Takut polis sampai terkencing dalam seluar
BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki bukan sahaja menangis malah terkencing kerana ketakutan selepas motosikal ditunggang melawan arus gagal melepasi polis berpakaian preman ketika Operasi lalu lintas di Jalan Lebuh Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Lelaki berusia 21 tahun dari Bemban, Jasin itu mengaku takut ditahan polis yang membuat sekatan jalan di laluan menghala persimpangan Jalan Pengkalan Batu berikutan eksoz pada motosikal jenis Yamaha ditunggangnya telah diubah suai lalu membuat pusingan U dalam kejadian jam 1.40 pagi.
"Saya dari Klebang lepak-lepak dengan kawan dari jam 6 petang. Saya nak balik rumah ada roadblock tapi pusing balik sebab 'paip' bising. Tapi rupanya polis ada pula kat belakang, saya menangis pun sebab takut," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini.
Dalam masa sama, seorang remaja berusia 16 tahun sanggup menipu hanya kakak yang boleh menjemputnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah kerana bapanya berada di Johor Bahru kerana bekerja dan ibunya sudah meninggal dunia.
Bagaimanapun, penipuannya terbongkar apabila ibu bapanya datang bersama bapa saudara dan sepupunya ke IPD Melaka Tengah kira-kira jam 4.15 pagi untuk menjemput dirinya yang mengalami luka-luka ringan pada lengan badan dan kaki pulang ke rumah.
Malah, pasangan suami isteri itu mahukan kejadian hingga menyebabkan anak lelaki mereka yang bersekolah di Batu Berendam itu mengalami luka-luka ringan pada badan, lengan dan kaki itu dijadikan sebagai pengajaran.
Bagaimanapun, difahamkan kira-kira seramai enam orang lelaki mengalami cedera ringan kerana motosikal ditunggang dan dibonceng terjatuh ketika memecut laju selepas cuba mengelak sekatan jalan dalam operasi yang berlangsung selama tiga jam bermula jam 12 tengah malam.

Comments