Gambar 200 Anggota PPS Ditahan Pagi Ini...PPS sudah berani mencabar polis utk menangkap mereka..
PULAU PINANG 31 Ogos - Hampir 200 anggota Pasukan Pertubuhan Sukarela (PPS) ditahan polis ketika menyertai sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, di sini pagi ini.
Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai di sini untuk diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu dan menambah, mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Comments