Posts

Showing posts from July, 2017

Panassss Ni !!!!! Rusia Usir 755 Diplomat AS

Image
MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin akan mengusir 755 diplomat Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan Washington mengenakan sekatan baharu ke atas Moscow. Putin dalam satu wawancara bersama stesen televisyen tempatan pada Ahad, berkata, beliau telah mengarahkan langkah tersebut kerana sudah tiba masanya buat Rusia untuk bertindak sebagai 'jawapan' kepada AS. Bagaimanapun Putin berkata, tiada tindakan segera diambil ke atas AS setakat ini. "Saya menentangnya (sekatan AS)," kata Putin kepada Vesti TV. Pada Jumaat, Moscow mengarahkan AS supaya mengurangkan jumlah staf diplomatik dan akan merampas dua harta diplomatik AS selepas Dewan Perwakilan AS dan Senat meluluskan sekatan baharu ke atas Rusia. Rusia berkata, AS mempunyai masa sehingga 1 September untuk mengurangkan jumlah staf diplomatik kepada 455 orang, menyamai jumlah diplomat AS yang meninggalkan negara Barat itu selepas Washington mengusir 35 diplomatik Rusia pada Disember. Sekatan baharu AS merup...

KUTTY: ANWAR DAH LAMA JADIKAN BAHAN POLITIK & JENAKA

Image
PENULIS tidak faham apa yang heboh sangat pasal Timbalan Perdana Menteri mendedahkan asal usul keturunan Mahathir dalam satu persidangan bahagian UMNO hari ini (Ahad)?  Benda baru ka yang didedahkan tu?  Bukan semua orang dah tahu dah ka? Datuk Seri Zahid hanya mengesahkannya saja dengan fakta.  Paling kelakar tu bila ada kata pendedahan itu sebagai menghina, menghina tang mana pulak? Sebut fakta pun menghina, law mana pakai?  Mahathir yang malu nak mengaku asal usulnya tu patut dikatakan menghina, Zahid pulak yang kena kenapa? Anyway, nak cerita ni, ia adalah Anwar yang mula mula sekali dedah asal usul keturunan Mahathir selepas pemecatannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri tahun 1998 – buktinya ada pada video dibawah.  Sebelum tu, cerita Mahathir asal Kerala dan berketurunan Kutty ni ibarat rahsia umum dalam Malaysia, tambah pulak Mahathir malu nak mengakuinya.  Sejak didedahkan Anwar, asal usul Mahathir jadi bahan ketawa dan jenaka politik d...

BENARKAH DAP AMALKAN STRATEGI PECAH DAN PERINTAH UNTUK MENDOMINASIKAN MALAYSIA?

Image
Pusat Penyelidikan PAS (PPP) kesal dengan kenyataan terbaru Pengarah Nasional Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, yang secara berterus terang mengunjurkan strategi memanipulasikan undi berdasarkan kaum untuk memenangkan DAP dan PH dalam PRU 14 akan datang. Beliau membuat kenyataan sedemikian di dalam The Edge yang diterbitkan pada 19 Jun 2017 yang lalu. Tindakan memanipulasikan undi berdasarkan kaum ini memaparkan sikap perkauman yang masih menebal pada DAP. Di dalam laporan The Edge tersebut, Liew Chin Tong menyebut untuk mengalahkan parti Melayu seperti UMNO dan PAS di kawasan majoriti Melayu antara 60% hingga 70%, strategi menyatukan pengundi bukan Melayu dan memecahkan pengundi Melayu perlu dilakukan. Sekiranya PH berjaya melakukan strategi tersebut, mereka boleh merampas sehingga 43 kawasan parlimen yang bermajoriti Melayu-Muslim daripada UMNO atau PAS. Dengan 43 kerusi tersebut, PH diyakini boleh menguasai Malaysia selepas PRU 14. PPP bertegas kenyataan seperti itu tid...

REFORMASI SIA-SIA, PENYOKONG ANWAR DIPERMAIN BERPULUH TAHUN…

Image
Sangat menarik apabila Anwar mengejutkan penyokong tegarnya tentang ‘dosa Mahathir’ terhadapnya hari ini apabila menyatakan bahawa ‘keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil..’, merujuk pada insiden 1998 dulu. Hanya kerana melihat pada kemungkinan kuasa dan peluang untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar sanggup memperkecilkan segala pengorbanan, perjuangan dan airmata darah para penyokongnya, terutama mereka yang pernah menjadi ‘benteng bernyawa’. Penulis takkan lupa. Melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana tindakan penyokong Anwar ketika itu membakar tayar, merosakan harta benda awam seperti tiang lampu, lampu isyarat dan memenuhi jalan raya di sekitar ibu negara. Bukan puluhan ribu, malah ratusan ribu penyokongnya yang hadir mencetus kekecohan. Mereka berdepan dengan belantan pasukan FRU yang membelasah mereka bagai binatang, ditangkap dan dihumban tanpa bicara ke penjara. Penyokong Anwar itulah juga yang rela bergadai nyawa berdepan pasukan keselamatan yang...

TUAN IBRAHIM ADA AKAL RUPANYA… TERKEDU AMBIGA!

Image
sesuatu yang bernas terpacul dari mulut Tuan Ibrahim Tuan Man. Bukan selalu, jarang-jarang, namun cukup untuk membuktikan bahawa pimpinan Barisan Nasional, di sebalik apa jua, kekal sebagai kerajaan yang baik. “Tukar kerajaan belum tentu bawa kebaikan”, begitulah antara bait-bait kata hikmat bagi Tuan Ibrahim, sungguh pun pada kebanyakkan rakyat Malaysia, ia bukanlah sesuatu yang baru. Apa tidaknya, kita melihat bagaimana kononnya kebangkitan rakyat, atau rakyat hakim negara, akhirnya membawa padah kepada negara-negara seperti di Timur Tengah. Hancur lebur negara, dan tampuk pemerintahan saling bertukar tangan, namun masih belum mampu membina gemilang seperti sebelumnya. Sekadar mengingatkan, parti Tuan Ibrahim suatu ketika pernah mengerah tenaga dalam skala besar untuk turun ke jalanraya kononnya ala-ala Arab. Mujur gagal, dan sedar, akhirnya membuat keputusan tepat untuk tidak bersekongkol dengan pimpinan Ambiga. Lebih manis, kenyataan tuan Ibrahim ini boleh juga disifatkan ...

ORANG LANGKAWI SEDANG MENANTI DETIK ‘BALAS DENDAM’?

Image
Khabarnya dia akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Khabarnya juga dia sendiri seolah-olah mengaku kononnya kerusi Parlimen Langkawi merupakan kerusi yang mudah dia menangi sekiranya bertanding di sana. Apatah lagi dia sudah mendapat ‘restu’ dan ‘blessing’ dari ‘ketuanan’ DAP untuk bertanding di pulau lagenda itu, penulis yakin dia sedang gembira memikirkan diri yang bakal menjadi calon pilihan raya. Malah mungkin sedang ‘mencatur’ diri menjadi Perdana Menteri semula? Penulis tidak nafikan bahawa dia banyak membangunkan pulau tersebut. Dari sudut pembangunan dan pelancongan, dia banyak bertanggungjawab merubah landskap pulau bersejarah tersebut. Memang itu salah satu ‘jasa’nya di sana. Namun begitu, bagaimana ‘jasa’ itu dijayakan? Pada pandangan penulis, tidak menjadi soal sekiranya dia memajukan atau membangunkan pulau Langkawi. Namun, bagaimanakah cara memajukan dan membangunkan pulau tersebut, ia yang menjadi topik menariknya… Siapa pemilik asal tanah-...

Najib sifatkan kedatangan pemimpin PAS ke mesyuarat Umno sebagai sejarah

Image
SHAH ALAM: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS Lipis, Mahyudin Ghazali ke Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis hari ini sebagai satu sejarah. Bukan sahaja Najib, kehadiran pemimpin PAS tempatan itu ke mesyuarat berkenaan turut mencuri perhatian ahli-ahli Umno yang lain. Perdana Menteri juga berkata belum pernah berlaku dalam sejarah parti apabila pemimpin PAS datang ke majlis perasmian mesyuarat parti. “Jarang dalam persidangan Umno ada orang PAS. Man … (ketua Umno bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad) ini merupakan satu kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Lipis Di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah di Lipis, hari ini. Muhyidin, juga merupakan Imam Masjid Kampung Tmepoyang, hadir ke majlis itu untuk menerima peruntukan RM1.5 juta daripada Najib, untuk membaik pulih masjid kampung tersebut, selepas menerima permohonan daripada Abdul Rahman. Dalam majlis yang sama j...

Jawapan kekal atau keluar dari PAS, hanya mereka yang tahu, kata P'jaya PAS Kedah

Image
SHAH ALAM: Hanya tiga wakil rakyat PAS Kedah yang dikatakan punya 'hubungan mesra' dengan Pakatan Harapan (PH) tahu niat mereka sama ada mahu terus setia bersama parti atau sebaliknya. Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata walau apa pun sikap yang diambil mereka, parti kekal dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). "Persoalan sama ada mereka ingin meninggalkan PAS atau sebaliknya, jawapan ada kepada mereka. Saya tiada jawapannya. "Sebagai ahli PAS, tak kira ADUN atau ahli Parlimen sewajarnya akur dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan; tidak hanya di Kedah sahaja tetapi semua YB PAS terikat dengan keputusan dan pendirian semasa PAS," katanya kepada Antarapos menerusi aplikasi WhatsApp. Fakhruddin diminta mengulas ura-ura tiga wakil rakyat PAS dari Kedah bakal meninggalkan parti itu selepas dilaporkan sering hadir dalam program anjuran PH. Mereka adal...

MB PERLIS: MAHATHIR ENGGAN BERDAMAI DENGAN TAKDIR

Image
Anggota Umno tidak harus mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamed yang mahu menjatuhkan BN dan Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) apabila rancangan atau niat beliau tidak tercapai. Menteri besar yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata sebaliknya berkata anggota Umno harus berdamai dengan ‘takdir’ mereka dan menerima keputusan ramai. “Allah SWT menetapkan qada dan qadar masing-masing. Terimalah takdir apabila kehendak kita ditolak, bukan memusuhi sehingga sanggup bekerja keras hendak menumbangkan parti. “Kita akui jasa Dr Mahathir terhadap negara dan parti tetapi beliau enggan berdamai dengan takdirnya,” kata Azlan sewaktu berucap merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Kangar di Kangar, hari ini. Katanya begitu juga anggota Umno yang berhasrat menjadi calon atau perwakilan G7, hendaklah bekerja kuat dan bersatu kembali mengukuhkan perpaduan apabila tidak terpilih, bukan mengambil tindakan menentang parti sep...

KEMENANGAN BN LEBIH PENTING DARIPADA MENGENANG MAHATHIR

Image
Anggota Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi digesa mengetepikan sebarang perbezaan dalam kalangan mereka dan memfokuskan usaha untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata soal persaingan untuk sebarang jawatan sehingga mewujudkan puak-puak dalam parti akan hanya menjejaskan keutuhannya untuk memenangi pilihan raya. “Kalau kita kalah bukan kerana musuh kita kuat tetapi kerana kita membiarkan musuh untuk meranapkan perjuangan kita (dengan bersengketa sesama sendiri),” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi di sini malam tadi. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengakui wujud nostalgia terhadap pemimpin lama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi dan Pemuda UMNO perlu menjelaskan perjuangan UMNO adalah lebih penting daripada pemimpinnya. “Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan UMNO untuk menegakkan ag...

Proton, Perwaja, MAS ,Bakun,forex rugi...kata PM pasal zaman Dr Mahathir

Image
Kata dulang paku serpih…mengata orang dia yang lebih. Kalau nak sebut  memang banyak.Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah beri beberapa contoh mengenai kegagalan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  sendiri ketika mentadbir 22 tahun hingga negara mengalami kerugian berbilion ringgit. Beliau membidas Dr Mahathir yang sering menyerangnya terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Mengapa dia sebut 1MDB dan kata ada masalah, ia mempunyai aset serta tanah yang boleh menarik pelabur dan dapat keuntungan,” katanya. Berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lipis,Pahang  Ahad,beliau berkata,“Proton gagal, kita kena selamatkan dengan beri RM1.5 bilion dan tambah lagi RM1.5 bilion. Perwaja, MAS dan Bakun pun rugi, semua `bail out’ . “Sejumlah RM33 bilion rugi zaman dia akibat kerugian pertukaran asing (forex) siapa hendak jawab? Nanti dia jawablah kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).” Perdana Menteri tur...

Gerakan muncul parti pertama BN umum nama calon PRU14

Image
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pecah rekod kali ini bila menjadi parti gabungan pertamna BN mengumumkan tiga calon yang bakal bertanding bagi kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Tiga mereka Dr Dominic Lau Hoei Chai bagi kerusi Parlimen Batu, Ong Siang Liang (Kepong), dan Datuk Lau Hoi Keong (Segambut). Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong kata berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan pada PRU sebelum ini, Gerakan mengambil pendekatan mengumumkan bakal calon yang bertugas sebagai penyelaras di kawasan masing-masing bagi membolehkan pengundi membuat penilaian sendiri terhadap calon yang dipilih untuk mewakili kawasan mereka bertanding pada PRU-14. "Jika prestasi mereka tidak begitu memuaskan, pertukaran calon akan dilakukan. "Ini merupakan satu langkah baharu bagi memantapkan serta memastikan kemenangan Gerakan pada PRU14," katanya. Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan persidangan...

Tuduh Negara Muflis Bila Sistem Kroni Dihapuskan

Image
Sememangnya sejak dahulu lagi kerajaan tidak mengwar-warkan  kejayaan satu-satu perkara untuk Negara kepada awam , namun semuanya kita dapat rasai dengan  banyak pemberian kerajaan kepada rakyat. Barisan Nasional bukan seperti pihak pembangkang yang mana sekadar mampu memotong reben hanya pada sebuah jambatan gantung yang telah disiapkan oleh orang lain. Merasmikan tandas awam dan melawat lebuhraya projek kerajaan persekutuan yang dikatakan projek mereka. Barisan Nasional  melalui pemerintahan Najib Razak terus meneliti keperluan yang perlu untuk rakyat, Menyediakanya dan seterusnya rakyat menggunakannya tanpa ada kekangan konsesi. Semuanya ini adalah 100% milik kerajaan untuk rakyat. Kejayaan yang tidak didendangkan ini  merupakan racun yang amat berbisa kepada pihak pembangkang, Kejayaan ini telah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang dimana  terus merencanakan agenda jahat mereka untuk menjatuhkan  kerajaan dan seterusnya menikmati kejayaan yan...

GAUM BERI TEMPOH SEMINGGU KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG PULANG SEMULA WANG RAKYAT

Image
Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia @ GAUM memberikan tempoh selama seminggu kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP untuk memulangkan semula wang rakyat yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) untuk membeli pengiktirafan palsu Europe Business Assemby (EBA). Menurut Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar, sekiranya kerajaan Pulau Pinang gagal berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan rasmi kepada Polis dan SPRM. “Dikhabarkan sebanyak RM40,000 wang telah digunakan bagi membeli sijil pengiktirafan tersebut. Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah membuat pengesahan mengenai status palsu sijil berkenaan. “GAUM merasakan perlunya Parti DAP menerajui kempen mengadakan kutipan derma dikalangan ahli-ahli DAP untuk membayar semula wang rakyat tersebut, memandangkan telah menjadi amalan pemimpin DAP sering meminta d...

Ahli PAS hadiri mesyuarat UMNO Lipis...Ini Sudah Baik Tak Pernah Berlaku Ni

Image
LIPIS: Kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS Lipis, Mahyudin Ghazali, pada majlis perasmian mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di sini, hari ini mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak. Ketika berucap pada majlis berkenaan, Presiden UMNO berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin PAS menghadiri majlis perasmian mesyuarat UMNO. Difahamkan, Mahyudin hadir ke majlis berkenaan atas kapasiti sebagai Imam Masjid Kampung Tempoyang yang menerima peruntukan RM1.5 juta untuk tujuan baik pulih selepas menerima permohonan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad. Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan mesin pengimbas bagi kegunaan Hospital Lipis. Sementara itu, Najib menyifatkan lawatannya ke Lipis sebagai 'balik kampung' ke tempat kelahirannya 64 tahun lalu. "Saya begitu tersentuh apabila bersalam dengan beberapa perwakilan, mereka menyebut 'selamat pulang Datuk Seri'. "Memang tiada tempat lain kerana di Lepih (Lipis)...

'Tiada masalah kalau Tun M tak nak balik'....Madey Ini Bawa Masalah Kepada UMNO

Image
LIPIS: Datuk Seri Najib Razak berkata, keengganan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kepada UMNO tidak memberi kesan terhadap parti kerana apa paling penting adalah sokongan tiga juta ahli akar umbinya. Presiden UMNO itu berkata, UMNO pernah berdepan kegetiran apabila pengasasnya, Datuk Onn Jaafar, keluar namun parti keramat yang sentiasa memperjuangkan nasib orang Melayu dan Bumiputera itu terus subur sehingga kini. "Apabila Tun Mahathir kata tidak mahu kembali kepada UMNO, teruskanlah. Dia tidak balik pun tiada masalah, saya bukan takbur atau hina dia. "Saya sedar dengan penuh tawaduk, kalau jadi Presiden parti tidak akan kuat tanpa sokongan tiga juta ahli UMNO," katanya berucap Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad. Najib turut membidas Dr Mahathir yang sering menyerangnya terutama dalam isu 1Malay...

2 pesawat B-1B AS rentas Semenanjung Korea

Image
SEOUL: Dua pesawat pengebom tentera udara Amerika Syarikat (AS) B-1B, terbang merentas Semenanjung Korea sebagai tindak balas langsung terhadap ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Korea Utara, baru-baru ini. Menurut kenyataan Tentera Udara AS, pesawat B-1B diterbangkan semalam, sebagai tindak balas langsung terhadap ujian ICBM dan pelancaran roket 'Hwansong-14' pada 3 Julai lalu Pada masa sama, Korea Utara mengatakan kejayaan satu lagi ujian ICBM dilancarkan pada Jumaat lalu. Pyongyang juga yakin kemampuan peluru berpandu itu menjangkau semua bandar utama di Amerika Syarikat dan ia sebagai amaran keras ke atas Presiden AS Donald Trump. Reuters

Langgar Peragut Sampai Maut

Image
KUALA LUMPUR: Seorang peragut menemui ajal apabila mangsanya bertindak mengejar dan melanggar peragut dengan kereta di Seri Kembangan dekat sini awal pagi Ahad. Mangsa peragut merupakan seorang warga Yaman yang begnya diragut di sebuah restoran. Kejadian berlaku kira-kira 3.30 pagi ketika si peragut yang berusia 25 tahun melarikan diri dengan sebuah motosikal setelah meragut mangsa, namun dia telah dikejar mangsanya dengan sebuah kereta sejauh tiga kilometer. “Apabila  tiba di persimpangan lampu isyarat di Pangsapuri One South, mangsa ragut yang berusia 20-an telah bertindak melanggar motosikal suspek. “Akibatnya suspek maut ekoran kecederaan parah di kepala dan beg kepunyaan mangsa yang diragut juga dijumpai pada suspek,” kata Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias dalam satu kenyataan. Beliau berkata siasatan awal mendapati si peragut mempunyai rekod jenayah lampau. “Mayat suspek kini dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sementara l...

BEKAS PEGUAM NEGARA SAHKAN MAHATHIR FITNAH AGONG ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Image
Bekas Peguam Negara yang penuh kontroversi Tan Sri Abu Talib Othman mengesahkan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan Lima orang Hakim pada 1988 berpunca daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad. Sungguhpun Abu Talib dalan wawancara dengan Malaysiakini.com mendakwa “krisis kehakiman yang menggemparkan seluruh negara pada 1988 dulu tidak lain adalah berpunca daripada hakim-hakim sendiri”; Namun beberapa fakta yang diberikan beliau jelas menunjukkan Mahathir dalang sebenar dalam krisis tersebut. Abu Talib mendakwa pemecatan Ketua Hakim Negara dan Lima orang hakim ketika itu berpunca dari tindakan mereka sendiri mengadu kepada Yang Dipertuan Agong mengenai campur tangan eksekutif dalam kehakiman. Siapakah cabang eksekutif ketika itu? Mahathir atau Agong? Sudah tentu Mahathir. Jadi bagaimana aduan terhadap Mahathir menjadi salah Yang Di Pertuan Agong ketika itu. Mengapa Agong perlu murka kepada Hakim yang mengadu mengenai Eksekutif? Berkongsi cerit...

Pembangunan era Tun M untuk kroni, bukan rakyat

Image
Tun M, Top Dog kepada Pakatan menyindir musuh politiknya dia memang tidak buat apa-apa pembangunan untuk rakyat ketika 22 tahun sebagai PM. Bersahutlah penyokongnya yang mengungkit projek pada zaman Tun M seperti KLCC, KLIA, Litar Sepang, Menara KL dan ERL. Sindiran itu memakan dirinya sendiri. Tun M memang tidak pernah buat apa-apa untuk rakyat. Projek itu semua untuk kroni. Boss Maxis Ananda Krishnan kaya raya apabila tanah lumba kuda miliknya dibeli menggunakan dana Petronas untuk tapak KLCC. Projek tenaga IPP dan ERL beri keuntungan besar pada YTL. Syarikat anak didiknya Daim dapat untung RM18.3 billion untuk projek PLUS. Kerajaan bayar Mokhzani RM250juta setahun untuk anjur F1 di Litar Sepang. Projek kapal Mirzan dapat projek RM2 billion setahun oleh kerajaan. Ini hanyalah cebisan daripada senarai panjang. Hakikatnya rakyat masih menanggung kerugian disebabkan Tun M yang sanggup bekerjasama dengan musuh politiknya selama 20tahun untuk memuaskan tembolok kroninya.

Ini pendirian TPM Zahid mengenai isu 'bin dan binti' anak luar nikah….

Image
“Kita tahu hukum tetap hukum”…kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi walaupun berbeza pandangan politik dan mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan profesyen, umat Islam di negara ini perlu bersatu dalam mempertahankan hal ehwal dan hukum agama Islam. "Oleh yang demikian, jika ada pihak di luar sana atau di dalam yang mahu memecah-belahkan kita, kita mesti bersatu. "Bukan untuk menentang agama lain, tetapi jangan campur hal ehwal agama Islam, biar orang Islam yang menguruskan hal ehwal Islam," katanya. Beliau menegaskan demikian mengenai isu bin atau berbinti 'Abdullah' yang hangat diperbualkan sekarang. Ini ekoran pada Khamis 27 Julai , Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya membenarkan rayuan yang dikemukakan pasangan yang memfailkan semakan kehakiman untuk memaksa Ketua Pengarah JPN menggantikan nama anak mereka yang berbin atau berbinti 'Abdullah' dengan nama bapa kanak-kanak itu dalam sijil kelahiran. Esoknya , Ketu...

PH HAMPIR PASTI BERTANDING SEMUA KERUSI DI TERENGGANU....BERTANDING KALAH MEMALUKAN SAJA LER

Image
Desas-desus akan keterlibatan Pakatan Harapan dalam PRU 14 di negeri Terengganu semakin pasti apabila tersebarnya satu keputusan pembahagian kerusi diantara mereka. Kepastian akan keterlibatan mereka ini adalah tersebarnya senarai calon parti yang bakal bertanding di DUN dan PARLIMEN di negeri Terengganu. Dalam pada itu, sebaran tersebut ada melampirkan senarai bilangan Exco dan Speaker Dewan DUN akan datang. Disini jelaslah kita melihat bahawa PPBM pakatan mereka yang paling dominan di negeri Terengganu. Berdasarkan senarai ini adalah kita melihat bahawa jawatan MB akan dipegang oleh PPBM. Jawatan Exco pula akan menjadi milik PPBM sebanyak 5 jawatan, 3 kerusi adalah PKR, satu milik PKR dan AMANAH. Berikut adalah senarai penuh setiap pembahagian kerusi bertanding yang diagihkan oleh Pakatan Harapan negeri Terengganu: *HAR∆PAN TERENGGANU PRU 14:-* *P.33 BESUT – PPBM N.1 Kuala Besut - AMANAH N2. Kota Putera - PKR N3. Jertih - PPBM N.4 Hulu Besut - PPBM *P.34 SETIU - P...

TPM arah pengendali KR1M jual barang mahal ditamatkan kontrak

Image
KUALA LANGAT: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan penamatan kontrak syarikat pengendali sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana menjual produk lebih mahal daripada harga pasaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu antara punca rakyat membenci kerajaan, sedangkan formula KR1M ialah menawarkan kualiti produk sama seperti jenama dan kedai lain, tetapi harganya jauh lebih rendah. "Kenapa jadi begini? KR1M diberi peruntukan dan tidak wajar jual produk lebih mahal daripada pasar raya biasa. Saya sudah arahkan supaya lantik syarikat pengendali lain. "Datuk Seri Najib Razak lakukan pelbagai perkara untuk ringankan bebanan rakyat dan apa yang berlaku mengecewakan kita," katanya yang dipetik BH Online. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Kuala Langat di sini, hari ini. Hadir sama Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul ...

Tiga YB Pas bakal tinggalkan parti?

Image
ALOR SETAR - Spekulasi beberapa wakil rakyat Pas bakal meninggalkan parti itu semakin kencang diperkatakan kebelakangan ini apabila mereka yang juga antara tonggak utama parti kini lebih mesra Pakatan Harapan. Kelibat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bersama dua Adun Pas, Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) semakin menonjol apabila mula menghiasi pentas ceramah Pakatan Harapan. Walaupun Mahfuz terlebih dahulu mengorak langkah dengan menerajui aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) sejak 2016, namun beliau tetap mengisytiharkan diri sebagai ahli Pas. Manakala Amiruddin dan Mohd Nasir dilihat seakan ‘mengacah’ secara perlahan merapatkan ukhuwah bersama pimpinan Pakatan Harapan. Telahan ini makin dikuatkan dengan ketidakhadiran mereka pada program anjuran Pas, yang turut disertai pimpinan Pusat, termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah pada Muktamar Tahunan Pas lalu yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, ketiga...

Jangan TErlalu YAKIN...Nanti Bawa PADAH Kepada PH Gara Gara MADEY

Image
Kekalahan mengejut PH pada PRU akan datang....tahu lah MADEY akan dikena CEMUH oleh pemimpinan PH nanti.Sekarang semuanya memuji MADEY....boleh hancurkan UMNO. Ingat akar umbi PKR dan DAP tidak naik menyampah dengan MADEY tu....?Ingat skit....Ada Madey akan beri MALA PETAKA KEPADA PH PADA PRU 14 nanti.

PRU-14 Masa Terbaik BN Runtuhkan DAP

Image
MELAKA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inilah waktu terbaik semua jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bersatu meruntuhkan kubu pembangkang yang diketuai DAP. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu berkata, tempoh dua penggal pembangkang memberi pelbagai janji palsu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan ke-13 lalu sudah berlalu, dan mandat sebenarnya harus dikembalikan kepada BN. “Saya khuatir jika BN tidak bekerja keras, kita akan disejarahkan dan dikecundangkan. Cukup-cukuplah…Kita belajar daripada pengalaman (lalu), terbuai daripada mimpi terdahulu. “Tugas-tugas kita dalam parti UMNO untuk membantu calon BN. Begitu jugalah kepemimpinan komponen lain untuk membantu calon UMNO dalam PRU akan datang. “Tolonglah…Inilah ketikanya zaman DAP mula merudum dan empayar ‘Dinasti Lim’ akan pecah dan runtuh dalam PRU-14,” katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Hotel Mahkota, di sini, h...

INGAT BOLEH U-TURN GITU SAJA, YANG BERPECAH KAT BAWAH NI APA CERITA?

Image
BANTAHAN terbuka penyokong Pakatan terhadap kerjasama dengan Mahathir dalam satu forum yang diadakan baru-baru ini, membuktikan bahawa keputusan beberapa kerat yang di atas untuk bukan saja bekerjasama dengan Mahathir, malah melantiknya sebagai Pengerusi, adalah bukti Pakatan masih berbalah walaupun cuba digambarkan tidak ada masalah. Mahathir, Anwar, Azizah, Kit Siang, Mat Sabu dan Guan Eng bolehlah bersahaja buat pusingan U demi kepentingan politik masing-masing sedangkan uak-puak ni terlupa bahawa sebahagian besar rakyat di negara ni, terutama orang Melayu dah berpecah belah kerana pendirian politik masing-masing sebelum U-turn dibuat. Ada saudara mara yang bermasam muka sehingga ke hari, kawan putus kawan kerana berbeza idealogi politik bertahun-tahun dan sebagainya – datang puak-puak ni buat U-Turn begitu saja, mudah sungguh?  Penulis secara peribadi masih tidak mesra dengan seorang bapa saudara kerana dia dulu marah Mahathir dan puja Anwar, sementara penulis dulu sok...

TAK MAMPU ‘ONE BY ONE’, DIA ANGKAT GENG NAK JATUHKAN PM?

Image
Penulis hanya tersenyum membaca laporan media yang mendakwa kononnya bekas Perdana Menteri dan Timbalannya teruk diserang kerana BN takut pada kedua bekas pemimpin tertinggi UMNO tersebut. Kononnya, dengan gabungan ‘mentor dan menti’ itu ia akan membawa keyakinan kepada rakyat untuk memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan pada PRU ke-14 nanti. Lebih kurang begitulah kata ‘macai’ berkenaan. Soalnya, benarkah UMNO atau BN takut kepada gabungan bekas Perdana Menteri dan Timbalannya itu? Pada pandangan penulis, UMNO tidak pernah takut berdepan dengan mereka yang bergelar pembangkang. Sama ada dia bekas Perdana Menteri atau Timbalan, Presiden mahupun Timbalannya, itu tidak pernah menggentarkan UMNO. Asalkan mereka pembangkang, mereka kekal sebagai musuh politik. Diimbas kembali senario politik negara, bekas Presiden dan Timbalannya itu juga pernah menyerang PAS dan DAP sebelum ini. Sejak dahulu lagi tradisinya UMNO tidak pernah takut pada mereka yang cuba merampas kuasanya secar...

PEMBANGKANG GUNA TAKTIK POLITIK HITLER UNTUK HASUT RAKYAT

Image
Dato Seri Dr Zambry Kadir, Menteri Besar Perak menyifatkan  pembangkang menggunakan taktik menteri gerak saraf Hitler, iaitu Joseph Goebbels untuk menghasut rakyat. Beliau berucap ketika memberi ucapan aluan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Parit di Dewan MRSM Parit, Perak pada 29 Julai 2017. “Dulu pembangkang panggil dia Mahafiraun, sekarang orang itu sudah bersama mereka.  Pada tahun 1941, Goebbels telah mencipta satu suasana, don’t attack the people, attack the plutocracy” kata Zambry. “Create fear, suspicious and horror” inilah cara yang digunakan oleh pemimpin Nazi di Jerman. Menurutnya, ia sama juga dengan apa yang pembangkang buat sekarang, mereka panggil kerajaan kita kleptorasi. Dulu Goebbels cipta ayat “plutocracy”, kini ayat propaganda jahat itu diganti dengan nama “kleptocracy”. Biarpun Bank Dunia telah iktiraf ekonomi negara namun pembangkang mahu gunakan elemen “horror” ini bagi menakutkan nakutkan rakyat. Oleh itu, Dr Zambry mengajak semua ahli UMNO bers...

ZAMAN MAHATHIR VS ZAMAN NAJIB

Image
Mahathir, Najib, Anwar Ibrahim, Muhyiddin, Mat Sabu, Lim Guan Eng, Hadi Awang, Azmin Ali, semua ada sisi “korup dan hipokrit” mereka. Namun yang betul-betul menjaga majoriti rakyat sekarang termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak hanya Najib Razak sahaja. Tanylah orang Sabah, Sarawak dan peneroka Felda. Antara Mahathir dan Najib Razak, Perdana Menteri mana yang peduli kepada mereka. Mahathir – Anwar Ibrahim sudah tiada jawatan janji macam-macam. Zaman Mahathir – Anwar Ibrahim dulu, hendak ambil peperiksaan SPM di sekolah pun kena bayar yuran beratus ringgit. Kerani kerajaan zaman Mahathir tengok KFC dari luar sajalah. Televisyen pun kena cukai, motosikal pun kena cukai jalan, Mahathir dan Anwar Ibrahim telah diberi peluang oleh Allah tetapi tidak melaksanakan apa yang mereka cuba jual hari ini. Kekayaan Mahathir dan Anwar Ibrahim hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu. Namun melihat cara hidup mereka mustahil mereka sekadar guna duit pencen Perdana Menteri dan Timbalan Pe...