Biasalah pembangkang nak ambil kesempatan.....Gesaan Muhyiddin disambut baik Azmin

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin hari ini, mengalu-alukan kenyataan tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai desakan supaya reformasi dalam institusi negara dilakukan.

Azmin yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR berkata, pendirian Muhyiddin itu selaras dengan perjuangan PKR, parti-parti pembangkang dan masyarakat madani selama ini.

"Perjuangan  ini adalah perjuangan reformasi yang dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia adalah titik perubahan untuk negara Malaysia.

"Masa telah tiba di mana semua parti-parti politik, organisasi masyarakat madani, pemimpin dan individu perlu bersatu sebagai rakyat yang prihatin untuk tujuan yang lebih besar demi menyelamatkan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, skandal kewangan, kegagalan institusi negara, sekatan ke atas hak dan kebebasan rakyat sehingga terbungkam nilai-nilai bersama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan harus menjadi pendorong untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia demi melaksanakan reformasi.

"Kita mesti bangkit di atas perbezaan dengan kesatuan hasrat mengambil-alih tampuk kepimpinan negara yang lemah. Rakyat tidak boleh lagi bertolak ansur dengan pelanggaran hak asasi. Mereka tidak wajar menderita dengan ketidakadilan yang berlaku di tangan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa," katanya.

Katanya lagi, rakyat berhak mendapat kehidupan yang lebih baik.

"Ikhtiar bersama ini perlu dijadikan kenyataan demi mengembalikan negara di atas jalan demokrasi yang tulen.

"Kita masih belum terlambat untuk melakukan perubahan. Seperti mana Tan Sri Muhyiddin, hasrat dan cita-cita rakyat juga untuk merealisasikan sebuah Kerajaan yang adil, amanah dan jujur. Ayuh, jangan menoleh lagi. Kita harus bersatu demi perubahan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL