari, dengan rantai besi pada kira-kira jam 10 pagi kerana didakwa leka bermain aplikasi WhatsApp sehingga mengabaikan kerja rumah. Isterinya, bagaimanapun, lari ke balai polis dengan rantai besi di leher dan membuat laporan. Mereka berkahwin empat tahun lalu dan mempunyai dua orang anak. Mohd Hamdan didakwa mengikut seksyen 342 kanun keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga setahun. Mohd Izni menetapkan jaminan RM5,500 dengan seorang penjamin. Kes itu ditangguhkan untuk memberi masa kepada Mohd Hamdan mel...

Cemas Kejab....KL Sentral gempar, beg pakaian disangka bom

Image
KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 pengguna komuter di KL Sentral gempar dengan penemuan beg pakaian, dipercayai mengandungi bom di tempat menunggu stesen berkenaan, malam tadi. Beg pakaian yang ditemui di tempat menunggu komuter diperiksa oleh sepasukan Unit Pemusnah Bom, yang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan orang awam pada jam 10 malam. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor, berkata pihaknya menutup laluan masuk ke stesen berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan. "Sepasukan anggota yang memeriksa beg berkenaan mendapati ia hanya mengandungi pakaian. "Saya menafikan berita yang tersebar dilaman sosial kononnya terdapat ancaman bom di stesen Kl Sentral," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Shahrul berkata, keadaan terkawal sepanjang pemeriksaan itu dan perkhidmatan komuter kembali beroperasi seperti biasa pada jam 11 malam tadi.

Tak Ada Parti Dalam Dunia Membiarkan Ahlinya Mengkritik secara Berterusan....

Image
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan diambil sekiranya pemimpin itu berterusan melakukan perkara yang 'merosakkan parti'. "Kalau beliau buat lagi, tunggu sahaja lah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival Makanan Warisan di Tasik Titiwangsa di sini hari ini. Tengku Adnan berkata demikian ketika ditanya sama ada akan ada usul pemecatan keahlian bekas Timbalan Perdana Menteri itu.  Bagaimanapun katanya, beliau yakin Lembaga Disiplin akan meneliti tingkah laku Muhyiddin dan mengambil tindakan yang wajar sekiranya masih berterusan melakukan sesuatu yang melemahkan parti.  "Jika beliau terus dengan kaedahnya merosakkan parti saya berkeyakinan lembaga displin (lihat), dan kita pun ada hantar surat kepada lembaga displin . (Lembaga) boleh ambil tindakan pecat kalau beliau masih lakukan cara yang rosakkan parti," katanya. Muhyiddin,...

Jika politik tidak stabil yang rugi adalah rakyat - PM

Image
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan bahawa jika politik di Malaysia tidak stabil yang rugi adalah rakyat negara ini. Menurutnya orang ramai perlu memastikan kestabilan politik negara terjamin dan tiada yang mampu menggugatnya. "Kalau hidup dalam keadaan terumbang-ambing dari soal keselamatan dan kestabilan politik, yang akan rugi adalah rakyat jelata," katanya. Jelas Najib soal keselamatan merupakan antara empat perkara yang beliau selaku ketua pentadbiran kerajaan tekankan dan dijadikan keutamaan, manakala tiga lagi adalah kestabilan politik, tadbir urus ekonomi yang baik serta menangani kemaslahatan (faedah) rakyat. Bagi kestabilan politik, Najib berkata kerajaan tidak bersifat kuku besi dan mengamalkan 'dictatorship', sebaliknya menyanjung tinggi prinsip demokrasi berparlimen. "Setiap lima tahun kita kembalikan kepada rakyat untuk pilih kerajaan yang dikehendaki oleh rakyat. Tetapi antara dua pilihan raya (umum) kita kena jaga kest...

Aziz Bari: DAP sudah lama tarik sokongan Melayu...Barua DAP macam Ni Lah

Image
RAWANG: Prof Dr Aziz Bari tidak melihat kemasukannya di dalam DAP sebagai mencerminkan usaha baru parti itu untuk menarik sokongan kaum Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Sebaliknya bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu berkata, usaha tersebut sudah pun berlaku lama. "Saya rasa tidak betul jika kita hendak katakan sekarang ini bahawa DAP sekarang ini menarik sokongan Melayu kerana proses atau pun usaha sudah berlaku sudah lama.. "Sebelum ini pun.. berpuluhan tahun sebelum ini sebab itu kita ada orang seperti Fazlan Yahya, Mulup Daud, Ahmad Noor dan sebagainya dan Tunku Aziz walaupun dia keluar (DAP) dan sebelum saya ada sasterawan negara seperti Datuk A. Samad Said juga sudah masuk DAP dan bukan saya seorang. "Cuma sekarang ini apabila proses itu seolah-olah menjadi ancaman kepada parti dan tokoh tertentu maka dia menjadi satu topik perbualan umum sedangkan saya fikir benda ini sudah berlaku lama," katanya k...

NGAKOR MING KEMUNGKINAN AKAN DIBALING KASUT DI SARAWAK KERANA RASIS?

Image
Pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Nga Kor Ming dikutuk oleh pengguna Facebook kerana membuat fitnah berbaur rasis melalui sebuah status berserta poster yang dimuat naik di akaun FB miliknya. Di dalam poster bertulisan Cina itu, Nga menyatakan perkataan yang boleh menimbulkan rusuhan kaum iaitu "Balik Tongsan, Cina Babi". Satu tuduhan melampau yang mengelirukan samada benar itu ayat yang diucapkan oleh Ketua Menteri Sarawak. Ramai pengguna FB meluahkan rasa tidak puas hati dengan poster itu kerana Nga dianggap telah dipandang hina dengan politik murahan yang dilakukan. Anehnya dia masih bebas di luar sana. Sepatutnya Nga ini boleh ditangkap kerana cuba menaikkan kemarahan kaum yang boleh menjejaskan keharmonian di Malaysia. Dasar cauvinis yang sukakan huru-hara. Tidak pelik kerana sesungguhnya darah yang mengalir dalam dirinya ada DNA Chin Peng.

AMARAN DARI PEJABAT PERDANA MENTERI..!!

Image
Pejabat Perdana Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang menyamar sebagai kakitangan dan menyalahgunakan nama Pejabat Perdana Menteri.

Tahukah Anda? Dr Mahathir Gagal Dalam Tujuh Tahun Pertama Jadi PM

Image
Ketika ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam nada bersunggguh-sungguh mengatakan beliau mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sayangkan negara dan mahu menyelamatkan Malaysia. Bagaimanapun tahukah anda, ketika dalam tempoh sama Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu, Malaysia menempuh banyak masalah dan kesukaran dek kerana apa yang boleh dikatakan sebagai kegagalan seorang pemimpin. Dari tahun 1981 hingga 1988, dalam tujuh tahun pertamanya, kadar pengangguran dalam negara meningkat dua kali ganda, kadar defisit belanjawan negara merekodkan kadar tertinggi dalam sejarah dan hutang luar negara meningkat sehingga negara mengalami kegawatan ekonomi. Bukan itu sahaja, dari keputusan politik, beliau pernah memecat tiga orang Menteri dan empat orang Timbalan Menteri dalam bulan Ramadhan, merosakkan sistem kehakiman, menipu berbilion ringgit dalam unit saham Bumiputera dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Makuwasa. Dalam...

Video Ucapan Datuk Dr Nor Hisham Ketua Penerangan Gerakan Merah

Image

Umno Sedia Hadapi PRU-14 Tanpa Sokongan Muhyiddin - Annuar Musa

Image
KUALA LUMPUR: Umno kini sedia bergerak ke hadapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) walaupun tanpa sokongan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua dalam parti itu. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan Ppresiden parti bertepatan kerana bekas timbalan perdana menteri itu gagal menjalankan tugas mengikut Perlembagaan Umno. "Yang penting kita fikirkan apa yang baik untuk kesempurnaan parti kerana Umno tak boleh berjalan sekiranya ada penjawat jawatan tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan Perlembagaan. "Perkara 9.8.2.1 jelas menyatakan tugas seorang timbalan presiden adalah untuk membantu presiden. Jadi apabila didapati tidak membantu, maka sebagai sebuah parti yang mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab, kita kena bergerak ke hadapan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn pada Jumaat. Ditanya mengenai ke...