Kongres PKR: Salinan Palsu SelangorKini Kutuk Azmin Diedar

SHAH ALAM: Salinan palsu akhbar SelangorKini mengutuk Menteri Besar Selangor, Azmin Ali diedarkan pada Kongres PKR pada Ahad.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu wakil media, penerbiatan itu palsu dan tidak diterbitkan SelangorKini.

Muka depan media rasmi Selangor itu melaporkan bagaimana Azmin menguruskan dana negeri dengan baik dan kejayaannya memajukan negeri itu.

Bagaimanapun, laporan pada mukasurat dua mengkritik Azmin dan barisan pentadbirannya.

Ia termasuk laporan berkaitan beberapa isu termasuk denggi, tarif air dan pembinaan kondominium mencakar langit di Kajang.

Azmin juga mengutuk pengeluaran buletin palsu itu sambil melabelnya sebagai 'politik longkang' dan mendakwa Umno dan Barisan Nasional dibelakang penghasilan naskhah itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL