MB PERLIS: MAHATHIR ENGGAN BERDAMAI DENGAN TAKDIR

Anggota Umno tidak harus mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamed yang mahu menjatuhkan BN dan Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) apabila rancangan atau niat beliau tidak tercapai.

Menteri besar yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata sebaliknya berkata anggota Umno harus berdamai dengan ‘takdir’ mereka dan menerima keputusan ramai.

“Allah SWT menetapkan qada dan qadar masing-masing. Terimalah takdir apabila kehendak kita ditolak, bukan memusuhi sehingga sanggup bekerja keras hendak menumbangkan parti.

“Kita akui jasa Dr Mahathir terhadap negara dan parti tetapi beliau enggan berdamai dengan takdirnya,” kata Azlan sewaktu berucap merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Kangar di Kangar, hari ini.

Katanya begitu juga anggota Umno yang berhasrat menjadi calon atau perwakilan G7, hendaklah bekerja kuat dan bersatu kembali mengukuhkan perpaduan apabila tidak terpilih, bukan mengambil tindakan menentang parti seperti yang dilakukan oleh bekas perdana menteri itu.

“Saya sendiri pun tak tahu akan dipilih menjadi calon lagi atau tidak. Jika tidak, saya terima takdir diri saya, namun tidak sekali-kali menjadi seperti Dr Mahathir yang pada hari ini adalah musuh parti yang bekerja keras untuk Pakatan Harapan,” katanya.

Azlan yang juga Ketua Umno Kangar mengingatkan pada saat-saat akhir menjelang PRU14, parti-parti komponen BN tidak boleh berpecah-belah sebaliknya setia bersama parti dan patuh kepada pemimpin untuk mencapai kemenangan.

Mengenai Wanita Umno, menteri besar itu yakin peranan pergerakan tersebut amat besar dan signifikan bagi memastikan BN mencapai kejayaan pada PRU14 kelak.

“Untuk menghadapi PRU14, saya lebih yakin dengan strategi menemui pengundi dalam kumpulan kecil kerana lebih berkesan berbanding membuat perhimpunan besar-besaran,” katanya.

Azlan berkata beliau akan membawa cadangan Ketua Wanita Umno Kangar, Rela Ahmad, supaya kaum wanita turut diberi peluang menyertai program haji 1MDB.- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL