Anggota Polis Cedera Dipukul Sekumpulan Lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis cedera akibat dipukul sekumpulan lelaki di simpang tiga lampu isyarat Sri Taming menghala keTaman Desa Baiduri, Kajang pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakannya yang membuat rondaan bermotosikal di sekitar kawasan berkenaan, melihat dua kenderaan dinaiki 10 lelaki diletakkan di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata anggota polis berkenaan dipercayai meminta mereka mengalihkan kenderaan kerana ia menyebabkan kesesakan teruk di kawasan tersebut.

"Akibat rasa tidak puas hati kerana diminta mengalihkan kenderaan, suspek bertindak memukul mangsa. Beg milik mangsa yang mengandungi dompet dan telefon bimbit turut dilarikan," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Willey berkata mangsa dan rakannya kemudian melarikan diri untuk meminta bantuan.

Katanya polis sedang mengesan kesemua suspek terbabit. -Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL