Ahli PAS hadiri mesyuarat UMNO Lipis...Ini Sudah Baik Tak Pernah Berlaku Ni

LIPIS: Kehadiran Ahli Jawatankuasa PAS Lipis, Mahyudin Ghazali, pada majlis perasmian mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di sini, hari ini mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak.

Ketika berucap pada majlis berkenaan, Presiden UMNO berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin PAS menghadiri majlis perasmian mesyuarat UMNO.

Difahamkan, Mahyudin hadir ke majlis berkenaan atas kapasiti sebagai Imam Masjid Kampung Tempoyang yang menerima peruntukan RM1.5 juta untuk tujuan baik pulih selepas menerima permohonan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan mesin pengimbas bagi kegunaan Hospital Lipis.

Sementara itu, Najib menyifatkan lawatannya ke Lipis sebagai 'balik kampung' ke tempat kelahirannya 64 tahun lalu.

"Saya begitu tersentuh apabila bersalam dengan beberapa perwakilan, mereka menyebut 'selamat pulang Datuk Seri'.

"Memang tiada tempat lain kerana di Lepih (Lipis) inilah saya balik kampung pada 23 Julai 64 tahun lalu, di rumah Setiausaha Kerajaan Negeri di Bukit Bius.

"Sejak itu, bermulalah perjalanan insan bernama Najib Razak," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL