'Ikrar PKR: Serang BN sampai ranap',,Tak Sedar PKR akan Rebak Dan Terkulai Nanti
SHAH ALAM - Berpegang pada prinsip menyerang adalah lebih baik daripada bertahan, PKR akan memastikan parti itu menyerang BN/Umno sehingga parti kerajaan itu jatuh.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, oleh itu parti itu akan menguatkan serangan kepada BN/Umno untuk memastikan parti itu 'lupus' daripada Malaysia.
"Jangan kita lupa bahawa goyang Umno/BN adalah hasil usaha kita selama ini.
"Serangan kita yang popularkan isu cincin, beg tangan lembu, dan 1MDB, jadi tanpa serangan ini mustahil BN/Umno akan ditolak oleh rakyat seperti sekarang.
"Jadi kita akan terus buat kerana menyerang adalah lebih baik daripda bertahan, kita akan terus serang sampai ranap Umno/BN," katanya pada Kongres Nasional Tahunan PKR Ke 11 di IDCC Shah Alam hari ini.
Dalam pada itu, Rafizi berkata pihaknya yakin bahawa serangan mereka kali ini akan menghasilkan kejayaan.
"Saya yakin bahawa dalam masa terdekat kita akan tumbangkan BN kerana saya tiada bimbang langsung mengenai perkara itu.
"Lihatlah akhirnya selepas 16 tahun hasil usaha (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan pimpinan semua kita berjaya goncang BN dalam krisis yang terburuk dalam sejarah," katanya.

Comments