Urusan Wang Tunai Di Kaunter Imigresen Akan Ditamatkan....Bagus Dan Terbaik Mengelakkan Ketirisan
PETALING JAYA: Jabatan Imigresen akan menghapuskan semua urusan wang tunai (cash dealing) di kaunter menjelang akhir tahun ini sebagai salah satu usaha memperkasakan integriti jabatan itu. Ia seiring dengan matlamat menjadikan Jabatan Imigresen sebagai sebuah jabatan mesra pelanggan dengan moto “Mudah, Cepat dan Berintegriti”. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, sebagai ganti, semua urusan wang tunai akan dibuat melalui sistem dalam talian. Ia kata Mustafa, bukan sahaja merupakan kaedah terbaik bagi mencapai hasrat “Mudah, Cepat dan Berintegriti” malah memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan Jabatan Imigresen tanpa sebarang persepsi negatif. Menurut Mustafa, isu integriti sering ditimbulkan oleh masyarakat sehingga memberikan persepsi negatif terhadap jabatan itu. Beliau mengakui wujud masalah integriti di dalam jabatannya tetapi ia hanya melibatkan sejumlah kecil pegawai yang merosakkan nama baik imigresen. Sebagai contoh hanya lap...