Akuan Bersumpah Charles Mirip Modus Operandi Politik Murahan Pembangkang
KUALA LUMPUR, 27 Nov – Bekas Naib Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan(AMK) pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff berkata, akuan bersumpah yang dilakukan oleh adik kepada mendiang Anthony Kevin Morais, Charles Suresh Morais itu itu amat mirip kepada modus operandi politik pihak pembangkang yang seringkali menggunakan akuan bersumpah sebagai senjata untuk merosakkan imej kerajaan atau pemimpin tertentu.
Menurut beliau, berdasarkan sejarah modus operandi pihak pembangkang, akuan bersumpah ini merupakan salah satu strategi yang seringkali diguna pakai oleh mereka dan pengakuan terbaru adik kepada mendiang Anthony Kevin ini juga seolah-olah mempunyai skrip dan jalan cerita yang sama.
“Yang pertamanya bagi saya, kemungkinan ini adalah taktik pembangkang dengan stail politik murahan akuan bersumpah RM4 untuk menenggelamkan isu kemenangan Datuk Salleh dalam kes berhubung penyelewengan di dalam NFC di mahkamah, di mana secara tidak langsung kemenangan ini memperjelaskan bahawa segala dakwaan Rafizi itu hanya pembohongan belaka.
“Saya yakin, ada pihak tcharles moraisertentu yang sengaja mencipta skrip dan jalan cerita akuan bersumpah adik mendiang ini untuk menutup kesalahan dan kekalahan mereka dalam isu NFC yang ternyata tidak benar apabila keputusan mahkamah berpihak kepada Datuk Salleh, suami kepada Datuk Seri Shahrizat,”
“Sememangnya sudah menjadi taktik pembangkang dibantu oleh media-media pro pembangkang untuk membangkitkan isu-isu baru bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu seperti isu kemenangan Datuk Salleh, yang boleh menjejaskan pandangan dan persepsi rakyat terhadap pihak
pembangkang,” jelasnya.
Selain itu katanya lagi, kredibiliti Charles juga diragui apabila adiknya sendiri, Datuk Richard Morais mempertikaikan kenyataannya di dalam akuan bersumpah tersebut.
“Bagaimana kita boleh mempercayai akuan bersumpah seseorang yang dipertikaikan oleh adiknya sendiri. Kenyataan Richard secara jelas menyangkal dakwaan Charles bahawa Kevin telah memaklumkan kepadanya tentang siasatannya sedangkan kata Richard, Kevin seorang yang tegas dan tidak akan berkongsi dengan sesiapa pun berhubung maklumat kerjanya.
“Malah dakwaan Richard bahawa Charles tidak tersenarai dalam wasiat Kevin juga boleh menimbulkan seribu pertanyaan dan syak wasangka di mana ada kemungkinan kemungkinan ada pihak yang sengaja memujuk atau mengumpan Charles untuk membuat akuan bersumpah demi untuk mendapat keuntungan tertentu bagi kedua-dua belah pihak.
“Namun bagi saya secara peribadi, akuan bersumpah ini merupakan modus operandi biasa yang dijakankan oleh pihak pembangkang memandangkan masa isu ini ditimbulkan dan juga pendekatan akuan bersumpah yang digunakan adalah sama seperti mana yang pernah terjadi sebelum ini,” ujarnya.-MediaUMNO

Comments