Ada Berani Kah....Dakwaan hadapi risiko rugi RM1.4 billion….Tabung Haji cabar Rafizi

Lembaga Tabung Haji (TH) Jumaat lalu sudah pun menafikan dakwaan Rafizi Ramli bahwa ia memberi jaminan korporat kepada syarikat sekutu, TH Heavy Engineering Bhd (THHE) dan menghadapi risiko alami kerugian RM1.4 billion.

Namun Ahli Parlimen PKR kawasan Pandan dan Setiausaha Agung PKR itu tetap bertegas mempertahankan dakwaan itu.

Katanya pada hari sama penafian itu dibuat beliau terkejut dengan penafian “bulat-bulat” Tabung Haji itu.

Dalam kenyataan medianya, anggota parlimen Pandan turut melampirkan salinan sepucuk surat didakwa daripada kerajaan kepada pegawai kanan TH pada 8 Disember 2015 berkaitan perkara itu, yang berjumlah sehingga AS$228.2 juta.

Ahad,Tabung Haji mengeluarkan satu kenyataan bukan sahaja untuk sekali lagi menafikan dakwaan itu malah mencabar Rafizi menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat Tabung Haji seperti yang didakwa.
Serentak dengan itu Tabung Haji membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen pembangkang itu Ramli berhubung tuduhannya itu."Tabung Haji amat kesal dengan penyebaran dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah.

"Dakwaan berkenaan memberi impak negatif kepada Tabung Haji dan akan menjejaskan kepentingan pendepositnya. Jadi, TH sudah membuat laporan polis terhadap Rafizi berkaitan dakwaan dan dokumen yang disebarkan oleh beliau," katanya.

Tabung Haji berkata, beberapa laporan polis terhadap Rafizi sudah dibuat minggu lalu dan ia dilakukan bagi menjaga kepentingan pendeposit dan reputasi TH sebagai sebuah Institusi Islam di Malaysia.

"Tabung Haji akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL