Kakitangan MAS Mari Lihat Hati Busuk Anwar Ibrahim dan DAP

Agak melucukan melihat kenyataan dua parti pembangkang PKR dan DAP yang cuba membelasah tindakan kerajaan melakukan penstrukturan semula Syarikat Perbangan Malaysia (MAS) dan melakukan suntikan pelaburan sebanyak RM 6 bilion.

Ketika Anwar Ibrahim mempertikaikan usaha Khazanah Nasional untuk mengurangkan kos pengurusan dengan mengurangkan 6000 kakitangan MAS, DAP pula mahu syarikat terbabit diisytihar muflis.

Anwar mungkin cuba menjadi hero dengan mempersoalkan mengapa 6000 ini dikorbankan bukannya pengurusan MAS. Anwar juga mempersoalkan apa akan jadi kepada nasib 6000 orang ini.

Andaian Anwar ini sangat aneh dan pelik. MAS belum mengumumkan siapakah yang terbabit. Justeru bagaimana Anwar boleh menyatakan tiada pengurusan kanan terbabit?

Penstrukturan semula syarikat selalunya membabitkan semua lapisan pekerja dari pengurusan kanan sehingga ke kakitangan bawahan bagi membolehkan syarikat menjadi seimbang.

Anwar juga membuat andaian tidak tepat kononnya nasib 6000 kakitangan ini tidak terbela. Sedangkan kerajaan belum mengumum rancangan penuh penstrukturan semula ini. Malah isyarat yang diberi oleh Khazanah jelas kumpulan ini akan diserapkan ke syarikat baru dan juga memberi pilihan bersara secara sukarela (VSS). VSS mana-mana syarikat apatah lagi GLC akan memberi pulangan lumayan kepada pekerja dan membolehkan mereka memulakan kerjaya baru tanpa masalah.

Namun lebih aneh ketika Anwar Ibrahim mengakui keperluan penstrukturan semula syarikat, DAP mahu melihat syarikat ini diisytiharkan muflis. Inilah sikap busuk hati DAP yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia.

Demi modal politik untuk membelasah kerajaan, DAP lebih rela melihat MAS diisytihar muflis dan ditutup sekaligus mengakibatkan puluhan ribu pekerja MAS hilang mata pencarian tanpa sebarang pampasan yang munasabah.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Malaysia Airlines yang didakwanya “menghukum” 6,000 kakitangan atas kelemahan pengurusan syarikat tersebut.

“Tidakkah anda terfikir tentang masa depan 6,000 keluarga yang terjejas? Bolehkan anda merenung perkara itu buat seketika?

“Adakah itu salah mereka? Adakah mereka malas? Adakah mereka tidak cekap? Salah siapa sebenarnya?

“Kenapa anda perlu hukum orang ini sedangkan orang yang melakukan jenayah (menyebabkan MAS rugi) diberikan pampasan sewajarnya?,” katanya dalam ucapan di Puchong hari ini.

Anwar merujuk kepada langkah penstukturan semula MAS melibatkan pakej RM6 bilion yang diumumkan semalam oleh Khazanah Nasional

Antara lainnya, ia melibatkan pemberhentian 30 peratus pekerja.

Bercakap kepada pemberita selepas ucapannya, Anwar berkata 6,000 kakitangan itu tidak sepatutnya dikorbankan, sedangkan pengurusan kanan MAS terselamat.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa syarikat tersebut perlu distruktur semula.

DAP Perak membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan suntikan dana RM6 bilion oleh Khazanah ke dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai satu bentuk pelaburan.

“Tiada rakyat Malaysia yang percaya apabila Najib menyifatkan suntikan RM6 bilion itu sebagai satu pelaburan dan bukan langkah menyelamat.

“Kenapa seorang pelabur yang waras mahu melabur dalam syarikat yang sudah kerugian RM4.3 bilion dalam masa tiga tahun lalu,” kata ketua biro pembangunan ekonomi DAP, Ching Zhemin dalam kenyataannya.

Menurut Chong, jelas bahawa kerajaan cuba menyelamatkan MAS dan tidak membenarkannya untuk memfailkan kebankrapan seperti yang biasa dilakukan syarikat lain dalam situasi sama.

Beliau turut mengkritik cadangan MAS untuk memudahkan perpindahan kakitangan dan menyemak semula kontrak kakitangannya.

Menurut Chong, tindakan seperti itu, termasuk perlindungan dari segi legislatif ke tas MAS hanya boleh dibuat sekiranya syarikat tersebut memfailkan notis kebankrapan di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.

Menurut Chong, MAS masih boleh beroperasi di bawah pengurusan syarikat baru menggunakan nama yang sama sekiranya Suruhanjaya Syarikat Malaysia membenarkannya berbuat demikian.

Mereka tidak peduli kepada kakitangan MAS atau syarikat terbabit. Apa yang mereka pentingkan hanyalah agenda politik membelasah kerajaan biarpun ia bakal menjejaskan periuk nasi puluhan ribu pekerja MAS dan industri berkaitan dengan syarikat penerbangan kebangsaan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana