Pembangkang Pengamal Hipokrasi Tertinggi Dunia
KUALA LUMPUR, 25 Nov – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pembangkang di negara ini berada di tahap hipokrasi paling tinggi di mana mereka sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat mahupun Negara.
Ujarnya, setiap tindak tanduk pembangkang sentiasa ada agenda tersembunyi demi mencapai hasrat mereka untuk berkuasa dan menjadi pemerintah di negara ini.
“Mereka ini berada di tahap hipokrasi paling tinggi. Contoh… Cerita pasal tidak mahu guna bahasa Malaysia dalam parlimen seolah-olah bahasa Inggeris itu lebih mudah dan lebih baik tapi bila bab Bible, mereka mahu pula menggunakan bahasa Malaysia. Mengapa tidak bibble itu dikekalkan terus dalam bahasa Inggeris kerana mereka suka sangat bahasa Inggeris….?
“Mereka bukan tidak mahu bercakap bahasa Malaysia di parlimen tetapi mereka mempunyai agenda tersembunyi, mereka mahu menggunakan bahasa Malaysia dalam penterjemahan Bible kerana ada agenda.
“Mereka marah bila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama datang ke negara ini tapi mereka sendiri minta agar Obama campur tangan dalam isu negara. Ini semua kerana mereka ada agenda..
“Matlamat keseluruhan mereka adaRazali Ibrahimlah untuk berkuasa tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat mahupun negara,” ujarnya.
Namun tegas Razali apa yang pasti, UMNO dan Barisan Nasioal (BN) akan pastikan agenda tersembunyi pembangkang ini tidak akan menjadi kenyataan kerana ia bukan sesuatu yang baik untuk masa hadapan anak bangsa.
“Adalah lebih baik bersusah-payah sekarang ini daripada anak bangsa menderita di kemudian hari”, katanya.
Selain itu, beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut melemparkan persoalan apakah kebaikan yang dapat dilihat kesan daripada sikap pembangkang yang ada di negara ini.
“Sekarang ini kita telah dapat melihat kesan akibat daripada wujudnya pembangkang yang semakin agresif sebegini. Jika dulu ada yang berpendapat bagus ada pembangkang tetapi jika ditanya apakah bagusnya ada pembangkang yang begini rupa?
“Perpaduan kita semakin merenggang, perbalahan, maki hamun, keji dan permusuhan semakin tinggi. Saya tidak nampak kita menuju ke arah yang lebih baik. Mungkin mereka akan menuding jari ke arah BN kerana tidak pandai mentadbir negara tetapi jangan lupa BN mentadbir negara dari dahulu. … yang baru adalah pembangkang jenis begini..,” sindirnya.
Selain itu beliau turut menyelar tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mengadakan pertemuan dengan pemberontak Filipina.
Bidasnya, melibatkan orang luar untuk merobohkan peraturan dan kekuatan negara ini sudah tentu tidak boleh terima.
“Bila kita berunding dengan orang yang pernah menyerang dan cuba menakluki negara kita sudah tentu perjumpaan itu akan menimbulkan tanda tanya.
“Bila kita minta tolong orang seperti ini, sudah pasti ia juga tidak datang percuma. Mesti datang dengan ‘harga’. Bila minta tolong dengan pemberontak daripada Filipina sudah tentu mereka juga akan minta sesuatu daripada mereka ini.
“Maka persoalan demi persoalan mula timbul dek akibat perjumpaan tersebut… Apa yang pasti mereka ini adalah pengamal hipokrasi tertinggi dunia,” katanya.
Comments