KUTTY: ANWAR DAH LAMA JADIKAN BAHAN POLITIK & JENAKA

PENULIS tidak faham apa yang heboh sangat pasal Timbalan Perdana Menteri mendedahkan asal usul keturunan Mahathir dalam satu persidangan bahagian UMNO hari ini (Ahad)?  Benda baru ka yang didedahkan tu?  Bukan semua orang dah tahu dah ka? Datuk Seri Zahid hanya mengesahkannya saja dengan fakta.  Paling kelakar tu bila ada kata pendedahan itu sebagai menghina, menghina tang mana pulak?

Sebut fakta pun menghina, law mana pakai?  Mahathir yang malu nak mengaku asal usulnya tu patut dikatakan menghina, Zahid pulak yang kena kenapa?

Anyway, nak cerita ni, ia adalah Anwar yang mula mula sekali dedah asal usul keturunan Mahathir selepas pemecatannya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri tahun 1998 – buktinya ada pada video dibawah.  Sebelum tu, cerita Mahathir asal Kerala dan berketurunan Kutty ni ibarat rahsia umum dalam Malaysia, tambah pulak Mahathir malu nak mengakuinya.  Sejak didedahkan Anwar, asal usul Mahathir jadi bahan ketawa dan jenaka politik di kalangan penyokong pembangkang/Pakatan – ironinya, puak sama yang mengutuk kenyataan Zahid hari ini.

Sebagai balasan, ada pihak yang mengkaji asal usul Anwar pulak, apa rupa sekali, dia pun sama jugak dengan Mahathir – tapi ini tak penting, yang pentingnya ialah, Anwar yang mula-mula sekali menjadikan asal usul bapa Mahathir ini sebagai bahan politik dan ketawa di negara ini, bukan Zahid.

Anehnya, masa Anwar jadikan asal usul Mahathir sebagai bahan lawak dalam ceramah politiknya, tak pulak sesiapa bangkit bab hina, semua sekali layan gelak, tak rasa berdosa pulak?

Ya, ia adalah Anwar yang mula mula menjadi asal usul keturunan Mahathir ini sebagai bahan politik dan jenaka.  Zahid hanya confirm apa yang Anwar sudah jadikan bahan gelak penyokongnya sejak sekian lama.

Kalau nak marah, marah Anwar lah, marah Zahid buat apa?

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL