Konvensyen DAP P.Pinang Dicemari Demonstrasi Bantah Guan Eng

GEORGE TOWN: Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 dicemari oleh sekumpulan 20 lelaki yang membuat demonstrasi di hadapan sebuah hotel di Bukit Jambul di sini tempat konvensyen itu sedang berlangsung.

Kumpulan itu yang memberi sokongan kepada Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow supaya menggantikan jawatan Ketua Menteri yang disandang Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, telah berkumpul seawal 9 pagi.


Difaham, mereka hanya berkumpul kurang daripada lima minit dengan memegang sepanduk yang menyokong Chow antaranya bertulis 'Chow Kon Yeow Chief Minister of Penang, We Want You', 'Anak Negeri Pulau Pinang Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang' dan 'Lim Guan Eng Balik Melaka.'

Kumpulan yang sama dipercayai berkumpul di Kompleks Tun Razak petang Sabtu untuk memberi sokongan kepada Chow dan membantah kepimpinan Guan Eng.

Bagaimanapun, Chow dalam ucapan konvensyen hari ini menyatakan sokongan parti DAP kepada Guan Eng sebagai Ketua Menteri yang memimpin Pulau Pinang sejak 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana