Syabas PAS....Tukar PM menerusi pilihan raya, bukan himpunan - Mahfodz
SHAH ALAM: Sebarang usaha untuk menukar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu dilakukan menerusi proses pilihan raya umum dan bukan menerusi himpunan, demikian menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamed.
"Kalau macam yang lepas-lepas pun, buat himpunan macam mana pun, pihak pemerintah takkan berundur.
"Sebab itu maka kita lebih suka Najib habiskan penggalnya dan kita bertanding melawan Najib," katanya kepada Antarapos.
Ujar Mahfodz, sekiranya pengunduran Najib berlaku sebelum pilihan raya umum, ia dilihat tidak memberi kelebihan kepada pembangkang.
"Umpamanya Najib turun dan naik pula orang lain, ia (Umno) akan mendapat sokongan yang lebih lagi. Seperti masa Tun Mahathir turun yang kemudiannya digantikan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), Pak Lah dapat majoriti lebih kuat lagi.
"Mungkin pandangan Presiden PAS yang tidak akan sertai himpunan anti-Najib itu kerana lebih suka kalau Najib habiskan penggal dan kita ikut saluran demokrasi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mahu menyertai sebarang perhimpunan bagi mendesak pengunduran Najib seperti yang ingin dianjurkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Himpunan yang dijadualkan pada 27 Mac itu menurut Zaid bukan merupakan bantahan awam tetapi satu acara yang diadakan secara 'tertutup' dan atas 'jemputan sahaja'.
Ketika ditanya sama ada PAS akan mempertimbangkan penyertaan himpunan itu sekiranya menerima jemputan, Mahfodz berkata ianya akan diputuskan mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat.
"Macam yang jemputan lepas-lepas seperti Alumni Al-Azhar pun, kami dapat jemputan, kita dapatkan pandangan dari ahli.
"Supaya tidak timbul fitnah. Setuju atau tidak setuju, itu keputusan parti," katanya lagi.

Comments