Umur 25 tahun sudah muflis...Berhati hati lah kita berbelanja
PUTRAJAYA – Sebanyak 276,753 individu diisytihar bankrap sehingga Disember tahun lalu membabitkan mereka seawal usia 25 tahun.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (gambar kecil) berkata, kebanyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, peribadi serta kad kredit dan pinjaman perniagaan.
Beliau berkata, berdasarkan data daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), kes-kes kebankrapan dikesan seawal usia 25 tahun dan majoriti kes bankrap membabitkan usia 25 hingga 44 tahun.
“Keghairahan berbelanja mewah, keinginan untuk memiliki kereta dan rumah di samping mudahnya mendapatkan kad kredit menyebabkan semakin ramai belia yang muflis iaitu seawal usia 25 tahun.
“Pada usia ini, mereka tidak tahu lagi bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan dan berbelanja di luar kemampuan. Gara-gara itu mereka menanggung beban hutang sehingga akhirnya menyebabkan muflis,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sistem e-Insolvensi.

Comments