Golongan konservatif dalam PAS serang Khalid Samad

Golongan konservatif dalam PAS menyerang balas kenyataan AJK PAS Pusat Khalid Samad yang mencabar anggota parti itu yang tidak setuju dengan Pakatan Rakyat (PR) keluar PAS.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, kenyataan Khalid itu tidak relevan kerana bukan keputusan parti dan ahli PAS di Perak tidak perlu terkesan dengan kenyataan tersebut.

“Kedudukan bersama PR diputuskan dalam muktamar, persidangan agung Majlis Tertinggi dalam hierarki pembuat keputusan dalam PAS dan dipersetujui Majlis Syura Ulama.

“Kita bersama dalam PR atas konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) berteraskan kepada konsep bersetuju di atas perkara yang tidak dipersetujui,” katanya dipetik Sinar Harian.

Manakala, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, kenyataan tidak munasabah kerana anggota parti yang menolak tahaluf siyasi boleh mengusulkan cadangan penambahbaikan dalam muktamar parti.

“Selepas mendapat keputusan dalam perbincangan di muktamar, PAS Pusat boleh saja membatalkan tahaluf siyasi jika ia tidak relevan dan membebankan parti,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika ada individu tidak bersetuju dengan tahaluf siyasi, ia boleh saja dirujuk dalam muktamar PAS bagi dikaji semula.

“Kita ada banyak ruang bagi ahli dan pemimpin tertinggi PAS untuk berbincang, termasuk mengenai perihal hala tuju parti.

“Justeru, tidak perlu tindakan drastik sehingga keluar parti atau meletakkan jawatan jika tidak bersetuju dengan tahaluf siyasi,” katanya.

Rabu lalu, Khalid dilaporkan media berkata ahli PAS yang tidak bersetuju dengan persetujuan bersama Pakatan Rakyat perlu keluar daripada parti itu.

"Ahli (pemimpin dan ahli biasa) dalam PAS yang fikir bahawa PAS lebih baik bergerak sendirian atau bersama dengan UMNO boleh keluar parti kerana PAS akan terus berada dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Khalid antara beberapa pemimpin PAS yang dilihat cenderung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik pulak berkata terdapat perbezaan di antara tidak setuju dengan PR dengan dan tidak setuju dengan Anwar.

“Habis tu orang yang membelakangkan Presiden dan Majlis Syura macam mana pulak. Ingat pemilihan Presiden dan penubuhan Majlis Syura melalui keputusan sembang-sembang bawah pokok?.

“Kena tahu beza la Bro antara tak setuju dengan kehendak Anwar dan tak setuju dengan PR.

“Muktamar tak pernah putuskan wajib akur dengan semua kehendak Anwar kalau mahu bertahaaluf,"katanya dalam facebook alfaqir.ustazmokhtar pada Khamis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana