Pembangkang Makin Terdesak Hingga Terpaksa Guna Anwar Untuk Terus Tagih Simpati

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pakatan pembangkang kini dilihat ketandusan pemimpin apabila terpaksa menggunakan pemimpin yang dalam penjara untuk meraih sokongan dan simpati rakyat bagi menyokong perjuangan sia-sia mereka.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, pembangkang kini tidak ada ikon kerana pemimpin yang ada hanya Anwar Ibrahim, berbeza sama sekali dengan Barisan Nasional yang ada ramai pemimpin pelapis dan berwibawa untuk diketengahkan.

“Selepas Anwar Ibrahim masuk penjara, pembangkang kini berpecah  dari Pakatan Rakyat menjadi Pakatan Harapan, saya rasa dah tidak ada harapan sekarang ini, kerana harapan mereka hanya pada Anwar Ibrahim.

“Pakatan pembangkang yang berlindung atas nama rakyat, sudah tidak lagi mempunyai harapan, tidak mempunyai arah tuju kerana ikon yang mereka ada hanya Anwar Ibrahim yang mampu menyatukan parti-parti dalam pakatan pembangkang ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia.

Terdahulu, Briged Kesatria Muda dan Pertubuhan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) telah membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Azmin Ali dan akhbar Selangorkini yang telah menyalahgunakan dana rakyat melalui penerbitan iklan-iklan billboard serta artikel dalam akhbar mengenai hukuman penjara terhadap Anwar Ibrahim.

Kerajaan Selangor dilihat telah membazirkan dana rakyat dalam menaikkan papan-papan iklan di sekitar Selangor dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan menghina keputusan institusi perundangan dengan mengunakan dana rakyat Selangor bagi kepentingan politik secara terang-terangan.

“Apakah pihak kerajaan Selangor di bawah Azmin Ali menutup mata serta memberikan kelulusan mengunakan wang rakyat serta pengaruh politik dalam memberikan kelulusan daripada pihak kerajaan tempatan untuk papan-papan iklan yang dilihat menghina keputusan mahkamah.

“Begitu juga akhbar rasmi Selangor iaitu Selangorkini telah memuatkan artikel mengenai isu kes Anwar Ibrahim dengan memutar-belitkan fakta bagi mengelirukan rakyat.

“Kami bantah Selangorkini menjenamakan pemenjaraan Anwar   Ibrahim sebagai “Tahanan Politik” sedangkan hakikat sebenar beliau didapati bersalah dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan,” ujarnya kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Utama, pagi ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana