Siapa Rafizi nak arahkan itu dan ini – PKR Selangor
PKR Selangor melalui Ketua Penerangannya yang juga merukan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei mempersoalkan siapakah Rafizi yang mahu mengarahkan Adun-adun PKR di Selangor menarik diri sekiranya mereka dicalonkan sebagai MB Selangor.
icccmagesKatanya lagi cabaran Rafizi itu merupakan penghinaan kepada mereka seolah-olah mereka semua tiada pendirian.Shuhaimi juga menegaskan tindakan semua ADUN PKR di Selangor sudah menandatangani akuan berkanun (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar, yang menurutnya sudah cukup untuk membuktikan sokongan.
“Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan,” kata Shuhaimi lagi.
“Amaran saya kepada Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh-gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam pelantikan menteri besar yang baru ini.
“Ia jelas mempamerkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak,” katanya dengan nada keras.
Beliau juga menggesa tindak-tanduk itu dihentikan ‘Wayang Langkah Kajang’ sudah tamat dan Tan Sri Khalid Ibrahim juga mengalah.

Comments