Aziz Bari: DAP sudah lama tarik sokongan Melayu...Barua DAP macam Ni Lah
RAWANG: Prof Dr Aziz Bari tidak melihat kemasukannya di dalam DAP sebagai mencerminkan usaha baru parti itu untuk menarik sokongan kaum Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Sebaliknya bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu berkata, usaha tersebut sudah pun berlaku lama.
"Saya rasa tidak betul jika kita hendak katakan sekarang ini bahawa DAP sekarang ini menarik sokongan Melayu kerana proses atau pun usaha sudah berlaku sudah lama..
"Sebelum ini pun.. berpuluhan tahun sebelum ini sebab itu kita ada orang seperti Fazlan Yahya, Mulup Daud, Ahmad Noor dan sebagainya dan Tunku Aziz walaupun dia keluar (DAP) dan sebelum saya ada sasterawan negara seperti Datuk A. Samad Said juga sudah masuk DAP dan bukan saya seorang.
"Cuma sekarang ini apabila proses itu seolah-olah menjadi ancaman kepada parti dan tokoh tertentu maka dia menjadi satu topik perbualan umum sedangkan saya fikir benda ini sudah berlaku lama," katanya kepada Antarapos dalam satu temubual eksklusif yang diadakan di sini.
Beliau mengulas mengenai terdapatnya usaha DAP yang sedang rancak untuk cuba menarik sokongan Melayu untuk parti itu dengan menarik semakin ramai belia dan tokoh-tokoh Melayu bagi mengubah imej parti itu yang selama ini berteraskan kaum Cina.
Aziz adalah antara pemimpin Melayu yang dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Pusat DAP Selangor.
Beliau juga di sebut-sebut akan di letakkan sebagai calon DAP pada PRU14.
DAP dikatakan mahu meletakkan calon Melayu di sekurang-kurang lapan kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) Selangor yang kini dimiliki PAS selepas dua parti itu menamatkan kerjasama politik mereka di dalam Pakatan Rakyat tahun lalu.
Ditanya kemungkinan beliau meninggalkan DAP seperti yang dilakukan oleh bekas Naib Pengerusi parti itu Tunku Aziz Tunku Ibrahim sebelum ini, Aziz berkata Tunku Aziz tidak mempertikaikan asas-asas perjuangan DAP.
Comments