Proton, Perwaja, MAS ,Bakun,forex rugi...kata PM pasal zaman Dr Mahathir

Kata dulang paku serpih…mengata orang dia yang lebih.

Kalau nak sebut  memang banyak.Namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah beri beberapa contoh mengenai kegagalan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  sendiri ketika mentadbir 22 tahun hingga negara mengalami kerugian berbilion ringgit.

Beliau membidas Dr Mahathir yang sering menyerangnya terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Mengapa dia sebut 1MDB dan kata ada masalah, ia mempunyai aset serta tanah yang boleh menarik pelabur dan dapat keuntungan,” katanya.

Berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lipis,Pahang  Ahad,beliau berkata,“Proton gagal, kita kena selamatkan dengan beri RM1.5 bilion dan tambah lagi RM1.5 bilion. Perwaja, MAS dan Bakun pun rugi, semua `bail out’ .

“Sejumlah RM33 bilion rugi zaman dia akibat kerugian pertukaran asing (forex) siapa hendak jawab? Nanti dia jawablah kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).”

Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat Malaysia bahawa menukar kerajaan bukan jaminan terhadap penyelesaian masalah, malah dikhuatiri memudaratkan negara dengan mengambil iktibar peristiwa kebangkitan rakyat di Asia Barat ketika Arab Springs.

“Menukar kerajaan bukan penyelesaian. Kalau lebih baik masuk akal, kalau lebih buruk lebih mendatangkan bala dan bencana.

“Doktor saya di Institut Jantung Negara (IJN) beritahu ada pesakitnya dari Iraq apabila ditanya mana lebih baik dulu atau sekarang.

“Dia kata seburuk-buruk zaman Presiden Saddam Hussein sekurang-kurangnya mereka ada makanan atas meja, anak boleh ke sekolah, ada keamanan.

“Sekarang lihatlah, hancur lebur semuanya. Itu sebabkan menjatuhkan kerajaan sedia ada tidak menjanjikan kerajaan yang lebih baik,” katanya.

Najib juga berkata, kekuatan UMNO bukan terletak pada individu tetapi kepada perpaduan, semangat dan kesetiaan lebih tiga juta ahlinya.

Presiden UMNO itu berkata demikian berikutan pendirian Dr. Mahathir yang enggan kembali kepada UMNO malah tegas Najib ia tidak mendatangkan masalah kepada parti berkenaan.

Beliau memberikan contoh tindakan pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar yang meninggalkan UMNO tetapi parti itu terus maju hingga ke hari ini.

“Sebab itu bila Tun Mahathir kata dah keluar (UMNO) tak masuk semula. Teruskanlah, tak balik pun tak jadi masalah kepada UMNO.

“Saya bukan takbur atau menghina beliau tetapi sedar dengan penuh tawaduk bahawa jadi Presiden parti pun tak kuat, yang kuat tiga juta ahli UMNO,” katanya.

Hadir sama di majlis itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan barisan kepemimpinan setempat.

Kelmarin, Dr. Mahathir mengisytiharkan beliau tidak akan kembali kepada UMNO walaupun Najib bukan lagi menjadi perdana menteri.

Mahathir membuat pengakuan itu dalam sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan mendakwa UMNO sebenarnya telah musnah dan tersesat daripada perjuangan asalnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL