Mengapa gelagat politik PAS kurang mesra Pakatan Rakyat?
Sejak kebelakangan ini PAS semakin kerap membuat keputusan sendiri dalam menangani isu-isu politik yang seharusnya dibincangkan secara musyuwarah dengan PKR dan DAP. Mutakhir sekali, PAS tidak mengekori keputusan tegas PKR dan DAP dalam mengemukakan calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor. Kedua-duanya hanya mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja. Alasan PAS ialah ia akur titah Sultan Sharafudin Idris Shah supaya baginda dipersembahkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk jawatan itu. Ada kemungkinan PAS akan mengenengahkan tiga nama. Namun anehnya, PAS memberi perakuan bahawa ia hanya akan menamakan nama Adun-Adun dari PKR sahaja untuk jawatan itu. Ini demi menegaskan ia tidak berminat mengisi kerusi nombor satu itu. Sekali gus ini juga menegaskan bahawa PAS masih sehaluan dengan pemikiran politik Pakatan Rakyat bahawa kerusi Menteri Besar Selangor itu adalah amanah yang diberikan kepada PKR. Pada kacamata DAP dan PKR gelagat PAS ini agak pelik. Se...