Azmin dakwa Selangorkini palsu didalangi Umno-BN,,,Sikit Sikit UMNO..Sedangkan Itu Dari Berita Malaysia Kini...Bangangnya Azmin Ni

SHAH ALAM: Susulan penyebaran akhbar Selangorkini palsu yang menghentam pentadbiran Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, beliau  mendakwa ia disebarkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau yakin ia tidak dilakukan pihak pembangkang.

"Saya rasa ia merupakan langkah terdesak daripada Umno dan BN yang cuba untuk memperlekehkan pentadbiran di Selangor.

"Mereka tidak boleh menerima hakikat, mereka tidak boleh menghadapi orang-orangnya. Mereka cuba mengendalikan beberapa roadshow untuk menjelaskan isu-isu tetapi tiada sesiapa yang kisah untuk mendengarnya dan kini mereka mula mengedarkan Selangorkini," katanya kepada pemberita selepas Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 di Shah Alam, Selangor hari ini.

Akhbar edisi 13-20 November itu turut disangkal Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin semasa ucapannya.

Antara tajuk dan kandungan laporan berita akhbar itu ialah "Kenaikan tarif air melampau" yang "ditulis "Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim”, "Khalid lebih baik daripada Azmin – Adun DAP", "Wan Azizah cuba digulingkan?".

Akhbar palsu itu turut melaporkan "kartel Azmin" dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana