Posts

Showing posts from November, 2015

Alhamdulilah....RON95 Turun 10 Sen Mulai Esok

Image
PETALING JAYA: Harga bahan api RON95 pada Disember menyaksikan pengurangan sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter, demikian menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada Isnin. Timbalan Presidennya, Datuk Zulkifli Mokti bagaimanapun berkata harga RON97, diesel dan diesel Euro 5 masing-masing kekal pada harga RM2.45, RM1.90 dan RM2.00 seliter. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan harga petrol dan diesel pada apungan terurus mulai 1 Disember tahun lalu.

PKR Dan DAP Sama Saja Untuk ANak Beranak.....Adik perempuan Guen Eng dilantik Setiausaha DAP Pulau Pinang

Image
Satu lagi usaha untuk memperkukuh kedudukan Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas adiknya Lim Hui Ying dilantik menjadi Setiausaha DAP negeri tersebut. Kedudukan Lim Hui Ying di jawatan penting itu sudah pasti mencerminkan ketakutan Guan Eng yang mula dikritik ahli-ahli akar umbi DAP Pulau Pinang selepas dua penggal berkuasa. Dalam pemilihan parti pada Ahad menyaksikan penentang Guan Eng ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng kalah dalam pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang. Teh, yang kelihatan cuba mengawal emosi, berkata beliau menghormati keputusan perwakilan dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas ketika ditanya sama ada kegagalan dalam mempertahankan jawatannya itu disebabkan tindakannya menyokong usul Adun BN, meminta supaya diadakan sesi pendengaran awam mengenai tambakan tanah di negeri ini pada sidang DUN Pulau Pinang, baru-baru ini. "Perwakilan telah m...

Mengintai Konvensyen DAP Pulau Pinang... Guan Eng panas punggung

Image
Selepas lapan tahun memerintah Pulau Pinang, anak kelahiran Johor yang membesar di Melaka, Lim Guan Eng mula terasa 'penolakan' orang negeri tersebut terhadap kepimpinannya. Suara mahu jawatan nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri dikembalikan kepada orang Pulau Pinang mula didengari di Konvensyen DAP. Ini selepas seorang perwakilan di konvensyen DAP Pulau Pinang pagi Ahad berkata jawatan ketua menteri perlu dipikul pengerusi negeri jika jawatan itu dikhaskan untuk parti. Shamsher Singh Thind dari cawangan Taman Chai Leng Perai berkata, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang patut diberikan kepada pengerusi DAP negeri yang mempunyai sokongan akar umbi. Seorang lagi perwakilan, K Kristan pula berkata, seorang ketua menteri wajar diberikan hanya dua penggal untuk berkhidmat. Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Koon Yeow menjadi 'hero' selepas menyatakan sokongan terbuka kepada Guan Eng walaupun wujud desakan supaya beliau mengambil alih jawatan y...

Penceroboh Lahad Datu,! Memalukan Apabila Wan Azizah Anggap Ia Hanya Perkara Kecil

Image
 Bila dikata cakap tidak menggunakan akal ada pulak yang akan melenting namun itulah hakikat yang harus diberikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail apabila menyifatkan pertemuan anaknya Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram adalah perkara kecil. Bukan sahaja Wan Azizah mempamerkan sikap yang tidak sensitif malah tindakannya mengeluarkan kenyataan seperti itu dilihat bakal mengeruhkan lagi keadaan politik PKR. Baca Lagi Kat Sini

Bekas KPN beri ulasan: Charles Morais buat cerita tidak masuk akal dan bodoh

Image
Dakwaan Charles Morais mendiang abangnya, Anthony Kevin Morais memberinya pemacu USB yang mengandungi semua maklumat berkaitan siasatan terhadap pemimpin politik dianggap cerita tidak masuk akal dan cerita bodoh. Komen itu diberikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi FMT bagi mengulas dakwaan terbaharu Charles itu. “Kenapa dia menceritakan semua ini kepada media? Buat laporan polis dan serah bukti kepada polis. “Biar polis jalankan siasatan. Cerita yang mengatakan Kevin memberinya pemacu USB ketika dia berada di luar negara adalah cerita bodoh,” katanya. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, Charles bukan sumber berkredibiliti kerana memiliki rekod kewangan tidak baik ketika menjalankan perniagaan di luar negara. Dia mendakwa, Charles tidak dinamakan dalam wasiat Kevin menunjukkan hubungan kedua-duanya bermasalah. Ramesh memberi tempoh tujuh hari kepada Charles untuk menyerahkan bukti kepada polis ata...

Mereka sudah sedar LGE bukan untuk memajukan Penang. Tetapi mentadbir Penang untuk mengaut kekayaan negeri menjadi milik keluarga.

Image
 DAP berlaga sesama sendiri...mntdbir demi kekayaan keluarga bkn rakyat...

Zahid Lebih Berani Dari Muhyiddin Sanggah Kritikan Mahathir

Image
DALAM berhadapan dengan kritikan tidak berasas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, UMNO dan kerajaan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi nampaknya lebih berani menyanggah kritikan tersebut berbanding Timbalan Presiden UMNO sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Entah kenapa Tan Sri Muhyiddin begitu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bila berhadapan isu ini (kritikan Tun Mahathir) walhal tidak ada keperluan pun untuk berbuat begitu. Apatah lagi bila Tun Mahathir melemparkan dakwaan yang hampir semuanya bohong dari yang betul, patutnya mudah sangat nak membalas kritikan itu tanpa menyinggung emosi Tun Mahathir – kalau betul Tan Sri Muhyiddin bersikap seperti sekarang kerana nak menjaga perasaan bekas Perdana Menteri itu. Perdana Menteri sendiri mengambil inisiatif dengan menjawab dakwaan Tun Mahathir kepada rakyat tanpa mengaitkan nama Tun Mahathir terlalu banyak.  Tentang 1MDB, isu tersebut sedang dikendalikan oleh ...

PROJEK MEGA RM30B & TAMBAK LAUT DI P.PINANG MEMBIMBANGKANG RAKYAT - ADUN BN

Image
Rujuk Kat Sini

Buta ke ketua AMK ni ....

Image
Aeron Aziz bintang paling popular pun dah kalah dgn KJ buat apa lagi nk jadi celebriti....... Lain kali Ketua AMK pun kna baca jarang2 bab hiburan tanah air... Sya cadangkan Ketua AMK pun beralih ke bidang lain yg sesuai dgn beliau .... Beliau dilihat cukup gagal berbanding dgn ketua AMK sebelum ini ... Mngkin beliau x sesuai dgn politik....

Najib ulas pertemuan Nurul Izzah-Jacel Kiram

Image
Tanpa menyebut nama Nurul Izzah,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan perbuatan individu tertentu yang adakan pertemuan  dengan pihak yang mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu pada 2013. Katanya perbuatan itu bagaikan tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan mempertahankan negara sehingga 10 daripada mereka terkorban dalam insiden itu. "Rakyat Sabah tentu tersentuh hati jika ada sesiapa tidak hormati pengorbanan anggota keselamatan ini... mereka hilang nyawa dengan cara zalim. "Apatah lagi kalau mereka lihat ada orang yang berbaik-baik dan kelihatan mesra dengan mereka yang mempunyai kaitan menyebabkan anggota keselamatan kita terkorban," katanya. Perdana Menteri menyatakan demikian ketika berucap di majlis Rela bersama Perdana Menteri di Dataran Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan Ahad. Walaupun tidak menyebut nama individu terbabit, kenyataan Najib itu dipercayai merujuk kepada tindakan Naib Presiden...

Tun M akan hadir Perhimpunan Agung Umno

Image
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno bulan depan sekiranya dijemput. Menurutnya, jika beliau dikecualikan daripada menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2015 kerana mengkritik perdana menteri, maka Umno sudah menjadi parti Najib.  “Kalau saya dijemput, saya pergilah. Ini parti saya, bukan parti Datuk Seri Najib (Tun Razak) seorang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini. Semalam, The Star melaporkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Mahathir tetap dijemput menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015, 10 Disember ini Ketika diminta mengulas soal gesaan agar beliau dipecat dari parti, Mahathir berkata, beliau sebagai ahli berhak untuk bersuara dan selama ini tegurannya hanya buat Najib bukannya parti. “Tak apalah dia (Najib) ada hak nak pecat. Tak ada sebab pun nak pecat (saya) tapi sebab dia berkuasa. Ini satu cara salah guna kuasa. Saya ahli Umno da...

Jadikan Johor Sasaran… Kit Siang Sendiri Pun Ghaib Di Gelang Patah

Image
KUALA LUMPUR, 25 Nov – Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, hasrat pembangkang mahu menjadikan negeri Johor sebagai benteng pertahanan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang hanyalah satu perang saraf kepada pengikut mereka yang semakin layu terkulai. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan penasihat Dap, Lim Kit Siang ketika merasmikan parti Amanah Negara (Amanah) di Gelang Patah baru-baru ini. Jelasnya, mimpi siang hari pembangkang itu tidak mungkin menjadi kenyataan kerana Johor adalah ‘tempat kelahiran’ UMNO dan sudah pasti UMNO akan terus utuh di bumi Johor. “Itu semua adalahUMNO-Johor propaganda Dap untuk meraih undi. Mereka sudah semakin terdesak untuk menawan Putrajaya. Dia boleh kata apa sahaja namun jangan fikir pihak kerajaan hanya akan berpeluk tubuh…kita tahu apa yang kita buat. Malahan kerajaan negeri juga begitu komited fokus merancang, menyedia dan menyampaikan kemudahan secara inklusif di merata ceruk di Johor. ...

Pembangkang Pengamal Hipokrasi Tertinggi Dunia

Image
KUALA LUMPUR, 25 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pembangkang di negara ini berada di tahap hipokrasi paling tinggi di mana mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat mahupun Negara. Ujarnya, setiap tindak tanduk pembangkang sentiasa ada agenda tersembunyi demi mencapai hasrat mereka untuk berkuasa dan menjadi pemerintah di negara ini. “Mereka ini berada di tahap hipokrasi paling tinggi.  Contoh… Cerita pasal tidak mahu guna bahasa Malaysia dalam parlimen seolah-olah bahasa Inggeris itu lebih mudah dan lebih baik tapi bila bab Bible, mereka mahu pula menggunakan bahasa Malaysia. Mengapa tidak bibble itu dikekalkan terus dalam bahasa Inggeris kerana mereka suka sangat bahasa Inggeris….? “Mereka bukan tidak mahu bercakap bahasa Malaysia di parlimen tetapi mereka mempunyai agenda tersembunyi, mereka mahu menggunakan bahasa Malaysia dalam penterjemahan Bible kerana ada agenda. “Mereka marah bila Presiden Amerik...

Video 'Kuda Putih' Polis Trafik Jadi Viral

Image
KUALA LUMPUR: Tanpa mengira hujan atau panas, tugas setiap anggota polis trafik tetap dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Video menggunakan kamera GoPro yang dirakamkan polis trafik yang sedang bertugas pada Sidang Kemuncak Asean Ke-27 kini menjadi viral di media sosial. Video bertajuk "Kuda Putih Dalam Hujan" dimuatnaik menerusi Facebook Friends of PDRM pada Khamis dan hingga kini ditonton 74,645 kali. Kamera GoPro yang diletakkan pada helmet anggota polis berkenaan merakamkan pasukan peronda itu mengiringi pemimpin Asean ke destinasi mereka ketika hujan. Rakaman durasi 1.28 minit itu memberi penghargaan kepada pengguna Facebook, Khayrol Nizzam yang dipercayai anggota polis trafik yang merakamkannya. Maklum balas kepada video itu sungguh positif dengan pengguna Facebook memuji tugas anggota polis trafik. Pengguna Facebook, Abam Pejoi mengucapkan tahniah kepada anggota polis yang bertugas sepanjang sidang kemuncak itu dan berharap mereka yang cedera akan segera ...

Konvensyen DAP P.Pinang Dicemari Demonstrasi Bantah Guan Eng

Image
GEORGE TOWN: Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 dicemari oleh sekumpulan 20 lelaki yang membuat demonstrasi di hadapan sebuah hotel di Bukit Jambul di sini tempat konvensyen itu sedang berlangsung. Kumpulan itu yang memberi sokongan kepada Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow supaya menggantikan jawatan Ketua Menteri yang disandang Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, telah berkumpul seawal 9 pagi. Difaham, mereka hanya berkumpul kurang daripada lima minit dengan memegang sepanduk yang menyokong Chow antaranya bertulis 'Chow Kon Yeow Chief Minister of Penang, We Want You', 'Anak Negeri Pulau Pinang Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang' dan 'Lim Guan Eng Balik Melaka.' Kumpulan yang sama dipercayai berkumpul di Kompleks Tun Razak petang Sabtu untuk memberi sokongan kepada Chow dan membantah kepimpinan Guan Eng. Bagaimanapun, Chow dalam ucapan konvensyen hari ini menyatakan sokongan parti DAP kepada Guan Eng sebagai Ketua Menter...

Al-Fatihah, Yus Jambu Meninggal Dunia

Image
 yus_jambu76 telah kembali ke rahmatullah di hospital selayang akibat sesak nafas minta kawan2 sedekahkan AL-fatihah kepada arwah.

Akuan Bersumpah Charles Mirip Modus Operandi Politik Murahan Pembangkang

Image
KUALA LUMPUR, 27 Nov – Bekas Naib Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan(AMK) pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata, akuan bersumpah yang dilakukan oleh adik kepada mendiang Anthony Kevin Morais, Charles Suresh Morais itu itu amat mirip kepada modus operandi politik pihak pembangkang yang seringkali menggunakan akuan bersumpah sebagai senjata untuk merosakkan imej kerajaan atau pemimpin tertentu. Menurut beliau, berdasarkan sejarah modus operandi pihak pembangkang, akuan bersumpah ini merupakan salah satu strategi yang seringkali diguna pakai oleh mereka dan pengakuan terbaru adik kepada mendiang Anthony Kevin ini juga seolah-olah mempunyai skrip dan jalan cerita yang sama. “Yang pertamanya bagi saya, kemungkinan ini adalah taktik pembangkang dengan stail politik murahan akuan bersumpah RM4 untuk menenggelamkan isu kemenangan Datuk Salleh dalam kes berhubung penyelewengan di dalam NFC di mahkamah, di mana secara tidak langsung kemenangan ini memperjelaskan bahawa segala dakwaa...

Azmin dakwa Selangorkini palsu didalangi Umno-BN,,,Sikit Sikit UMNO..Sedangkan Itu Dari Berita Malaysia Kini...Bangangnya Azmin Ni

Image
SHAH ALAM: Susulan penyebaran akhbar Selangorkini palsu yang menghentam pentadbiran Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, beliau  mendakwa ia disebarkan Umno dan Barisan Nasional (BN). Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau yakin ia tidak dilakukan pihak pembangkang. "Saya rasa ia merupakan langkah terdesak daripada Umno dan BN yang cuba untuk memperlekehkan pentadbiran di Selangor. "Mereka tidak boleh menerima hakikat, mereka tidak boleh menghadapi orang-orangnya. Mereka cuba mengendalikan beberapa roadshow untuk menjelaskan isu-isu tetapi tiada sesiapa yang kisah untuk mendengarnya dan kini mereka mula mengedarkan Selangorkini," katanya kepada pemberita selepas Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 di Shah Alam, Selangor hari ini. Akhbar edisi 13-20 November itu turut disangkal Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin semasa ucapannya. Antara tajuk dan kandungan laporan berita akhbar itu ialah "Kenaikan tarif air melampau" yang "ditulis...

Pertahan kedaulatan Sabah, janji Nurul Izzah....Yang Bunuh Perajurit Malaysia Tu Siapa...?

Image
Kena hentam barulah...buat simpati tau pun takut SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berjanji untuk mempertahankan kedaulatan Sabah di sebalik tohmahan pengkhianat kerana tindakan bertemu Jacel H Kiram. Menurutnya, tindakan pihak tertentu yang menggunakan taktik politik kotor sebagai tidak bertanggungjawab. "Saya ucapkan terima kasih kepada semua teman di Sabah yang begitu memahami di sebalik kontroversi ini. "Teman-teman di Sabah yang turut mempertahankan saya menunjukkan nilai kasih sayang yang ada dalam PKR," katanya dalam ucapan pergulungan di Kongres Nasional Tahunan PKR ke 11, hari ini. Beliau turut berjanji akan menunjukkan siapa sebenarnya pengkhianat di sebalik apa yang telah berlaku terhadap dirinya. "Saya amat kecewa kerana sentimen lain turut diheret sama yang seterusnya mengundang kebencian terhadap diri saya," katanya. Sebelum ini tersebar di laman sosial gambar Nurul Izzah bersama anak Sultan Jamalul Kiram yang mengun...

Amanah mahu letak calon pada PRN Sarawak - Mat Sabu

Image
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat melahirkan 'anak sulung' mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sarawak yang akan diadakan pada tahun hadapan. Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Amanah akan cuba berusaha untuk bertanding di Sarawak dan seterusnya optimis untuk memenangi kerusi di negeri itu. "Amanah akan cuba bertanding di Sarawak dan kita akan lahirkan anak sulong Amanah daripada Sarawak," katanya ketika berucapa di Majlis Perasmian Wisma Amanah Negara di sini hari ini. Ketika ditanya media mengenai cadangan PKR untuk memastikan pertembungan satu lawan satu di PRN Sarawak, Mat Sabu menyokong cadangan itu dan mengharapkan tiada pertindihan kerusi di sana. "Kita pun harapkan begitu akan ada satu lawan satu dan itu memang kita harapkan supaya tidak menjadi pertindihan," ujarnya. Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali berkata parti pembangkang akan tetap mengekalkan perinsi...

'Ikrar PKR: Serang BN sampai ranap',,Tak Sedar PKR akan Rebak Dan Terkulai Nanti

Image
SHAH ALAM - Berpegang pada prinsip menyerang adalah lebih baik daripada bertahan, PKR akan memastikan parti itu menyerang BN/Umno sehingga parti kerajaan itu jatuh. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, oleh itu parti itu akan menguatkan serangan kepada BN/Umno untuk memastikan parti itu 'lupus' daripada  Malaysia. "Jangan kita lupa bahawa goyang Umno/BN adalah hasil usaha kita selama ini. "Serangan kita yang popularkan isu cincin, beg tangan lembu, dan 1MDB, jadi tanpa serangan ini  mustahil BN/Umno akan ditolak oleh rakyat seperti sekarang. "Jadi kita akan terus buat kerana menyerang adalah lebih baik daripda bertahan, kita akan terus serang sampai ranap Umno/BN," katanya pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ke 11 di IDCC Shah Alam hari ini. Dalam pada itu, Rafizi berkata pihaknya yakin bahawa serangan mereka kali ini akan menghasilkan kejayaan. ‎"Saya yakin bahawa dalam masa terdekat kita akan tumbangkan BN kerana  saya tiada bimbang la...

Isu Izzah kecil - Wan Azizah....semuanya eok belaka lah..kalaulah BN?

Image
SHAH ALAM: Presiden PKR, Datuk Dr. Seri Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan anaknya Nurul Izzah Anwar mangsa serangan peribadi akibat isu pertemuannya dengan Jacel Kiram. Jacel adalah anggota keluarga Sulu yang mengerahkan pemberontak bersenjata mencerobohi Lahad Datu dua tahun lalu. Awal bulan ini Nurul Izzah diraikan dalam satu majlis di Manila yang turut di hadiri Jacel. "Itu semestinya (serangan peribadi) dan ia adalah perkara kecil dan Izzah bukan penganjur majlis itu," kata Wan Azizah. "Malahan mereka juga memberi publisiti kepada Izzah," katanya ketika ditemui media selepas memberi Ucapan Penggulungan Kongres Nasional Tahunan ke-11 di sini, hari ini. Tambahnya, Nurul Izzah sudah memohon maaf dan perkara itu tidak perlu diperbesarkan. "Kenapa mereka memperbesarkan. Sudah tentu dia telah meminta maaf kerana dia tidak bertujuan untuk menyakitkan perasaan sesiapa," ujarnya. Terdahulu, DUN Sabah meluluskan usul melarang Nurul Izzah dan Tian...

Perwakilan DAP Bidas Sistem Pemilihan J/Kuasa Tak Telus

Image
GEORGE TOWN: Perwakilan ke Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 pada Ahad membidas sistem pemilihan jawatankuasa parti DAP negeri yang didakwa tidak telus dan saksama. Perwakilan dari Taman Chai Leng Shamsher Singh Thind berkata, sistem pemilihan anggota jawatankuasa DAP negeri harus diubah kerana tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada akar umbi memilih pemimpin mereka. "Sistem pemilihan jawatankuasa DAP Pulau Pinang harus diubah supaya menjadi lebih telus kepada mereka yang mendapat undi yang tinggi dan diberi jawatan pengerusi," katanya ketika sesi perbahasan konvensyen itu di sini, Ahad. Beliau turut menggesa Jawatankuasa Pusat (CEC) dan Jawatankuasa DAP negeri mensyaratkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, sekiranya diberi kepada DAP, harus diserahkan kepada pengerusi DAP negeri dan bukan kepada yang lain. Terdahulu, perwakilan Sri Tanjung Bungah Lim Cheng Hoe turut membangkitkan perkara sama supaya kepimpinan parti dapat membuat perubahan dalam sistem pemili...

1MDB Kesal Tun M Terus Keluar Kenyataan Mengelirukan

Image
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kesal dengan tindakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan salah dan mengelirukan secara berterusan terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu. Dalam kenyataan di sini Ahad, 1MDB berkata, kenyataan itu kemudian dilaporkan secara tidak bertanggungjawab tanpa analisis atau siasatan kewartawanan oleh portal berita dalam talian tertentu. Merujuk kepada tulisan Dr Mahathir dalam blognya berhubung penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN), IMDB berkata, bekas perdana itu telah gagal dalam beberapa percubaan untuk mempolitikkan isu 1MDB. "Berdasarkan penyata kewangan Edra bertarikh 31 Mac 2015, menerusi penjualan itu, 1MDB akan menerima tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion. Di samping itu, Kumpulan CGN akan menanggung hutang aset operasi Edra berjumlah RM7.43 bilion. "Oleh itu, melalui penerimaan tunai dan pemindahan hutang, 1MDB akan mencapai p...

Pecah Amanah: Dua Lagi Pegawai Kanan Polis Ditahan

Image
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi pegawai kanannya pada Sabtu yang disyaki terlibat dalam kes pecah amanah bagi kontrak baik pulih Bangunan Bukit Aman bernilai RM1.5 juta. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jumlah mereka yang ditahan setakat ini menjadi sembilan orang keseluruhannya dan reman terhadap mereka akan disambung mengikut keperluan. "Kalau tak selesai lagi siasatan, kita akan sambung reman. Ada yang kita akan sambung (reman) dan ada yang tidak," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Kejohanan Karate Piala Ketua Polis Negara 2015 di Kompleks Sukan Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini, Ahad. Khalid berkata, pihaknya masih menyiasat sekiranya terdapat individu lain yang terlibat dalam kes berkenaan. "Siasatan masih berjalan...jika ada lagi yang akan ditahan, kita akan ambil tindakan yang sama terhadap mereka," katanya. Pada 22 November lepas, tujuh individu termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan k...

Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016

Image
JOHOR BARU: Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi. "Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan. "Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman. "Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape. Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu. Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam ...

Kongres PKR: Salinan Palsu SelangorKini Kutuk Azmin Diedar

Image
SHAH ALAM: Salinan palsu akhbar SelangorKini mengutuk Menteri Besar Selangor, Azmin Ali diedarkan pada Kongres PKR pada Ahad. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu wakil media, penerbiatan itu palsu dan tidak diterbitkan SelangorKini. Muka depan media rasmi Selangor itu melaporkan bagaimana Azmin menguruskan dana negeri dengan baik dan kejayaannya memajukan negeri itu. Bagaimanapun, laporan pada mukasurat dua mengkritik Azmin dan barisan pentadbirannya. Ia termasuk laporan berkaitan beberapa isu termasuk denggi, tarif air dan pembinaan kondominium mencakar langit di Kajang. Azmin juga mengutuk pengeluaran buletin palsu itu sambil melabelnya sebagai 'politik longkang' dan mendakwa Umno dan Barisan Nasional dibelakang penghasilan naskhah itu.

Rakyat Penang Sudah Menyampah Dengan Lim Guan Eng

Image

ADUN Tanjung Bungah tidak kesal sokong usul wakil rakyat BN

Image
GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan sebagai ADUN dan ahli DAP walaupun menerima kritikan parti kerana menyokong usul ADUN Barisan Nasional pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu lalu. Teh berkata sebagai seorang ADUN, beliau tidak menyesal menyokong usul berhubung tebus guna tanah tersebut demi kepentingan rakyat walaupun diarah untuk memohon maaf kemudian. Katanya, beliau akan terus mempertahankan kepentingan awam dalam isu alam sekitar biarpun bertentangan dengan pendirian parti dan dikecam anggota parti parti. "Saya sebagai seorang ADUN dan seorang ahli DAP yang memegang kepada prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai setiausaha pengelola DAP Pulau Pinang untuk bertanggungjawab ke atas tindakan saya menyokong usul tersebut. "Namun, saya tidak menyesal dengan apa yang dilakukan pada sidang D...

Kecoh Lagi....Insiden pergaduhan cemari Kongres Nasional PKR

Image
SHAH ALAM: Kongres Nasional PKR Tahunan ke-11 yang masuk hari kedua hari ini kecoh apabila dicemari insiden pergaduhan antara perwakilan PKR dan pihak penganjur. Dalam insiden itu, individu yang mendakwa beliau adalah Timbalan Ketua Cabang Kepong dinafikan hak beliau untuk memasuki dewan atas tiket pemerhati. Menurut jurucakap pihak penganjur Kongres PKR, individu tersebut tidak dibenarkan masuk ke dewan persidangan kerana nama beliau tiada dalam senarai pemerhati. 'Perwakilan' PKR Kepong yang tidak berpuas hati bertikam lidah dengan pihak penganjur yang menjaga kaunter senarai nama dan memanggil mereka sebagai 'kurang ajar'. Insiden itu berlaku dipercayai semasa Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sedang menyampaikan ucapan Dasar Presiden. Pergaduhan berkenaan berjaya dileraikan setelah perbincangan selama lima minit dibuat antara kedua-dua pihak. Difahamkan, 'perwakilan' Kepong itu bertindak meninggalkan Kongres PKR selepas insiden ...

Veteren DAP Pun Hentam Guan Eng Di Penang

Image

Kemelut Pakatan Harapan Dengan PAS Akan Berlarutan Hingga PRU14

Image
KUALA LUMPUR - Seorang penganalisis politik berkata kemelut antara PAS dan pakatan harapan – pakatan pembangkang yang baharu terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) iaitu kumpulan serpihan PAS, akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Berdasarkan situasi sekarang, adalah jelas bahawa perbalahan antara pakatan pembangkang akan berlarutan sehingga pilihan raya umum ke-14,” kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Faisol Keling. “Pertembungan kepentingan berlaku antara DAP, PKR, PAN dan PAS dengan setiap parti memperjuangkan agenda politik masing-masing,” katanya Bercakap kepada Bernama, Faisol berpendapat bahawa tidak ada perpaduan untuk mereka membuat keputusan yang menyebabkan perbalahan tanpa berkesudahan antara pakatan harapan dan PAS. Ketika ditanya sama ada pertandingan tiga penjuru pasti akan berlaku, Faisol meramalkan tentang kemungkinan itu. Kemungkinan ini diramalkan meskipun Setiausaha ...

Seolah Ada Muslihat Kritik Institusi Islam

Image
MASIH belum reda lagi isu penarikan pelaburan Tabung Haji dari Tun Razak Exchange, kini muncul pula tuduhan terhadap dua lagi institusi Islam iaitu Jakim dan Yapeim. Menyedihkan apabila tuduhan itu datangnya daripada orang Islam sendiri. Memberi kritikan membina dan sihat untuk kebaikan institusi Islam sememangnya baik, namun melakukan kritikan tanpa usul periksa dan mengetahui latar yang sebenar boleh mencacatkan pandangan setengah orang terhadap peranan institusi yang sangat berjaya itu. Sikap reaktif melulu tanpa usul periksa yang saksama dan adil kerana jiwa kepembangkangan dan prasangka buruk yang tinggi menyebabkan pelaburan Tabung Haji ditarik balik. Bayangkan, sekiranya rasionalisasi 1MDB berjaya dilakukan alangkah ruginya Tabung Haji kerana pelaburan itu boleh memberi pulangan besar kepada ahli-ahli Tabung Haji pada masa depan. Begitu juga kritikan melulu Mohamad Taufik Tun Dr. Ismail, anak sulung tokoh negara yang dihormati Tun Dr. Ismail supaya Jakim dibubarkan kerana ...

Kehidupan sebenar Melayu di Pulau Pinang... rasailah bila DAP memerintah

Image

Ini suara majoriti UMNO Gelang Patah pada kepimpinan Najib

Image
Isu seperti ini boleh mencetuskan salah tafsir jika tidak diperjelaskan.Apa lagi dalam situasi politik semasa khususnya di Johor.Ini gara-gara beberapa Ketua UMNO Cawangan dalam Bahagan Gelang Patah pada 23 November lalu buat kenyataan mempertikaikan kepimpinan dan mendesak presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan.Jumaat malam,suara majoriti bergema bila enam puluh lima ketua cawangan Umno Bahagian Gelang Patah menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Najib. Jurucakap cawangan terlibat Yusof Ahmad berkata mereka turut menolak sekeras-kerasnya tindakan mana-mana anggota yang mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat dan mencemarkan reputasi parti.Katanya tindak tanduk mereka adalah atas sifat peribadi dan tidak mewakili suara ahli UMNO dalam bahagian Gelang Patah. Sedangkan menurut beliau pada 6 November ekoran perjumpaan khas antara Ketua UMNO Bahagian dengan ketua-ketua cawangan satu keputusan sebulat suara dibuat tida...