Jadikan Johor Sasaran… Kit Siang Sendiri Pun Ghaib Di Gelang Patah
KUALA LUMPUR, 25 Nov – Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, hasrat pembangkang mahu menjadikan negeri Johor sebagai benteng pertahanan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang hanyalah satu perang saraf kepada pengikut mereka yang semakin layu terkulai.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan penasihat Dap, Lim Kit Siang ketika merasmikan parti Amanah Negara (Amanah) di Gelang Patah baru-baru ini.
Jelasnya, mimpi siang hari pembangkang itu tidak mungkin menjadi kenyataan kerana Johor adalah ‘tempat kelahiran’ UMNO dan sudah pasti UMNO akan terus utuh di bumi Johor.
“Itu semua adalahUMNO-Johor propaganda Dap untuk meraih undi. Mereka sudah semakin terdesak untuk menawan Putrajaya. Dia boleh kata apa sahaja namun jangan fikir pihak kerajaan hanya akan berpeluk tubuh…kita tahu apa yang kita buat. Malahan kerajaan negeri juga begitu komited fokus merancang, menyedia dan menyampaikan kemudahan secara inklusif di merata ceruk di Johor.
“Bajet 2016 negeri Johor pula adalah bukti komitmen kerajaan negeri dan ia dapat sambutan yang hebat dari rakyat. Usaha kita adalah untuk pastikan pelaksanaan dijalankan dan rakyat dapat menikmatinya melalui 119 titik sentuhan yang dibentangkan.
“Pembangkang juga jangan lupa, Johor adalah kubu kuat UMNO… Ini tempat kita… takkan kita mahu membiarkan mereka rosakkan ‘rumah’ kita,” ujarnya.
Tambah Samsol lagi, Kit Siang sebenarnya sedar penyokong mereka sudah ramai yang berpaling arah dan kerana itu pembangkang sangat terdesak untuk mempengaruhi rakyat memandangkan PRU-14 sudah semakin hampir.
“Tidak dapat dinafikan, Johor seakan menjadi penanda aras untuk pembangkang mengukur sokongan rakyat terhadap mereka.
“Sekiranya mereka berjaya menawan Johor ia ibarat mereka berjaya menjadi pemerintah negara seterusnya menawan Putrajaya. Dek kerana itulah pembangkang mengerah keringat untuk memastikan Johor menjadi milik mereka”, katanya.
Tegas beliau lagi, rakyat Johor harus menilai siap pembangkang yang hanya inginkan kuasa dan bukannya mahu membela nasib rakyat.
“Ia jelas dapat dilihat di beberapa kerusi Parlimen yang dikuasai pembangkang contohnya Parlimen Gelang Patah milik Kit Siang sendiri.
“Rakyat di Gelang Patah kini bersungut kerana Kit Siang seakan ghaib selepas menang. Nasib rakyat tidak diperjuangkan. Jadi adakah kita mahu menjadikan mereka yang bersikap sebegini sebagai pembela nasib rakyat?
“Maka pada PRU-14 kelak, marilah kita beramai-ramai memastikan Johor akan terus milik UMNO demi masa hadapan anak cucu kita,” ujarnya lagi.

Comments