GAUM BERI TEMPOH SEMINGGU KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG PULANG SEMULA WANG RAKYAT

Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia @ GAUM memberikan tempoh selama seminggu kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP untuk memulangkan semula wang rakyat yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) untuk membeli pengiktirafan palsu Europe Business Assemby (EBA).

Menurut Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar, sekiranya kerajaan Pulau Pinang gagal berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan rasmi kepada Polis dan SPRM.

“Dikhabarkan sebanyak RM40,000 wang telah digunakan bagi membeli sijil pengiktirafan tersebut. Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah membuat pengesahan mengenai status palsu sijil berkenaan.

“GAUM merasakan perlunya Parti DAP menerajui kempen mengadakan kutipan derma dikalangan ahli-ahli DAP untuk membayar semula wang rakyat tersebut, memandangkan telah menjadi amalan pemimpin DAP sering meminta derma daripada ahli-ahli DAP apabila pimpinan DAP mempunyai masalah sebagai contoh untuk membayar wang jaminan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebanyak satu juta ringgit membabitkan kes rasuah pembelian banglo murah.

“Slogan DAP Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang sering menjadi laungan parti DAP juga perlu diubah memandangkan slogan itu dilihat sudah tidak relevan lagi dan kelihatan hanya sebagai retorik dan omong kosong.

“Kerajaan DAP juga diminta memohon maaf kepada seluruh rakyat di Pulau Pinang khususnya pembayar cukai di bawah perkadaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) kerana kes ini dilihat cukup memalukan dan telah menjejaskan imej Pulau Pinang dimata dunia. Sekiranya benar MPPP dan MPSP membayar wang kepada EBA untuk mendapatkan anugerah-anugerah tersebut pada tahun 2013 dan 2014 lalu perkara ini langsung tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana