Mengintai Konvensyen DAP Pulau Pinang... Guan Eng panas punggung

Selepas lapan tahun memerintah Pulau Pinang, anak kelahiran Johor yang membesar di Melaka, Lim Guan Eng mula terasa 'penolakan' orang negeri tersebut terhadap kepimpinannya.
Suara mahu jawatan nombor satu dalam pentadbiran kerajaan negeri dikembalikan kepada orang Pulau Pinang mula didengari di Konvensyen DAP.

Ini selepas seorang perwakilan di konvensyen DAP Pulau Pinang pagi Ahad berkata jawatan ketua menteri perlu dipikul pengerusi negeri jika jawatan itu dikhaskan untuk parti.

Shamsher Singh Thind dari cawangan Taman Chai Leng Perai berkata, jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang patut diberikan kepada pengerusi DAP negeri yang mempunyai sokongan akar umbi.

Seorang lagi perwakilan, K Kristan pula berkata, seorang ketua menteri wajar diberikan hanya dua penggal untuk berkhidmat.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Koon Yeow menjadi 'hero' selepas menyatakan sokongan terbuka kepada Guan Eng walaupun wujud desakan supaya beliau mengambil alih jawatan yang disandang anak Lim Kit Siang itu.

"Perpaduan dalam parti perlu utuh dan sokongan perlu diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,"katanya.

Sebelum konvensyen bermula, sekumpulan individu dengan kain rentang menyokong Chow sebagai ketua menteri muncul di tempat konvensyen, sebuah hotel di Bukit Jambul.

Lim bagaimana pun enggan mengulas berkenaan kejadian itu sewaktu disoal pemberita dan menyuruh mereka mengajukan soalan itu kepada Chow.

Perbahasan mengenai jawatan ketua menteri bermula apabila DAP Pulau Pinang berhadapan insiden enam ADUN yang menentang kelaziman berkaitan satu usul daripada pembangkang Barisan Nasional (BN) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih seminggu lalu.

Usul BN itu mencetuskan kontroversi apabila seorang ADUN DAP mengundi menyokongnya, sementara lima lagi wakil rakyat PKR tidak mengundi atas dasar mendengar suara hati mereka.

Lim yang berang dengan insiden ini menuduh lima ADUN PKR itu sebagai pengkhianat kerana dianggap berpihak kepada BN apabila tidak mengundi.

Menurut Shamser, jika wakil rakyat Pakatan Harapan dikehendaki membangkang semua usul BN dan tidak boleh mengundi berdasarkan suara hati, maka mereka sepatutnya dahulu menolak usul gabungan pemerintah itu di Dewan Rakyat bagi menaikkan gaji ahli Parlimen.

Cakap-cakap berkenaan ketidakpuasan hati di peringkat ahli akar umbi di Pulau Pinang bermula dengan cara DAP mengendalikan ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu, yang mengundi menyokong usul BN berkenaan penambakan tanah.

Teh merupakan satu-satunya wakil DAP yang menyokong usul itu namun selepas sidang ditangguhkan, beliau meminta maaf pada sidang media yang dianjurkan Lim.

Minggu lepas, beliau meletak jawatan sebagai setiausaha organisasi DAP negeri dan berkata tidak menyesal dengan keputusan itu.

Teh juga konsisten mendesak agar jawatan ketua menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja.

Teh hari ini juga bertanding dalam pemilihan parti di peringkat negeri.

Seorang lagi perwakilan, Lim Cheng Hoe dari cawangan Sri Tanjung Bungah menggesa agar calon dengan jumlah undi tertinggi dilantik menjadi pengerusi negeri.

"Tidak perlu lagi calon dengan 15 undi tertinggi berbincang sesama mereka siapa dapat jawatan apa. Ahli-ahli di luar tak akan tahu perkara yang berlaku dalam mesyuarat," katanya.

Menurut tradisi sistem pengkaderan DAP, 15 orang dengan undi tertinggi akan berbincang tentang lantikan jawatan eksekutif dan melantik 5 orang lagi ke dalam jawatankuasa negeri.

Pada Ahad 48 pemimpin negeri dan akar umbi bertanding merebut 15 jawatan tersebut. Mereka terdiri daripada Adun, ahli Parlimen serta ahli majlis.

Lewat petang Ahad,  Chow Kon Yeow menepati ramalan mempertahankan kedudukannya selepas meraih kemenangan besar pada Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang.

Chow memenangi 654 undi, bagi mengekalkan kedudukannya sebagai pengerusi parti manakala timbalan pengerusinya, Jagdeep Singh Deo meraih kemenangan selesa dengan 537 undi.

Adik Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Lim Hui Ying kini dilantik sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.

Lima calon yang tidak berjaya sebelum ini dilantik menyertai jawatankuasa.

Jeffrey Chew yang mengumpul 250 undi dilantik sebagai Penolong Bendahari manakala calon yang digugurkan, RSN Rayer dan Gooi Seong Kin menjadi ahli jawatankuasa.

ADUN Bagan Dalam, Lim Hock Seng turut dilantik menyertai jawatankuasa selain Syerleena Rashid yang menjawat jawatan penolong setiausaha publisiti.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL