Gerakan muncul parti pertama BN umum nama calon PRU14

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pecah rekod kali ini bila menjadi parti gabungan pertamna BN mengumumkan tiga calon yang bakal bertanding bagi kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Tiga mereka Dr Dominic Lau Hoei Chai bagi kerusi Parlimen Batu, Ong Siang Liang (Kepong), dan Datuk Lau Hoi Keong (Segambut).

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong kata berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan pada PRU sebelum ini, Gerakan mengambil pendekatan mengumumkan bakal calon yang bertugas sebagai penyelaras di kawasan masing-masing bagi membolehkan pengundi membuat penilaian sendiri terhadap calon yang dipilih untuk mewakili kawasan mereka bertanding pada PRU-14.

"Jika prestasi mereka tidak begitu memuaskan, pertukaran calon akan dilakukan.

"Ini merupakan satu langkah baharu bagi memantapkan serta memastikan kemenangan Gerakan pada PRU14," katanya.

Bercakap kepada wartawan selepas merasmikan persidangan perwakilan Gerakan Wilayah Persekutuan 2017 di Kuala Lumpur Ahad Mah berkata pada pilihan raya lalu Gerakan telah bertanding dalam dua kerusi parlimen iaitu di Batu dan Segambut dan untuk PRU14 Gerakan berharap dapat bertanding di kawasan Kepong.

Mah, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata parti itu telah bersiap sedia bagi menghadapi PRU14 pada bila-bila masa dari sekarang.

"Meskipun kita akui pada pilihan raya lepas prestasi Gerakan tidak begitu baik namun kita yakin dan optimis bahawa PRU-14 akan datang ini sokongan daripada pengundi kaum Cina bakal meningkat.

"Berdasarkan kajian, kami yakin bahawa sokongan pengundi kaum Cina akan bertambah lebih dari 30 peratus berbanding hanya 13.4 peratus pada pilihan raya umum lalu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL