KEMENANGAN BN LEBIH PENTING DARIPADA MENGENANG MAHATHIR

Anggota Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi digesa mengetepikan sebarang perbezaan dalam kalangan mereka dan memfokuskan usaha untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata soal persaingan untuk sebarang jawatan sehingga mewujudkan puak-puak dalam parti akan hanya menjejaskan keutuhannya untuk memenangi pilihan raya.

“Kalau kita kalah bukan kerana musuh kita kuat tetapi kerana kita membiarkan musuh untuk meranapkan perjuangan kita (dengan bersengketa sesama sendiri),” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi di sini malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengakui wujud nostalgia terhadap pemimpin lama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi dan Pemuda UMNO perlu menjelaskan perjuangan UMNO adalah lebih penting daripada pemimpinnya.

“Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan UMNO untuk menegakkan agama Islam, bangsa dan tanah air mesti sentiasa dikekalkan,” katanya.

– Bernama
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment