Ketahuilah.....Berhenti la jadi lidah penyebar fitnah wahai staff media yahudi
KUALA LUMPUR: Dua portal berita dalam talian, Malaysiakini dan Malaysian Insider dijangka akan mengalami penurunan pembaca berikutan terpaksa akur dengan peraturan baru bakal digubal Oktober ini, apabila tidak lagi menyiarkan laporan palsu, tidak sahih dan menghasut.
Malah, wartawan bagi kedua-dua portal itu dijangka akan berhenti secara beramai-ramai berikutan penyusutan itu selain penyumbang dana menarik diri daripada terus menyalur wang kepada portal terbabit.
Ia berikutan perancangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), untuk menggubal dan membentangkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) Oktober ini.
Pindaan dijangka akan turut melibatkan kawalan terhadap penyiaran berita tidak sahih dan fitnah atau menggunakan sumber tanpa kredibiliti yang sering dilakukan kedua-dua portal dalam talian itu.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan SKMM malam tadi, ia satu pindaan menyeluruh dalam mewujudkan suatu persekitaran yang lebih kondusif bagi rakyat Malaysia.
Difahamkan, pindaan itu akan turut mengambil kira kejayaan kerajaan Singapura menguatkuasakan Akta Penyiaran 2013 melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) yang antara lain menghalang dana daripada luar negara disalurkan kepada organisasi media di republik itu.
Malaysiakini turut menerima dana daripada National Endowment for Democracy (NED) yang dikuasai George Soros, penggerak kejatuhan kerajaan dan huru-hara beberapa negara di dunia.
Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata tanggapan sesetengah pihak kajian semula hanya menjurus kepada isu media sosial adalah tidak benar kerana ia juga membabitkan aspek lain.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada 6 Ogos lalu melalui temuramah dengan akhbar The Star, dipetik sebagai berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk mewajibkan portal berita dalam talian, didaftar.
“Kami sedang mengkaji beberapa model termasuk digunapakai Singapura. Ia dilakukan sebagai kepentingan negara,” katanya dalam temuramah itu.
Dr Halim berkata pindaan itu adalah bagi mewujudkan suatu persekitaran lebih terjamin untuk masyarakat ketika menggunakan aplikasi multimedia dan menyemai budaya Internet yang berhemah dan positif di kalangan rakyat.
“Bagi merealisasikan agenda ekonomi digital, selain dari usaha memperluaskan perkhidmatan jalur lebar mudah alih ke seluruh negara.
“Usaha juga akan ditumpukan kepada aspek pembangunan prasarana dan piawaian bagi menggalakkan pembangunan perkhidmatan digital yang berasaskan teknologi mudah alih seperti dalam bidang pembayaran, pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan sebagainya.
“Penekanan kepada pembangunan perkhidmatan digital ini penting oleh kerana dijangkakan menjelang 2020, jurang digital yang baharu iaitu dalam perkhidmatan digital akan wujud jika usaha perluasan perkhidmatan tersebut tidak diberikan fokus,” jelasnya.
Menurut Dr Halim pindaan itu bukanlah satu tindakan mengawal Internet sebagaimana diperuntukkan melalui prinsip Jaminan No 7, Koridor Raya Multimedia (MSC), namun ia tidak bermakna pengguna boleh menyalahgunakan sewenang-wenangnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 Jun 2013 pernah menyatakan beliau kesal menjadikan Internet terlalu bebas sehingga disalahguna pihak tidak bertanggungjawab.
“Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet.
“Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas… tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali,” kata beliau semasa berucap pada majlis penutup CEO Forum 2013 di Berjaya Times Square Convention Centre, di ibu negara dua tahun lalu.
Beliau juga berkata tidak menyangka keputusannya tersebut menyebabkan perubahan yang drastik sehingga ia disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab hinggakan orang ramai mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi antara satu sama lain.
“Bila berikan kebebasan, kamu fikir tiada banyak yang akan berubah tapi sekali kamu beri mereka kebebasan, mereka cenderung menyalahgunanya.
“Sekarang kamu lihat orang ramai melakukan provokasi antara satu sama lain, kenyataan-kenyataan tersebut menyebabkan kita semua tidak dekat antara satu sama lain,” katanya lagi.

Comments