Felicia Ling : 'Betapa Biadapnya Seorang Melayu bernama Anwar Ibrahim'

KLANG 30 Ogos - Pengamal Undang-Undang, Felicia Ling menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin Melayu pada nama semata-mata kerana tidak pernah kenal akan istiadat, undang-undang dan adat resam Melayu sehingga menyebabkan parti pimpinannya mencabar kedaulatan Sultan Selangor.

Beliau berkata, PKR turut mencabar rakyat di negeri itu yang tidak pernah bersikap biadap sehingga sanggup melanggar titah Baginda.

"Kemelut Menteri Besar di Selangor secara tidak langsung telah menampakkan betapa biadapnya seorang bergelar Melayu yang bernama Anwar Ibrahim.

"Kalau dia hari ini hendak langgar pagar SUK, kita mampu tahan.

"Tapi kali ini kamu hendak langgar pagar istana, kamu telah langgar adat istiadat orang Melayu. Orang Selangor bukan orang biadap macam orang Pulau Pinang yang bernama Anwar Ibrahim," katanya ketika berucap pada Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' di Padang Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Himpunan itu disertai beberapa buah NGO termasuk Angkatan Rakyat Sedar (Aras), Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

Beliau menegaskan, rakyat Selangor tidak mahukan sebuah kerajaan yang mengamalkan politik boneka dan memohon perkenan Sultan Selangor untuk mempertahankan jawatan Menteri Besar kepada anak Selangor.

"Saya bantah, saya bangkang. Kalau seorang boneka diletakkan sebagai calon Menteri Besar. Kita berpolitik bukannya megamalkan sebuah politik yang berlandaskan hanya sebagai boneka.

"Kita memohon pekenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor untuk mempertahankan anak jati Selangor sebagai Menteri Besar.

"Selangor mempunyai Sultan dan undang-undang tubuh negeri. Tolong baca dan patuh pada undang-undang terbabit," katanya.

Felicia turut mempersoalkan tindakan Anwar yang mengambil ketetapan menunggu perkenan Sultan untuk mengadap sedangkan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu menjadi punca kedaulatan undang-undang tubuh negeri dicabul gara-gara agenda politiknya semata-mata.

"Kalau hari ini kamu kata kamu tidak percaya pada Sultan, mengapa perlu sibuk menghantar surat perkenan kepada Sultan untuk mengadap.  Baik langgar terus tidak perlu tunggu pekenan Sultan," ujarnya lagi.

Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' diadakan bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu anjuran beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Selangor.

Sebelum ini, Anwar menegaskan, keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor adalah muktamad walaupun Sultan Selangor menitahkan agar DAP, PKR dan PAS menghantar lebih dari dua calon kepada pihak istana.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana